Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Thursday, March 31, 2005

Makan kat luar...

Pagi tadi Nanu tak keluar, tengah hari lepak dengan S... petang ni tadi Mummy Faith ajak makan kat luar. Semasa kami keluar pintu, Pak Ucu Iman pulak sampai. Mummy Faith pelawa Pak Ucu Faith sekali... jadi semua kami keluar termasuk Jen dan Mina...

Pegi makan kat restaurant Indonesia. Dekat je dengaan rumah kami. Nanu makan nasi dengan black pepper beef, Mummy Faith makan nasi dengan ayam panggang, Pak Ucu makan nasi dengan rendang dan Mina dan Jen makan kolo mee...

Lucu... bila habis makan Pak Ucu Faith dan Mummy Faith berebut-rebut nak bayar, akhirnya Pak Ucu Faith menang.

Faith sekarang dah pandai nak berjalan, kalau Atuk pegang kunci atau kalau dia kami pakaikan setokin dan kasut dia dah tak tentu arah. Tak sabar-sabar nak berjalan, dia marakan badannya... semalam Mummynya belikan ubat gigi, jadi hari ni dah belajar gosok gigi. Ubat giginya jenis tak de bahan kimia... Nanu dulu pakai arang je kot...

Hari ni Faith makan macaroni, pagi makan apple kukus dan petang makan bubur dengan brocoli... besok Mummynya nak cuba bagi anggur...

Nanu nak minum kopi ni...

Baru potong jambul...

Ke restaurant Indonesia

Wednesday, March 30, 2005

Keluar dengan Mummy Faith

Nanu dan Mummy Faith baru balik dari 'Upmarket Sale'... kalau nak di banding dengan upmarket sale yang pertama dulu, yang dulu lebih banyak peserta. Ada sorang dua muka lama... iaitu B, mat saleh yang jual aksessori dari beberapa jenis batu yang begitu indah, beliau kerap mengambil bahagian mempamirkan barang-barangnya...

Antara bandar utama di dunia yang beliau buat pamiran seperti London, New York, Hong Kong... dan sebenarnya Nanu pernah temui beliau dipamiran di K.Lumpur. Orangnya betul-betul peramah, rendah diri dan seorang jurujual yang dinamik...

Nanu terserempak dengan dua tiga orang member kat situ tadi... Nanu berkenan dengan seutas rantai chunky dari Nepal... tapi... hooray!!... Nanau dapat kontrol. Nanu tak beli... he...he... nyaris-nyaris...

Dalam perjalanan pulang Mummy Iman dan Nanu singgah di supermarket. Mummy Faith beli stok diaper dan susu Faith...

Malam ni makan nasi goreng je...

Di 'Upmarket Sale' bersama M.C.

B peserta Upmarket Sale

Bos batuk...

Bos keluar bawa kereta pergi workshop, ada masaalah kecil... Nanu kesian kat Bos batuk dua tiga hari ni... sebentar tadi member S sms ajak lepak. Tengok lah kalau rajin. Nanu nak pegi hospital jap...

Karang tengah hari nak keluar dengan Mummy Faith kot, Mummy Faith tengah hari ni free... Mina tengah bacakan Faith buku tu... Faith sekarang cuba nak berpaut dan nak belajar berdiri... hari ni dia di gelar jemput-jemput pisang semalam dia muffin...

Minggu depan ada dua tiga orang member nak datang... semua kenalan lama, nak pikir apa nak hidang, yang sorang tu tuan punya 'cafe' kat sini... durian cheese cake yang di jual di cafenya sedap... yang sorang lagi tuan punya kedai barangan rumah, kedainya amat menarik sekali, barangannya datang dari Australia...

Hari ni Jen masak ayam masak merah dan ikan lemak cili padi... Nanu nak cari cencalok, baru-baru ni makan di rumah member A sedap pulak...



Kerusi comel Faith...

Tuesday, March 29, 2005

Lampu baru...

Beberapa hari lepas Nanu berbelanja di Crimson Square... beli lampu. Lampu tu warna merah, shadenya dibuat dari sutera... ia berbentuk 'cone' mengingatkan Nanu kepada 'fortuny lamp'... Nanu letak kat satu sudut di ruang tamu... lampu tersebut mempunyai stand yang dibuat dari besi!

Bermula hari ni selama tiga hari, berlangsungnya 'Upmarket Sale' di sebuah hotel disini... Nanu dengar macam macam barangan di jual kat situ... seperti aksessori, exclusive gifts items dan lain-lain... Mummy Faith nak pegi. Nanu nak tengok je... ye lah tu... harap-harap dapat kontrol, ye lah Nanu baru kemas kini kan store, tak kan nak buat semak lagi kot... he... he...

Ni mesti belajar lawan nafsu, nanti bila ada urge nak beli sesuatu Nanu akan bayangkan store Nanu yang nak meletup... he... he...

Nanu nak simpan duit, Bos nak bawa Nanu pegi Bangkok... S ajak Nanu pegi Bali... Vietnam tak dapat green light dari Bos, dia tak benarkan Nanu naik Fokker...

Nak tidur dah... selamat malam!

Lampu Crimson Square

Pegi K.B...

Petang tadi Nanu dan Bos bawa Faith pegi K.B... dari rumah Nanu ke K.B. memakan masa 1 jam 15 minit. Saja je sebab kebetulan Mummy Faith bertugas di hospital disitu buat beberapa minggu...

Faith sekarang tak memilih orang, siapa saja nak dukung atau ambil dia... dia ulur tangan. Tak lama lagi Mummynya nak tukar menu makanannya, nak cuba bagi macaroni cheese dan spaghetti... Mummy Faith nak ajar dia duduk dimeja dan suap makanannya sendiri... Nanu dah dapat bayangkan, memang berkelecah...

Tapi tadi kami singgah di rumah biras R, Faith menangis bila masuk-masuk dia tengok rumah lain, cam ni terpaksa biasakan bawa pergi rumah orang...

Hari ni Nanu makan KFC je...

Baju Atuk beli..

Faith relak di bilik Pak Ucu

Faith's colourful buddies

Monday, March 28, 2005

Dinner di rumah A

Malam tadi member A jemput Nanu dan Bos makan malam di rumahnya untuk menyambut ulang tahunnya... empat pasangan termasuk A dan pasangan. Table settingnya nya merah, indah sekali... A memang minat warna merah sama seperti member S...

Hidangannya ialah 'roast chicken', kari kepala ikan, sup bayam dan yang menyelerakan hidangan malam tadi ialah cencalok... mm... enak!

Desertnya 'peaches'... minggu depan A sambut sekali lagi, dengan jemputan yang lebih ramai... Nanu tak pegi kot, sebab dah pegi malam tadi...

A banyak terima hadiah barang kemas, yang di hadiahkan member-membernya...

Semoga A di lanjutkan usia dan selamat sejahtera selalu...

Ulang tahun member A

'Garage Sale' berjaya...

Garage sale Nanu yang berlangsung semalam berjalan lancar. Ada lah member-member datang menyokong. Ada yang datang seawal 7.30 pagi... Nanu hidangkan sandwich sardine dan sandwich telor dan kopi panas... ye lah sambil shopping dapat minum. Lagi pun yang datang tu member-member... orite le tu!

Sekurang-kurangnya store Nanu dah kemas sikit. Kalau tak pening kepala Nanu. Antara barang-barang jualan Nanu termasuk perabot, buku, majalah, beg tangan, aksessori dan lain-lain...

Tapi Nanu penat pada masa yang sama exciting... member Nanu usik suruh buat lagi bulan depan, eh... mana boleh... paling awal tahun depan... he...he...

Cuaca semalam tak lah panas sangat, masa Nanu kemas-kemas nak tutup kedai ada lagi orang datang... tak de rezeki dia...

Ramai jugak member yang tak dapat datang, kalau tak lagi banyak 'sale' Nanu... Alhamdullilah...

J.T datang ke 'garage sale'

S.K dan suami ke 'garage sale'

Saturday, March 26, 2005

Bersihkan Store...


Sehari suntuk semalam Nanu bersihkan store. Dua tiga hari lagi Nanu nak buat 'garage sale', sebab nak kurangkan barang simpanan dalam store tu... Nanu penat betul semalam. Jen pun Nanu tak suruh masak sebab kami berdua bekerja keras membersihkan store. Semalam Bos beli nasi ayam je...

Nanu dah sediakan apa barang yang nak dijual. Dah pun talipon member-member suruh datang nanti. Esok pun Nanu akan sambung membuat persiapan untuk mengadakan 'sale'...

Petang tadi Mummy Iman belanja Nanu 'High Tea' di hotel tekemuka. Sebenarnya Mummy Iman nak pergi ke Crimson Square, jadi dia teruskan belanja Nanu minum kat situ.

Lepas minum kami ke Crimson Square... Mummy Iman telah bermurah hati kerana dia beli beg tangan disitu dan hadiahkan kepada Nanu...member S sukalah dia dapat biznes...

Iman dah pandai main piano, main cara dialah... tiap-tiap kali dia berjaya melakukan sesuatu kami tepuk tangan, dia faham dan suka...

Malam ni tadi makan daging kicap, sayur goreng dan sambal mangga...

High Tea di Empire

Wednesday, March 23, 2005

Beri sokongan...

Faith pegi Crimson Square hari ni... S gembira menerima kedatangan kami. Kalau tak dia pun sorang-sorang kat situ. S masih mencari seseorang yang sesuai untuk menjaga kedainya. Mudah mudahan dia berjaya...

Nanu beri sokongan moral, kan kawan kalau S berjaya Nanu tumpang suka. S menunggu kedatangan anggota keluarganya yang lain dari Malaysia untuk memberi sokongan. Esok-esok dalam satu dua hari mereka akan datang... Insyaallah!

Faith hari ni pakai klip rambut, jambulnya dah panjang. Sekarang Mummy Faith mempunyai masaalah untuk menggunting jambulnya, sebab Faith seperti kanak-kanak lain seumurnya sudah tak tau duduk diam, macam mana nak gunting... toleh sana toleh sini... ishh...ishh...

Menu hari ni, ayam masak lemak cili padi, ikan kering dan telor dadar... Jen dah pandai masak, sedap hari ni masakkannya...

Nanu tunggu Bos balik ni... Bos keluar...

Masih di Crimson Square

Kedai cun...

Tuesday, March 22, 2005

Soft Opening Crimson Square

Nanu baru balik menghadiri soft opening Crimson Square, iaitu kedai S yang baru terletak di sebuah hotel terkemuka di sini... ramai lah member-member lain datang tadi. Bergurau tak habis-habis, kukuk kikik...

Latar belakang dan tema warna kedai tersebut adalah merah, iaitu warna kegemaran S... kebanyakan produk di kedai tersebut datang dari Vietnam. Dekor atau susunan kedai tersebut di design olih AA iatu adik sepupu S...

Produk terdiri dari barangan lacquer, bedlinen bersulam, beg tangan, lampu yang shadenya dibuat dari sutera dan sebagainya. Kami tadi dihidangi teh dan kek. Pembukaan resmi akan dilakukan kemudian...

Untuk menyokong dan untuk tidak menghampakan S, Nanu beli dua tiga barangan kecil untuk dibuatkan hadiah.

Lama jugak Nanu kat situ tadi, S dan AA tak mau melepaskan Nanu pulang. Esok-esok Nanu nak bawa Mummy Iman kesana...

Syabas diucapkan kepada S dan keluarga diatas segala usaha mereka, semoga terus berjaya... TAHNIAH!!

Sudut living room

Satu sudut kedai baru S

Sudut dining Crimson Square

Crimson Square

Bersama AA

Member NZ talipon

Sebentar tadi member NZ talipon... dia cerita pasal anak saudara suaminya tinggal dirumah nya buat beberapa hari sebagai tamunya... karang Nanu dan NZ akan kekedai S kerana hari ni 'soft opening'nya...

Nanu tiap-tiap hari leka main dengan Faith... dah pandai sebut 'mama'... hari ni ok, ceria. Semalam Mummynya belikan snek biskut 'rusk'... sebab Faith kadang-kadang asyik tengok bila kami menyuap sesuatu kemulut kami, sekarang dia ada sneknya sendiri...

Pagi ni selepas minum jus buah, Nanu baca newspaper jap... tiap-tiap hari Pak Ucu Faith bawa balik newspaper ' Singapore Straits Times' jadi Nanu nak lepas peluang baca.

Hari ni, tak tau lagi apa menu. Bos pegi pantai Jerudong tengok lauk...

Semalam Nanu tak de mood nak blog sebab tak sedap badan... ni ok dah, malam tadi pun tidur cukup...

Sunday, March 20, 2005

Bersama biras R

Bersama SK dan anaknya T

Biras R belanja minum

Sedang Nanu makan malam dengan Bos, Mummy Faith dan Pak Ucu Faith tadi, biras R sms... dia nak belanja minum. Dah lama Nanu tak tukar-tukar berita dengan dia, Nanu usik dia kalau nak keluar minum Nanu nak naik Z 3 nya. Dia kata ok...

Jadi tadi tepat 8.15 malam seperti yang kami janji, dia pun datang dengan Z3... kami pergi minum kat cafe kat town... banyak lah cerita kami, dari hal keluarga sampai ke hal anak-anak... R ni sebenarnya berasal dari Kelantan, bertugas sebagai 'dietician' di hospital di K.B.

Anak tiga orang, awal empat puluhan umurnya... R ni 'vain pot' kalau berhias nombor satu. Kalau pakai baju mesti matching kasut dan beg, kalau pink hari tu... dari atas kebawah pink lah jawabnya... he...he... suka hatilah R, janji R tak kacaau sesiapa...janji R bahgia...

Sedang kami cerita-cerita kat cafe tu, datang pula member SK dan keluarganya. SK teman Nanu dari Johor yang bersuamikan orang Greek tu... antara lain dia kata dia nak Nanu datang kerumahnya untuk barbeque tak lama lagi...

Ni Nanu baru balik, jap lagi nak tidur...

Lampu meja antik M.L.

Ruang tamu rumah M.L.

Simbang-simbang dengan M.L

Terima panggilan talipon dari M.L tengah hari tadi, menjemput Nanu minum teh dirumahnya... kali terakhir Nanu jumpa dia kira-kira dua minggu lepas. suaminya tadi terbang ke Bangkok main golf... dah lama Nanu tak pergi rumah beliau ada 8 atau 9 bulan kot... masa Nanu jumpa kali terakhir tu dia yang datang rumah Nanu...

Antara lain perbualan tadi dia berkata tak best sebab dah hampir 10 hari dia tak menghadiri kelas tariannya kerana masaalah kesihatan. Katanya dia betul-betul minat dan seronok mengikuti kelas tariannya...

Dia juga sempat bertanya Nanu dimana tempat atau kedai yang baik untuk memesan 'curtain rod'... Nanu dah bagi tau dah... sebenarnya M.L ni pun suka dan pandai menghias rumah... Sebagai rumah orang Tionghua, rumahnya ni dikira berseni, bukan typical... katanya rumahnya berkonsep International... tapi Nanu nampak lebih condong kepada 'oriental'...

Dia menolak untuk bergambar dengan Nanu hari ni, katanya dia kurang berseri hari ni... he...he...Nanu tak paksa tapi lain kali boleh katanya... Nanu di jamu cheese kek durian dan dia pelawa Nanu nak minum teh apa? Dia ada teh limau, teh serai, teh strawberi teh camomile pun ada, M.L ni minat minum teh... Nanu pilih teh serai tadi...

Malam ni makan cengkuk manis keledek masak lemak, ayam masak merah dan ikan kering...

Napkin ring belalang

Hidangan nasi ayam

Berkumpul...

Nanu cuba buat hari Minggu sebagai hari kami sekeluarga berkumpul sekurang-kurangnya untuk menikmati makan tengah hari. Bos, Nanu, Mummy Faith tak de masaalah untuk berkumpul cuma Pak Ucu Faith susah sikit nak tangkap...

Tapi selalunya hari Minngu siang dia ada rumah, jadi Nanu ambil kesempatan untuk masak istemewa sikit untuk kami sekeluarga menikmati. Hari ni Nanu masak nasi ayam... ini adalah masakkan kegemaran Pak Ucu Faith...

Nasi ayam Nanu, dimasak dengan air rebusan ayam dan minyak bawang putih yang digoreng. Taruh garam sikit dan jangan lupa taruh daun pandan supaya wangi. Sosnya, Nanu kisar cili hidup di campur halia, bawang putih, cuka sedikit garam dan gula. Ayam goreng hari ni Nanu marinate dengan minuman 7up, halia dan perahan jus limau...

Set pinggan mangkuk hari ni, Nanu pilih motif bunga kecik warna biru dan kuning. Set ni Nanu beli kat Brunei dah 8 atau 9 tahun. Napkin ring hari ni berbentuk belalang yang Mummy Faith belikan Nanu di U.K. di buat dari sejenis logam... dan gelas berkaki dari kristal...

Hari ni oleh kerana cuaca panas, kami makan di ruang makan... oh ya... on air-con...

Saturday, March 19, 2005

Tak de apa-apa ke...

Mummy Faith talipon...

Hari ni Mummy Faith talipon dua kali, tanya pasal Faith ok ke tak... Mina bagi tau Faith belum buang air, Mummy Faith nasihatkan supaya beri makan pisang. Tak lama lepas tu Iman buang air... ni tidur!

Tadi Nanu golek-golek dengan Faith atas katil, dia cuba merangkak, punggung naik dah tapi tangan belum boleh ampu... abis naik angin...

Tadi petang Mina bawa masuk bilik Nanu duduk atas kerusi rotan sambil Mina agah dia, suka...

Malam tadi tengok astro 'travel and living' lagi. Rancangan 'Home Suite Home'... sampai tertidur atas sofa, Bos kejutkan Nanu, pindah ke bilik tidur sampai pagi...

Malam ni rehat je kat rumah, nak sambung baca buku Kelly Hoppen...

Cari member A

Kepo-kepo...

Sebentar tadi Nanu pegi kedai baru member S. Belum buka pun saja kepo-kepo... kedua-dua abangnya ada kat situ tengah siap-siap agaknya tak lama lagi buka lah tu. S tak de dia jaga kedai yang satu lagi. Oleh kerana member A bertugas disitu jugak Nanu pergi jumpa dia...

Kami duduk-duduk, minum-minum makan salmon sandwich. Menurut A kebelakangan ni banyak jualan di kedai tempat dia bertugas tu... A tunjukkan beberapa stok baru cantik iaitu sudu dan garpu untuk salad, ulunya di buat dari sejenis kayu. Nanu tertarik tapi tak beli... untuk dijadikan hadiah pun cantik...

Member A kata dia nak datang lunch kerumah Nanu minggu depan, nak makan asam pedas... Nanu tak de masaalah. Mungkin ajak member lain sorang dua lagi. A kata nanti dia confirm... ok lah tu...

Member A minat beg tangan, koleksi beg tangan jenamanya bertimbun. Katanya minggu lepas dia ke Singapura beli lagi beg tangan... suka hati lah A... asal A bahgia...

Pak Ucu Iman baru sampai... syukur alhamdullillah...

Baju hadiah Aunty Dita

Cuaca panas...

Hari ni panas betul... Nanu on air-con seluruh rumah. Nanu belum keluar lagi hari ni. S ada sms suruh kekedainya tapi hari panas malas nak keluar. Sebenarnya Nanu terpaksa ambil buku kepunyaan Mummy Faith yang di hantar photo copy, karanglah...

Faith hari ni pakai baju hadiah dari Aunty Dita. Aunty Dita ialah menantu Nek Teh Faith di K.L. Baju tersebut berwarna biru muda dan bersulam bunga-bunga kecil, manis... terima kasih Aunty Dita...

Faith hari ni mood tak berapa baik, marah-marah... makan ok, tidur pun ok, tak tau lagi apa yang tak kena... tu Mina sedang beri susu... tadi pagi Mummynya pergi kerja, ucap bye-bye dia buat muka sedih... Faith jangan sedih ok, nanti Mummy balik...

Menu hari ni, ikan bakar dan sup bebola ikan...

Minggu depan ramai member-member nak jumpa Nanu, ajak keluar...

Petang karang Bos akan ke airport ambil Pak Ucu Faith yang terbang pulang dari luar negeri...

Friday, March 18, 2005

Beli pokok bunga...

Petang tadi Nanu dan Bos pegi nursery horticulture. Terletak kat luar pekan , 15 minit menaiki kereta dari rumah Nanu. Terdapat banyak 'booth' di situ. Bermacam-macam jenis tanaman di jual kat situ...

Nanu suka satu booth kat situ jika dibandingkan dengan booth yang lain . Ada sedikit kelainan dengan booth yang Nanu minat tu. Cara tuan punya booth tersebut menyusun tanaman jualannya menarik dari yang lain-lain. Booth tersebut kelihatan teratur cara susunannya. Pelangan dapat membayangkan cara yang baik untuk bergarden jika melawat booth tersebut...

Semua peniaga disitu terdiri dari anak tempatan, cuma kalau ada pun pekerjanya dari luar. Nanu dan Bos rajin juga kesitu sekali sekala bila kami terasa nak beli pokok bunga. Selain dari pokok bunga, baja , tanah dan pasu bunga pun ada di jual kat situ...

Petang tadi Nanu beli pokok tanaman yang sesetengah orang gelar 'grass'... ia nya boleh ditanam dalam air atau tanam dalam tanah, Nanu letak di kamar mandi...di garden Nanu ada serumpun...

Tengok-tengok pokok bunga

Meja Blog...

Inilah tempat Nanu berblog tiap-tiap hari... komputer ni Nanu dan Bos yang gunakan. Mummy Faith dan Pak Ucu Faith ada komputer dalam bilik masing-masing. Meja komputer Nanu dan Bos ni terletak di satu sudut dalam bilik tidur kami...

Pak Ucu Faith download lagu untuk Nanu. Jadi sambil berblog Nanu dapat berhibur mendengar lagu-lagu kegemaran Nanu. Buat masa ni lagu yang Nanu minati ialah lagu 'Right to be wrong' oleh Joss Stone... dan Ku intai cinta dalam rahsia oleh Jeslina Hashim...

Lucu... sebab kadang-kadang Bos dan Nanu berebut-rebut nak pakai komputer ni... jadi terpaksa tunggu giliran masing-masing... he...he...

Atas meja komputer Nanu ni mesti ada hiasan bunga tiap-tiap hari. Diatas dinding depan meja komputer ni terdapat cermin, sebelum ni di mana terletaknya meja komputer ni terletak meja hias Nanu...

Malam ni kami makan beef stew...

Faith hari ni tak berapa nyenyak tidur, banyak berjaga... dia sekarang dah tau kalau kami bercerita atau bercakap pasal dia, nanti dia pandang muka kami, tiap-tiap hari Mina bentang tilam nipis di ruang tamu keluarga di atas, di situ lah Faith berlegar dan bermain, kalau di pegang setiap masa nanti Faith tak belajar merangkak seterusnya berjalan...

Sudut berblog..

Kecoh sikit

Rupa-rupanya kami dapat tahu yang malam tadi ada orang menceroboh masuk kawasan kediaman kami. Tapi kami sudah mengambil langkah-langkah tertentu, melaporkan kejadian tersebut kepada pehak polis dan akan terus berwaspada dan berhati-hati...

Semoga kejadian sedemikian tak kan berlaku lagi... sebenarnya tiap-tiap hari pintu pagar rumah sentiasa bertutup. Kami sering memperingati Jen dan Mina supaya jangan lalai, malam pintu pagar tersebut sentiasa berkunci...

Dimana-mana saja sekarang ni kejadian jenayah berleluasa. Apa yang perlu di ingatkan supaya sentiasa berwaspada...

Hari ni kecoh sikit kat rumah Nanu... harap-harap perkara seperti kejadian malam tadi tak kan berulang ... Insyaallah...

Thursday, March 17, 2005

Nanu belanja makan

Baju hadiah Nek Cik

Tak dapat tidur

Nanu ingat tengah hari tadi dapat tidur jap, rupa-rupanya tak de can... sebab S menalipon seboleh-boleh suruh kekedainya. Dia minta Nanu beri idea macam mana nak buat 'casing' untuk barang-barang yang akan dijualnya. Dia minta idea macam mana nak pack barang-barang perhiasan perak yang akan dijualnya...

Nanu ni pun bukan pandai sangat... tapi yang lucunya kami menghabiskan masa bercerita... Nanu tegok jam tau-tau dah pukul 4 petang apa lagi cau balik...

Malam ni tadi Nanu belanja Bos, Mummy Faith dan Mina makan. Kami ke Airport Restaurant. Bos makan nasi dan sayur cap cai, Mummy Faith makan rojak dan tom yam, Mina dan Nanu makan mi mamak...

Faith pasang badan lagi... he...he... pakai baju jenama yang di hadiahkan oleh Nek Cik nya dari.K.L... baju dalamnya bertangan panjang dan berkolar, dan dikenakan dengan baju luar. Set baju tersebut berwarna 'powder blue'...terima kasih Nek Cik dan Aunty Ayu...

Hari ni Nanu belikan Faith satu lagi permainan' little tikes'. Permainan tersebut mengeluarkan cahaya, dan berbunyi dan ia mempunyai 'remote control' dimana bila dipicit punatnya ia bergerak... permainan ni menggalakkan agar kanak-kanak belajar merangkak. Sebab bila ia bergerak bayi akan cuba mara ke depan dan menangkapnya...

Lepak dengan S.C

Kekedai S.C

Pagi-pagi tadi S menalipon menyuruh ke rumahnya, kerana C.A berada di rumahnya , S ingin supaya saya berada disitu bersama, tapi masa S talipon tu Nanu mandi pun belum, jadi Nanu menolak...

Lepas mandi S.C. sms beritau dia dah balik dari Delhi dan S'pore, Nanu da lama tak jumpa dia, jadi tadi pergi jumpa beliau sebentar. S.C bercerita tentang 'trip' ke Delhi, mencari barang stok untuk kedainya, Nanu tanya ada tak dia bawa kasut design ethnic India, sebab dulu Nanu nampak dia pakai, berkenan pulak... katanya ada, dan shipment akan sampai kemudian...

Bos tadi, buat 'foot reflexology', sebenarnya Bos melakukannya secara'regular basis'. dia gemar membuat foot reflexology... lepas tu kami kepasar jap...

Hari ni Nanu makan nasi briyani...

Tengah hari ni Nanu nak tidur jap, malam tadi tidur lambat tengok VCD 'Sepet'... Boleh tahan, movie ni bukan movie secara 'mainstream', di buat secara kecil-kecilan. Tapi Nanu enjoy sebab jalan ceritanya simple, mengenai 'kisah cinta' berlainan kaum' dan masaalah yang timbul...

Wednesday, March 16, 2005

Minum latte

Chillin' out at a cafe

Tadi petang Nanu lepak dengan S lagi... S perkenalkan Nanu kepada C. C orang kulit hitam, berasal dari Afrika, suaminya orang kulit putih. Dah dua tahun kat Brunei. Suaminya bertugas di Universiti Brunei Darussalam. C mempunyai seorang anak tapi walau pun anaknya berdarah campuran, anaknya ni berwajah seperti orang kulit putih sepenohnya.

Matanya biru, rambut perang... umur setahun lebih, namanya Chloe... tapi tak berapa mau dengan orang... comel!

C tadi berkenan dengan pakaian Nanu, tanya kat mana Nanu beli. Nanu beritau lah...C masa ni membuat 'write up' tiap-tiap minggu untuk sebuah hotel terkenal di Brunei ni. Tadi beliau datang ke kedai S untuk mendapatkan bahan, kerana beliau sedang menulis tentang kedai baru S yang akan dibuka di hotel itu...

C berjanji untuk terus menghubungi Nanu... balik dari kedai S, Nanu bagi makan ikan yang terdapat di water feature Nanu yang baru tu... malam ni tadi makan ayam masak lemak cili padi, baby kailan dan telor dadar...

Ni Nanu dan Mummy Iman baru balik dari minum-minum kofi kat cafe kat bandar... sejam lebih Nanu kat situ, borak-borak dengan Mummy Iman, bertukar berita tentang kejadian hari ni... Nanu makan macaroni bakar, Mummy Iman minum 'latte' dan makan chocolate cake...sambil-sambil tu kami belek-belek dan baca-baca majalah kat situ... Bos tak ikut dia di rumah tengok T.V dan berkomputer...

Minum pagi di porch

S datang berkunjung..

S baru saja meninggalkan rumah Nanu sebentar tadi... Nanu suruh dia datang, lagi pun dia nak tengok water feature Nanu. Kata S cantik, cuma komennya water feature tu kecik sikit. Memang betul cakapnya tu, buat sementara waktu ok lah tu, nanti esok-esok kalau jumpa yang besar sikit dan harga pulak berpatutan nanti akan ganti...

Kata S lagi nanti Nanu jual je Nanu punya tu kat dia, boleh dia taruh di kedai barunya... he...he... memang Nanu ni selalu buat sesuatu secara spontaneous, tak sabar-sabar... lepas tu hasilnya tak memuaskan hati Nanu... itu lah salah satu kelemahan Nanu...

Tadi Nanu hidangkan S macaroni goreng, katanya pagi-pagi lagi dah Nanu cuba menggemukkan dia he...he...tak pe lah S, karang lunch jangan makan...

Kejap lagi Nanu nak keluar, S suruh lepak dengan dia lagi... tengok lah... nanti S asyik tengok muka Nanu je boring kot...

Besok anak saudara Bos ajak Nanu pergi minum kopi, rasa-rasanya boleh kot, dia suruh Nanu confirm malam ni...

Iman dah faham sesetengah cakap kami, kalau sebut 'sayang...' dia meletakkan muka ke muka Nanu dah cium berdesot-desot... semalam dia digelar kuih apam balik, hari ni dia cekodok.

Tuesday, March 15, 2005

Water Feature baru...

Beli ' Water Feature'

Tengah hari tadi Nanu lepak dengan S. Duduk cerita-cerita... macam-macam lah... cerita pasal teman lama kami. Dah tu pindah kepada topik dimana tambang dari Singapura ke Vietnam melalui Thai Airlines begitu murah...

S ajak Nanu pergi, yang sebenarnya Nanu tak de masaalah cuma, tak tau sama ada Bos lepaskan Nanu ke tidak. Bos cari alasan bahawa di Vietnam sekarang ada wabak 'bird flu'. Tapi menurut S wabak tersebut berlaku di Hanoi kami nak pegi ke Ho Chi Minh. Tak tau tengoklah macam mana...

Balik dari kedai S Nanu main dengan Faith, tengok dia dimandikan Mina. Tak lama lepas tu Mummy Faith balik. Kami makan malam seperti biasa. Makan ayam goreng yang dimarinate dengan halia, peria goreng telor dan tau chu dan sup daging.

Lepas makan Nanu keluar dengan Bos cari water feature, ni mesti kena penyakit dari S... entah Nanu tengok water featurenya dan berkenan pulak. Indah dan bunyi air yang mengalir menenangkan... Nanu pergi ke tiga kedai, kedai pertama water featurenya cantik tapi mahal, kedai kedua habis stok di kedai ketiga baru Nanu jumpa water feature yang harganya berpatutan designnya boleh tahan...

Apa lagi ... Nanu belilah, jadi malam ni tadi kami anak beranak duduk kat porch dan menikmati water feature tersebut... he...he... besok nak cari pebbles dan anak ikan...

Tunggu nasi goreng tiba

Nanu sarapan kat luar..

Nanu dan Bos baru balik, keluar tadi pegi sarapan. Makan nasi goreng Thai kat Thai restaurant... Restaurant ni ada dua cawangan satu kat bandar kat Kiulap. Yang Nanu pegi tadi kat Jerudong. Nanu pegi dengan Bos.

Tom Yam, pandan chicken dan mango fishnya sedap... kedainya kalau pegi lunch time kena queue lah jawabnya... dari sana kami ke pasar yang terletak tidak jauh dari situ. Sayang, hari ni tak de lauk kat pasar tu...

Lepas tu kami kepekan Gadong. Nanu singgah di kedai buku, tapi tak de majalah yang menarik, dah tu singgah supermarket. Beli keperluan dapur sikit, oleh kerana terlalu panas sangat-sangat kami singgah minum jus buah kat rerstaurant bersebelahan dengan supermarket tu...

Bila Nanu sampai rumah Iman sedang golek-golek, tengok muka Nanu menggelikik ketawa... ni dia baru habis makan dan di sorong Mina sebab jam tidur dah tiba...

Lunch Nanu tak makan sebab sarapan pun lewat tadi...

Monday, March 14, 2005

Buku oleh Kelly Hoppen

Buku dari Bangkok

Bos selamat sampai dari Bangkok semalam petang... Kami kerap jugak ke Bangkok. Nanu kalau kesana suka ke Gaysorn dan Catucak Market. Gaysorn ni kira tempat membeli belah upmarket sikit. Butik-butik designer semua ada kat situ. Nanu suka butik -butik dekor yang terdapat kat situ.

Catucak Market pulak tempat 'bargains'... beribu-ribu gerai terdapat kat situ. Barangan dari tanam-tanaman, binatang, barang dekor, pakaian, pinggan mangkuk, perabot... sebut saja apa... semua terdapat kat situ, yang bestnya boleh tawar menawar, cuma kalau kesitu mesti tahan panas sikit sebab suasana dalam pasar tu panas sikit...

Bos balik sekali ni belikan Nanu beg tangan Jim Thompson dan buku dekor bertajuk 'Style' the golden rules of design oleh Kelly Hoppen. Beliau ialah designer Inggeris yang terkenal. Nanu tengah baca buku tersebut dah di pertengahan...


Petang tadi Nanu pergi ke rumah S sekali lagi, bantu dia buat 'pricing' stok bagi kedai barunya yang akan dibuka tak lama lagi yang bertempat di Empire Hotel... Nanu sempat merakam gambar 'water feature'nya seperti tertera...

Malam ni tadi Nanu pegi minum kopi kat cafe dengan Bos. Nanu minum 'mocha blast' dan makan 'chicken quiche' Bos minum Brazil something, lupa Nanu... he... he... Dinner tak makan sebab petang tadi makan keropok lekor, kenyang...

Water Feature member S

Bertandang ke rumah S

Nanu dan Faith baru balik dari rumah S... memang dah janji dengan S nak kerumahnya. S nak tunjukkan 'water feature'nya... cantik! S meletakkan di depan rumahnya, lupa pulak Nanu nak rakam, esok-esok lah! Nanu minum teh di rumah S.

Faith dan anak S Elie sebok bermain, Nanu dan S simbang-simbang... sambil melihat ikan-ikan di dalam kolam. Ada lebih 20 ekor ikan dalam kolam di taman S... S menunjukkan lotus yang baru cuba ditanamnya... dia bercerita lagi dia singgah di tepi jalan dalam perjalanan pulang dari Miri semalam dan mengambil water lily dari longkang di tepi jalan... he..he... lucu...

Sebenarnya Nanu pun pernah buat hal demikian dulu... dah lama dah. Dulu Nanu pun ada kolam di garden, tapi ada member beritahu yang posisi kolam tersebut tak sesuai dari segi 'Feng Shui' jadi Nanu timbus...

Nantilah nak cari posisi yang tepat boleh buat semula... lambat lagi bukan sekarang... tak habis-habis dengan projek...

Menu hari ni asam pedas, asam pedas Jen... enak!

Hello friend..

Faith and Elie

Sunday, March 13, 2005

Ronda-ronda dengan Iman

Malam tadi pun Nanu tidur lambat surfing, tak sedar sampai jauh malam. Pagi ni lepas Iman siap makan mandi dan tidur secukupnya Nanu bawa jalan. Cuaca tak panas sebab tu Nanu berani bawa Iman keluar...

Minum kat cafe, Mina makan pastry nanu biasa lah makan tuna pasta... Mina minum ice lemon tea, Nanu minum ice coffee. Mereka-mereka kat cafe tu ramai yang tersenyum bila memandang Iman. Ada yang sempat cuit Iman... he...he... banyak peminat cucu Nanu...

Setelah selesai minum Nanu dan Iman singgah di salah sebuah kedai perabot kat situ. Kedai ni menjual perabot dari Indonesia, finishingnya bagus kualiti nya tinggi. Day bed di ruang makan Nanu beli kat situ... Dengarnya tuan punya kedai anak tempatan bersuamikan orang Perancis. Nanu tak kenal sangat tapi pernah jumpa dua tiga kali...

Hari ni makan mi siam je... Mummy Iman tak balik makan. Petang karang Nanu nak pegi airport ambik Bos yang terbang pulang dari luar negeri. Bos dah tiga malam berada di sana... Selamat pulang Bos... Insyaallah!

Kat kedai perabot

Keluar dengan Iman

Saturday, March 12, 2005

Nanu keluar jap..

Petang tadi cuaca redup, Nanu cau jap... pegi minum dengan Snow White. Dekat je, tak jauh dari rumah Nanu. Iman pun tidur pulak tu Nanu cau lah. Snow White komplen pasal jiran nya. Suka meniru cara dia menghias rumah, anak Snow White dan anaknya berkawan, biasa lah budak-budak. Bila anak nya gaduh dengan anak Snow White, jirannya marah-marah anak Snow White...

Ala... perkara kecil, remeh temeh... berjiran kadang-kadang memang cam tu. Nasib baik jiran Nanu ok, buat hal masing-masing. Manusia ni kan macam-macam ragam, terpaksalah belajar toleransi...

Lepas Iman mandi tadi Iman Nanu bawa jalan jap. Mana lagi kalau tak kekedai perabut. Kedai perabut satu ni dekat je dengan rumah Nanu. Dah lama tak cek barang-barang kat situ... adalah yang Nanu berkenan, tapi kontrol. Nanu dah janji dengan diri sendiri tak nak berbelanja... he... he...

Malam ni tadi makan rendang ayam dan sambal potato, Nanu minat habis makan sambal potato... lapar pulak tadi pasal tak de lunch... mm... yum...yum...

Minum dengan Snow White

Iman baca buku

Gelap-gelap pagi-pagi Iman dah masuk bilik Nanu hari ni. Jam 5.30 pagi, Iman golek kekiri golek kekanan. Lepas tu Mina bawa dia pada Mummynya. Nanu hari ni tak kemana-mana rasanya, cuaca terlalu panas... lagi pun Nanu sorang je kat rumah, malas nak tinggalkan Iman...

Tadi lepas mandi Iman duduk depan longgokkan buku-bukunya. Hari ni dia jadi ulat buku... he...he... Iman dah ada lebih dari 30 buah buku dalam koleksinya. Iman berminat dengan buku yang berlagu. Kami cuba membacakan buku kepadanya tiap-tiap hari...

Nanu malam tadi tidur lambat, surfing banyak website yang Nanu minati Nanu lawati... tau-tau dah pukul 12 malam, sebelum tu Nanu membaca sikit, masih baca buku In the Asian Style...

Buku ini antara lain menerangkan pengaruh oriental dalam mengaplikasi lain-lain bahagian rumah menunjukkan bagaimana 'mood asia' tercipta di mana-mana...

Hari ni tak masak, Nanu makan lebihan pizza Pak Ucu Iman malam tadi...

Iman dan timbunan buku..

Friday, March 11, 2005

Nanu demam..

Malam tadi Nanu demam, tak tidur langsung. Pukul dua pagi Mummy Faith bagi ubat baru Nanu ok. Nanu selimut sampai berpeluh-peluh lepas tu ok. Nanu minum air sampai dua botol besar. Pagi ni tadi rasa ok tapi lemah sikit... masuk tengah hari pulih seperti biasa... alhamdullillah...

Petang tadi Mummy Faith ajak keluar, dia nak belikan Faith sleepsuit. Yang ada semua dah sempit. Kita semua pegi Mothercare, Mina dan Jen pun ikut. Faith pakai smart petang ni, pakai sehelai lagi baju French designer tu... di perbuat dari kain cotton nipis dan berbunga-bunga kecil. Cuaca pulak hari ni panas, jadi baju tu paling sesuai sekali...

Di belakang dan depan baju ada dua poket, Faith berkasut hitam hari ni... amboi... amboi... cun betul cucu Nanu. Kami singgah makan kolo mi, jadi malam ni Jen tak payah masak. Pak Ucu order in pizza je...

Malam ni Nanu nak relak, baca buku... buat kopi panas... mm...

Iman beli sleepsuit

Baju oleh French designer

Thursday, March 10, 2005

Pamiran Kereta Mewah

Nanu baru balik menyaksikan pamiran kereta-kereta mewah Rolls Royce dan Bentley... pamiran dibukakan kepada orang ramai hari ini saja. Pamiran mengambil tempat di Empire Hotel. Nanu tak lah minat habis tapi cuma mengambil kesempatan menyaksikan pamiran tersebut.

Lebih kurang sebanyak 68 buah kereta di pamirkan. Kereta-kereta tersebut di nilaikan berharga 13 juta. The Borneo Experience Tour 2005 di anjurkan oleh U.K based Rolls Royce Enthusiasts' Club.

Mereka di jangka berlepas ke Kota Kinabalu esok... Ye lah tak merasa memandu atau memperoleh sebuah pun tak pe... janji dapat tengok he... he...

Malam ni Mummy Iman keluar dengan teman-temannya, Nanu duduk rumah je... malam ni makan ringkas-ringkas je...

Bersama tuan punya kereta

Kereta mewah