Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Tuesday, April 12, 2005

Member talipon...

Nanu baru dapat talipon dari member Y.P.S... member ni berasal dari Singapur tapi bersuamikan orang Brunei, Y.P.S ni dulu masa muda-muda bertugas sebagai pramugari SIA... kami berjanji untuk bertemu di Coffee Bean untuk sarapan...

Sorang lagi member iaitu M.G akan ikut sama, member sorang ni berasal dari Malaysia juga bersuamikan orang Brunei, beliau bertemu dengan suaminya ketika menuntut bahagian 'nursing' semasa di U.K. dulu... beliau baru terima cucu, baru dua bulan... nampaknya hari Sabtu nanti hari nenek-nenek dan cucu-cucu berkumpul... he...he...

Kejap lagi Nanu nak pegi jumpa member S, beliau baru pulang dari Bali semalam, tentu banyak kisah-kisah menarik yang nak diceritakannya... menurutnya beliau banyak bawa barangan aksessori perak...

Menu Faith hari ini ialah bubur nasi campur ayam, brocoli,cendawan daun sup dan sedikit lada sulah, makanan Iman tidak dicampur garam atau gula...

Makan tengah hari kami hari ni ialah sambal limpa...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home