Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Monday, January 31, 2005

Kamar mandi belum siap

Kamar mandi belum siap sepenuhnya. Orang-orang PM sibuk buat kerja di tempat lain, hari Khamis baru dapat pasang toilet bowl baru. Esok orang datang mengukur untuk buat pintu kabinet, lepast tu baru selesai... heh lamanya boring betul. Kalau siap nanti boleh post gambar...

Karang kalau ada masa nak pegi kedai member S tengok kain untuk buat tabir tingkap kamar mandi Mummy Faith. Sejak pindah rumah 10 tahun lepas belum tukar-tukar. Pagi ni Bos sibuk menguruskan beberapa hal, jadi saya tunggu Faith, karang dia balik saya pulak keluar.

Faith dah makan bubur nasi, kadang-kadang campur bayam atau sayur lain, tak lama lagi boleh campur ayam atau daging. Semalam Faith pegi shopping dengan mummynya beli barang-barang keperluan untuk Faith saperti susu dan lain-lain.

Makan tengah hari, nak suruh Jen masak sup bebola ikan, ayam goreng dan sambal tempe...



Sunday, January 30, 2005

A splendid sisterhood


Nanu and all her sisters at her nephew's wedding last year.

Going out for dinner


Iman and Nanu going out for a family meal

Saturday, January 29, 2005

Makan Luar

Lega sikit hari ni orang PM tak datang kerja, sink dah siap, air panas dah ada, cuma pintu kabinet belum siap. Esok-esok nak tukar 'toilet seat' pulak. Hasilnya setakat ini memuaskan. Nak buat tabir baru bagi tingkap kamar mandi... tu je...

Malam ni tadi mummy Faith belanja kami sekeluarga termasuk Mina makan malam. Kami pergi ke tempat yang menyediakan makanan Inggeris. 'Mat saleh' suka makan kat situ. Saya makan 'appetiser' prawn cocktail. Bos memilih onion soup sebagai 'appetiser' dan mummy Faith makan 'pate' Pak Ucu tak pesan 'appetiser'. Untuk 'main course' kami semua pesan 'bangers and mash'... mm... yum... yum!

Faith ikut tapi tidur terus. Pakai kasut baru... pakai hair band... mak oi comelnya Faith. Tiap-tiap kali bawa Faith keluar, dia menarik perhatian ramai orang. Tadi pun ada 'Ah Moi' cuit pipi dia, nasib baik Faith tak terjaga...

Petang tadi member SC bagi invitation untuk G-Mail... Terima kasih. Mummy Faith dengki kat Nanu sebab dia tak de G-Mail... he... he...

Friday, January 28, 2005

Hari yang meletihkan

Letih betul hari ni, pekerja-pekerja PM masih lagi menjalankan kerja di kamar mandi. Banyak kerenahnya rupanya kerja menukar sink, 'instal' air panas dan membuat kabinet ni ... terpaksa pecah tile dinding untuk memasukan paip, menyusun bata, menyimin dan macam-macam lagi. Sampai naik rimas masuk empat hari kerja masih belum selesai...

Jen masih menyesuaikan diri bertugas untuk kami, tapi nampaknya dia sanggup belajar dan memperbaiki dirinya... jika di beri peluang dia akan dapat menjalankan tugas dengan baik. Cuma dia memerlukan sedikit masa. Hari ni, dia yang masak... saya cuma catitkan apa yang perlu dibuat. Nampak hasilnya tak lah hampa... bagus Jen teruskan usaha!!

Pagi tadi bagi orang PM makan nasi katok, petang beri bubur kacang durian... kesiankan mereka penat, walau pun di gaji tapi apa salahnya disediakan makan minum mereka kan... asalkan kami ikhlas.

Sepatutnya Mummy Iman nak belanja kami makan malam ni tadi, olih kerana orang-orang PM bekerja sampai lewat, kami batalkan rancangan untuk makan di luar... besok je la!

Dah nak tidur ni, letih... esok-esok kalau ada masa post gambar!

Wednesday, January 26, 2005

Nanu jadi lipas kudung

Hari ni penat betul, pagi-pagi dah hantar Supiah balik keagen. Lepas tu balik mandikan Iman.Dah tu tengok-tengok orang-orang Pm menjalankan kerja ubah suai di kamar mandi... sambil-sambil tu ajar Jen macam mana nak masak masakan Melayu. Selain dari tu terpaksa arahkan Jen macam mana menjalankan tugasnya dengan betul...

Tengah hari sempat lagi bacakan Iman buku... sediakan minuman untuk mereka-mereka yang membuat kerja ubah suai di kamar mandi... tau-tau hari dah petang, sampai masa untuk mandikan Iman sekali lagi...

Hari ni tunjuk ajar Jen macam mana nak masak sambal kentang, masak lemak cili padi, ayam masak merah dan masak sayur, semalam ajar macam mana nak masak bubur kacang, si Jen ni betul-betul tak punya pengalaman terpaksa di ajar perlahan-lahan... mm... terpaksa la belajar bersabar...

Iman dah pandai sentiasa mahu perhatian, kami kalau boleh tak mau dia membesar menjadi seseorang yang mementingkan diri sendiri saja, tak mau dia terlalu manja, biar belajar berdikari nanti. Iman... Iman jangan cam tu ok...

Tuesday, January 25, 2005

Latihan intensif untuk Jen

Hari ni kamar mandi berkelecah sebab orang PM membuat kabinet. Dua tiga hari lagi baru siap. Karang petang mummy Iman dan saya nak kekedai S lagi sebab barang-barang semasa 'sale' jauh lebih murah dari harga biasa, so nak tengok-tengok dan tinjau-tinjau...

Jen terpaksa menjalani training yang intensif, dia tak berpegalaman bekerja sebagai pembantu rumah, jadi terpaksa sabar dan ajar dia supaya dapat menjalankan tugasnya dengan 'efficient'. Dapat pula majikan yang cerewet saperti saya terpaksa dia menyesuaikan diri...dua hari ni dia belajar masak dari Supiah, esok Supiah akan dikembalikan kepada agen yang meminjamkannya kepada saya... mudah mudahan kami tak akan mempunyai banyak masaalah dengan Jen!

Iman dah pandai menggolahkan tangannya membuat 'cekup mengamit' 'ning ning pong' dan 'twinkle twinkle little star' menggunjupkan dan menggembangkan jari-jarinya apabila di nyanyikan lagu-lagu tersebut diatas.Iman melalui peringkat dimana kami semua menjadi leka dengannya...

Menu hari ni ayam basil, sambal tempe, sayur kacang dan sambal ikan bilis.

Monday, January 24, 2005

Japanese Jaunt



Iman gets acquainted with sushi and sashimi...

Hari yang banyak aktivity

Malam tadi Pak Ucu Iman belanja kami semua makan 'japanese'... keluarga saya memang minat makanan Jepun, Iman pun ikut juga. Hari ni sibuk betul... pagi pegi kedai member S sebab ada 'sale'. Ada la beli barang sikit untuk hiasan 'kamar mandi baru'. PM datang untuk bagi 'quotation' buat kabinet kamar mandi. Lepas tu F agen amah datang bawa amah baru kami dari Phillipine. Namanya Jen, personality ok tapi mesti banyak training tentang kerja.

Petang pegi tengok 'tile' sekejap dekat je... tak lama lepas tu abang member S datang hantar barangan yang dibeli pagi tadi, mereka ni macam keluarga sempat minum dan makan popiah goreng di dapur tadi. Entah ya, hari ni ramai orang datang...

Selain dari itu dapat berita bahawa teman wanita Pak Ucu Iman dan kedua orang tuanya nak kenegeri ini bulan depan. Teman wanita Pak Ucu Iman 0rang KL, bertemu masa mereka sama-sama belajar di Australia dulu. Teman wanita Pak Ucu Iman D dah pernah datang kesini sebanyak dua kali, tapi bagi kedua orang tuanya ini adalah kali pertama...

Tadi siang makan sambal sotong, kacang boncis goreng, ikan goreng dan daging masak lemak. Malam ni makan cengkuk manis, ayam halia dan sambal ikan...

Sunday, January 23, 2005

All smiles

Hari Minggu yang sepi

Semalam pegi minum-minum dengan member ML, dia minum teh saya minum 'berry slush'. Duduk cerita-cerita lebih kurang 1 jam. Balik mandikan Iman, bagi makan hari pun bertukar malam. Lepas makan malam buat jadual 'maid' baru yang akan tiba esok.Apabila selesai baca buku 'Contemporary Asian Bathrooms'... ya lah nak lah cari idea kot!

Hari ni tak banyak aktiviti, keluar jap beli keperluan dapur dengan Bos.Singgah kat restoran Thai makan nasi dengan daging basil...

Besok PM datang untuk memulakan kerja di kamar mandi, jadi esok tak lah kemana-mana kot, lagi pun 'maid' baru akan sampai. 'Training' bermula esok.Harap-harap dapat seorang 'maid' yang 'efficient'.

Menu hari ni, lamb soup, kobis goreng dan bebola sotong goreng.Malam karang makan yang ringkas-ringkas je...

Semoga umat Islam telah menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Raya Korban dengan penuh kegembiraan baru-baru ini...

Saturday, January 22, 2005

Iman learns Malay


Iman reads a tale about blue strawberries.

Nanu's Miri trip


Iman and Nanu unwinds in Miri

Ronda-ronda di Miri


Kami baru pulang dari Miri tadi. Kami tidur semalam disana. Perjalanan dari sini kebandar Miri mengambil masa paling cepat tiga jam. Kebanyakan orang sini kesana untuk shopping. Kami tinggal di apartment dua bilik. Iman tidur sepanjang perjalanan, sampai sana sengeh-sengeh... suka!

Mummy Iman shopping baju dan buku untuk Iman. Nanu tak beli apa pun... cuci mata je. Dalam perjalanan balik singgah di bandar Kuala. Sempat meninjau kedai kegemaran yang baru di buka yang di beritau member... fulamak... cantik giler barang-barang kat situ, ada barangan antik jugak. Insyaallah nanti nak pegi balik kat situ sebab semalam tergesa-gesa, kedai tu pun dah nak tutup hampir jam enam petang.

Hari ni tadi pegi tengok 'sink' lagi dengan Bos, dah dapat dah lusa Pm janji nak pasang, ee... tak sabar nak tengok hasilnya...

Iman dah pandai buat 'aum cak', makin sehari semakin comel dengan berbagai-bagai watak baru nya... kami perhatikan tingkah lakunya, dia memang tak berapa tertarik dengan barang permainan tetapi tertarik pada buku. Suka dibacakan buku dan tertarik dengan gambar yang ada dalam buku... mudah mudahan Iman rajin belajar nanti, itu yang diharapkan... Insyaallah!

Thursday, January 20, 2005

Nanu's new buy



Iman with Nanu and the new persian rug...

Plush and lush


This is K.A's plush living room in K.L, gorgeously decorated.



This is the arty dining area.

Pergi kekedai member

Semalam pagi-pagi lagi member S sms untuk bertemu.Member S baru balik dari Vietnam memesan stok untuk kedai barunya.S sempat membawa ole-ole untuk Iman dan saya.Iman dibelikan dua pasang baju 'smocking' dan 'soft toy ' berupa gajah.Saya pulak dapat subang dan karung kecil untuk simpan 'tissue'. Member S mempelawa saya untuk ikut ke Vietnam dimasa-masa hadapan...Insyaallah!

Selepas bertemu dengan S saya kekedai member SC.SC berketurunan Sindhi.Beliau juga menjalankan kedai perabut dan hiasan dalaman... dah saya katakan dulu, semua mereka-mereka yang menjual perabot akhirnya menjadi teman rapat. SC juga kerap terbang merata-rata tempat sama ada bercuti atau disebabkan perniagaan. Saya membeli sehelai permaidani 'persian' darinya semalam, untuk bilik tidur berukuran kecil je...

Setelah meninggalkan kedai SC, Bos berpesan supaya kekedai peralatan kamar mandi.Dia suruh saya tengok 'sink' untuk dipasang oleh PM hari minggu nanti, kan ke nak buat kabinet, jadi PM berpesan supaya beli 'sink' baru...

Iman dah makan bubur nasi selain dari makanan biasanya...

Hari ni menu, sambal ikan dan ayam goreng dan sayur apa Supiah masak tak tau lagi...

Tuesday, January 18, 2005

Sister, sister


This is K.A, my older sister who lives in K.L. She is very arty-farty when it comes to interior decor and general grooming. We are wearing similar British India tops in different colours.

Time for snuggles


Iman snuggling up to Nanu

Iman meragam

Semalam PM datang.PM berbangsa Thai, dia pekerja kontraktor yang sering kami panggil jika ada kerja membaiki atau sebagainya.Sebenarnya saya berangan-angan nak buat kabinet di kamar mandi biar nampak kemas... PM berjanji akan mulakan kerja minggu depan.Mummy Iman pun nak buat begitu untuk kamar mandinya, patutnya dari dulu-dulu lagi dah buat.

Malam tadi Iman meragam, menangis tak henti-henti kerana hidunganya tersunbat... mummynya pula 'on call'.Jadi terpaksa saya talipon dan minta nasihat darinya, dah tu atuk Iman pun tak de, pegi tarvelling lagi.Pak Ucu Iman pula pergi seminar. Saya dan Mina cuba supaya tak panik dan lepas setengah jam baru tangisan Iman reda, selepas di beri ubat... Iman... Iman buat gempak betul!!

Pagi ni Iman ok dah, pakai t-shirt pink dan jeans, ala Iman ni tiap-tiap hari glamour lah nak lawan dengan Nanu ke, siapa lebih cun... he...he...

Hari ni mummy Iman tak kerja, karang nak keluar jap... ronda-ronda!!

Semalam makan ikan masak lemak dan sambal kentang, hari nak makan apa ye..
.

Iman meragam

Semalam P.M datang, P.M berbangsa Thai, dia pekerja kontraktor yang sering kami panggil jika ada kerja membaiki atau sebagainya.Sebenarnya saya berangan-angan nak buat kabinet di kamar mandi biar nampak kemas... PM berjanji akan mulakan kerja minggu depan.Mummy Iman pun nak buat begitu untuk kamar mandinya, patutnya dari dulu-dulu lagi dah buat.

Malam tadi Iman meragam, menangis tak henti-henti kerana hidungnya tersumbat... mummynya pula 'on call'. Jadi terpaksa saya talipon dan minta nasihat darinya, dah tu atuk Iman pun tak de, pegi tarvelling lagi. Pak Ucu Iman pula pergi seminar bekas pedana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Tun Dr. Mahathir Mohammad sempat menurunkan tandatangannya di dalam buku "Malay Dilemma" Pak Ucu.


Saya dan Mina cuba supaya tak panik dan lepas setengah jam baru tangisan Iman reda, selepas diberi ubat...

Iman... Iman... buat gempak betul!!

Pagi ni Iman ok dah, pakai t-shirt pink dan seluar pendek jeans. Alaaaa... Iman ni tiap-tiap hari glamour lah, nak lawan dengan Nanu ke, siapa lebih cun... hehe...

Hari ni mummy Iman tak kerja, karang nak keluar jap... ronda-ronda!!

Semalam makan ikan masak lemak dan sambal kentang, hari nak makan apa ye...

Sunday, January 16, 2005

Chic Chick


Ooh la la...

At the clinic


Nanu and Iman at the 'poshy' paediatric clinic at JPMC.

Faith ke Klinik

Semalam pegi shopping dengan mummy Faith , dia nak beli kasut untuk pegi kerja.Mummy Faith beli dua pasang kasut warna hitam.Beli kat 'Mall'. Kira-kira 'Mall' ni tempat membeli belah yang paling besar disini.Lepas tu kami pegi minum, saya makan tuna pasta dan Mummy Iman makan 'salmon quiche'...

Hari ni Faith telah dibawa ke klinik persendirian kerana 'jab' yang patut diberikan di klinik kerajaan semalam telah habis. Faith pakai seluar putih dan top merah... wahai Faith ku berhias saja saban hari nampaknya... tak pe Faith Nanu pun suka berhias... he... he... Nanu borek cucu rintik!!

Harap-harap Faith tak kan demam teruk, sebab selalunya laepas 'jab' ni dia demam sikit tak lah meragam tapi suhu badan panas sikit, terpaksa di perap dengan kain yang berendam air sejuk ditempat menerima 'jab' tu... Mudah-mudahan Faith ok...

Karang petang nak lepak dengan member jap. Ya lah nak juga simbang-simbang... tukar-tukar fikiran. Dah tu dah jaga cucu , kat rumah semua dah beres, apa lagi... cau lah!!

Hari ni, makan kat luar dengan Bos...

Saturday, January 15, 2005

Baby Blues


What?! It's time for my jab again?
Noooooo...
Boohoo Nanu!

With a Balinese friend


Nanu and KNC a few days ago.

Ronda-ronda

Semalam pegi ronda-ronda, pegi kedai barangan dekor beli dua lukisan kecil sebab harganya berpatutan lepas tu hantar buat bingkai sekarang dah naik atas dinding... he... he...lepas tu beli dua lamp shade kat kedai member KNC kawan yamg berasal dari Bali tu. Tekak rasa haus singgah di cafe, cafe ni menghidangkan kek dan pastry yang terenak disini... saya suka chicken pastanya...

Dah tu pulang kerumah, kira-kira jam 3 petang pegi cuci gambar Faith.Masuk dalam sampul surat dan nak dikirim pada Nek Nya Faith di Singapura, dengarnya Nek Nya Faith baru-baru ni mengeluarkan air mata kerana saya cuma kirim gambar Faith kepada Nek Teh Faith di K.L, jadi Nek Nya sudah merajuk... kesian. jangan merajuk Nek Nya dah tua-tua kalau merajuk buruk jadinya... he... he...

Kejap lagi Faith hendak di bawa keklinik sebab dah tiba masa untuk temujanji di situ.Faith pakai baju baru, warna biru, Nanu yang belikan baju ni. Ada dua poket kecil dan berkolar puteh, Faith kelihatan comel sekali... wah... wah... cucu Nanu dah pandai melaram ye!!

Hari ni tak tau nak makan apa... masak udang kot...

Karang petang nak lepak dengan member A, dah lama tak jumpa dia ni... kalau lama tak jumpa mesti ada macam-macam cerita, berita terkini lah kot!!

Thursday, January 13, 2005

Guide to Mi Casa (Part 11)


The layout of the main living room a few years ago; decorated in a "Balinese" style back then.

Tengok DVD

Hari ni mummy Faith kerja setengah hari, jadi tadi lepas makan kami tengok DVD.Cerita 'Bridget Jones' the sequel... boleh tahan, boleh recommend kepada siapa-siapa yang berminat menghabiskan waktu nak tengok DVD, sweet story...

Hari ni tak tau kenapa tapi ngantuk betul, lepas tengok DVD terlelap pula.Lepas tu Supiah pembantu rumah buat cucur udang, apa lagi baham lah, dah tu petang dia buat tempeyek atau setengah orang sebut rempeyek.Duduk anak beranak di 'porch' dan makan lagi.Waduh!! ini bukanlah amalan yang sehat... tapi tak pe kejap lagi pasang dvd aerobik... ya lah tu...

Lepas aerobik, nak gi keluar jap sebab hari ni belum tengok langit lagi... he...he...minum-minum kopi sikit dengan Bos kat 'cafe' mana-mana...

Malam ni tadi makan sayur lodeh dan ikan goreng, besok makan apa ye... suruh Supiah buat gado-gado kot.

Tadi member SK sms jemput kerumahnya hari Sabtu ada jamuan, rasa-rasanya tak pergi kot... SK ni orang Johor tapi suami berbangsa Greek, anak dua orang dah besar-besar. Sorang ada di Greece menuntut disana.SK ni sebaya saya tapi aktif, banyak buat kerja 'charity' sebenarnya tugas penuh ialah pelukis di salah sebuah jabatan kerajaan...

Wednesday, January 12, 2005

Rumah Moyang Faith di Malaysia

Rumah Moyang Faith terletak tidak jauh dari bandar Klang... bandar Klang adalah 25 kilometre dari K.Lumpur.Rumah moyang Faith adalah berbentuk tradisional.Rumah kayu yang berusia kira-kira 40 tahun.Rumah tersebut pernah memenangi peraduan rumah tradisional peringkat negeri. Ia telah di diubahsuai oleh arwah abang saya.Mereka sekeluarga mendiami rumah peninggalan arwah ibu dan bapa saya itu.

Semasa hayatnya arwah abang saya banyak membelanjakan wang dalam ubahsuai, membeli perabut dan membuat 'landscaping' dan memelihara kebun halaman. Kami sering berkumpul di anjung, duduk-duduk sambil menghirup kopi dan bertukar-tukar khabar disitu...

Konsep bahagian dalam rumah condong kepada konsep 'Kolonial Indonesian'. Warna yang diaplikasikan ialah warna-warna neutral agar perabot-perabot kayu kelihatan terserlah.

Pokok-pokok dan dedaun yang ada juga dipilih khas oleh arwah... antara pokok-pokok yang ditanam ialah ginger merah, lotus, water lily, beberapa jenis pokok pisang yang mengeluarkan jantung dan bunga yang beranika warna dan banyak lagi 'species' tanaman yang khas yang ditanam...

Harap-harap rumah tradisional peninggalan arwah kedua orang tua saya akan tetap terpelihara... INSYAALLAH!!

A green sanctuary


These are a couple of pics of Iman's Malaysian moyang's abode in Selangor. This happens to be the porch... cool and green.



A view of the house from the garden



The guest living room at the front end, the decor leans more towards Indonesian-colonial style.

Member KNC datang

Member KNC, berketurunan Bali datang hari ni, datang nak tengok Iman.Dah lama beliau tak datang... seronok simbang-simbang tentang member-member lain, bercerita tentang keluarga tau-tau dah jam 11 pagi KNC pun pulang.Banyak persamaan antara kami, contohnya kami menitik beratkan tentang nilai berkeluarga, cara hidup yang sehat dan sebagainya... saya hidangkan makaroni goreng, popiah goreng dan kek lapis prune... kata KNC makaroni saya enak, jadi suruh dia 'tapau'. Dia bawakan hadiah untuk Iman... sepasang baju.

Ayu anak saudara di KL, kirim gambar rumah kerana dia sekeluarga baru pindah rumah.Ibunya kakak saya dan keluarga mempunyai cita rasa yang tinggi. Mereka begitu berseni dari segi berpakaian sampai lah cara menghias rumah, saya adalah peminat besar mereka... esok-esok kalau ada peluang saya akan post gambar rumah mereka...

Iman hari ni diberi makan brocoli, wah... punya suka... take it easy Iman, tak kan kemana brocoli tu... he...he... elok lah cucu Nanu pandai makan sayur, alhamdullilah!!

Menu hari ni, ikan salmon, sayur kai lan dan udang berempah... malam karang garu kepala pikir apa nak masak.

Tengah hari ni kalau tak keluar baca majalah kot atau tengok T.V atau buat sketching lagi... tengok 'mood' apa nak di kerjakan...

Tuesday, January 11, 2005

Two peas in a pod


The colour of envy

Hari membaca

Sepatutnya hari ni bertemu dengan member P, tapi tukar rancangan duduk di rumah saja dan nak baca majalah dan akhbar harian, Iman pun di bacakan buku dia 'Fly Away Ladybug'. Member P berbangsa Tionghua berasal dari Sabah pernah bertugas sebagai Pramugari RBA buat beberapa tahun.Sekarang menjadi suri rumah.Berusia lewat 30an...
Cheesecakenya hebat...

Iman dan Nanu hari ni pakai baju hijau, kedua-dua baju kami di belikan oleh Bos... baik kita pakai Iman kalau tak lain kali Atuk tak mau belikan kita baju lagi, cayalah.Makanan Iman di tambah dari lima sudu ke sembilan sudu... makanan perlahan-lahan akan di buat kasar sedikit, tidak begitu 'pureed' supaya dia belajar mengunyah.

Menu hari ni pun agak boring, sup ayam, terong goreng dan telor omelette... bengang... bengang dah tak tau apa nak masak.

Malam karang kata mummy Iman nak keluar, beli barang-barang keperluan Iman seperti 'diaper' susu dan lain-lain...

Petang nanti Bos dan saya akan ke Airport hantar Pak Ucu Iman yang akan terbang hari ni...

Bos keluar jap tukar duit untuk Pak Ucu Iman dan beli sedikit keperluan Pak Ucu Iman sebagai persiapannya!!

Monday, January 10, 2005

Guide to mi casa (Part 10)

Nanu's favourite door.


This is an old door from India. It's mother-of-pearl inlay and sits in the dining area. Bought locally from a friend's shop.

Breakfast dengan teman

Baru saja balik dari 'breakfast' dengan member FAI... FAI ialah menantu orang ternama, hobinya ialah memasak dan termasuk ketogeri 'expert' pernah menghadiri kursus 'cordon blue' dan 'baking' di Eropah dan di US, memang masakannya sedap, saya pernah rasa hidangan popiah basahnya... sampai sekarang terkenang-kenang.'Jet setter'... saya suka bergaul dengan beliau ni sebab dia seorang yang berfikiran terbuka dan mudah buat saya ketawa, lucu...

Buat ketika ini beliau sedang sebok mengguruskan dan menjalani proses untuk membuka restaurant... syabas diucapkan kepada FAI semoga berjaya!!

Iman hari ni saya tak sempat mandikan suruh Mina lap saja.Belum yakin untuk menyuruh Mina mandikan tapi petang karang pasti Nanu mandikan ok...

Esok anak lelaki akan terbang ke Vietnam, ini adalah kali kedua dia kesana.Tak lama mungkin dua atau tiga hari bertugas, menurutnya Vietnam tak begitu 'developed' berbanding dengan negara-negara Asia lain tetapi tetap menarik untuk dilawati.Saya suka jahitan 'embroidery' mereka...

Hari ni makan simple je, sambal sotong, kari daging dan sayur kai lan...

Sunday, January 09, 2005

Sunday School


"Don't we look cute together, Teddy?"

Tak de matahari

Hari ni pun tak de matahari, nak basuh dan keringkan cadal pun masaalah...mm... semalam sms member lama JA, JA mempunyai adik JS, mereka berdua berketurunan Kadazan kedua-kedua bersuamikan 'mat salleh', JS adalah seorang akitek berkelulusan dari salah sebuah Universiti di U.K, beliau berminat melukis...buat masa ini berada dan bertugas di Sabah...

Semalam petang menghabiskan masa menonton DVD 'Meet The Fockers', lucu...Iman sekarang sedang asyik menatap muka orang mempelajari 'expression', dia leka menatap muka orang, sedih ke... marah ke... gembira ke...

Malam tadi member A jemput kerumahnya lagi tapi tak berani pegi sebab musim hujan dan rumahnya jauh, kesian kat dia kerap jemput tapi saya tak berpeluang pegi... tak pe lah karang petang kalau free pegi jumpa dia jap...

Kejap lagi AF akan datang gunting rambut saya,dah sampai masa sekali lagi untuk di trim, rasa baru lagi buat begitu sungguh cepat masa berlalu...

Malam tadi tak jadi masak daging, makan sambal tempe dan ayam kari, hari ni makan daging lemak cili padi dan kentang, sambal trasi dan telor... yummy!!

Saturday, January 08, 2005

Ladies in white


One afternoon at J.S's abode last year.

Smiling Saturday


Yay!... Have a good weekend people!

Mendung lagi

Hari ni mendung lagi, harap-harap janganlah banjir lagi... banjir baru-baru ini melibatkan banyak tempat di Brunei.Semalam biras R talipon bersungut rumah dia pun masuk air, dengarnya rumah ibu mertua pun begitu...dulu masaalah banjir ni tak lah begitu teruk cam ni...

Tadi pagi-pagi dah arahkan 'maid' supaya goreng macaroni sebab anak lelaki nak bawa ke pejabatnya ada 'pot luck'...semalam pun makan macaroni tapi berkuah.Masakan macaroni ala timur, sebab semasa tumis di masukan rempah saperti kayu manis, cengkih dan pelaga...resepi ini di perolehi dari arwah ibu...

Iman dah siap makan, mandi dan sekarang tidur... dah tumbuh gigi dan dah pandai mengimbangkan badan belajar duduk, hari dia di kenali sebagai 'muffin'...

Bos keluar ke klinik ambik 'supply medication'nya, tau-taulah dah tua ni macam-macam ubat di perlukan.

Karang tengah hari nak keluar ambik baju kat tailor sebab baju yang di hantar baru-baru ni dah siap, bestlah dapat melaram baju baru... he...he...

Hari ni 'lunch' tak tau lagi apa menu, masak daging kot...

Friday, January 07, 2005

Moyang sebelah Atuk

Arwah moyang Iman sebelah Atuk semasa hayatnya memegang jawatan sebagai Penghulu...dia diberi kepercayaan untuk menangani masaalah orang ramai di persisiran tempat beliau berada. Seperti kebanyakan orang di zaman beliau, beliau hanya menerima pendidikan secara formal setakat yang ada pada masa itu... namun begitu, beliau tetap berkebolehan, dan berkerja keras... beliau banyak berjasa di bahagian Mukim kawalannya.

Seperti moyang Iman sebelah Nanu, beliau gemar memburu, memancing dan berkebolehan bermain biola... arwahnya ini bersikap adil dan satu lagi beliau suka berjenaka... beliau juga sering turun ke laut dan biasa menghadapi ombak besar...

Oleh kerana tugas dan tanggung jawab beliau amat dikenali, semasa hayat beliau di kurniakan gelaran oleh 'Almarhum Ayahanda Duli Tuanku'...

Saya masih ingat menyediakan minuman untuk beliau bila bertandang ke rumah yang mana dilakukannya terhadap anak-anak beliau yang lain, bila beliau mempunyai masa lapang... semoga rohnya juga dicucuri rahmat... Amin...

Faith's great-grandfathers


Iman's male moyangs; On Atuk's side, H.S (left) and on Nanu's side, H.A (right) in 1973 at Brunei Airport...

To etch a sketch


Some of nanu's work...

Moyang lelaki sebelah Nanu

Dalam timbunan gambar yang dikemas kini, ada terselit gambar moyang Iman iaitu H.A... arwah moyang Iman semasa hayatnya bertugas sebagai 'Station Master', beliau sering berpindah di beberapa pelusok di tanah air dalam menjalankan tugas. Saya dilahirkan di Sentul K.L, jangan main-main... orang bandar ni : )

Moyang Iman seorang yang tegas dan penuh disiplin, kami dibesarkan supaya menghargai nilai-nilai tertentu seperti berpegang kepada adat, menghormati orang tua, menitik beratkan kebersihan, bertarta tertib dan sebagainya...

Hobi beliau ialah memburu, mempunyai senapang patahnya sendiri, kami kadang-kadang dapatlah rasa daging pelandok, burung punai yang beliau perolehi ketika memburu, arwah moyang Iman juga gemar memancing... menanam pokok buah seperti durian, manggis dan rambutan...

Semasa saya membesarkan mummy dan Pak Ucu Iman, beliau tidak putus-putus memberi nasihat supaya memberi perhatian dalam pelajaran mereka... dan supaya menyimpan untuk masa hadapan... tapi tak taulah saya ni memang boros...he...he

Beliau berpegang kuat pada ugama tapi taklah fanatik... contohnya beliau tidak memaksa kami...
Semoga rohnya dicucuri rahmat... Amin..

Thursday, January 06, 2005

Turquoise Thursday


Turquoise twinsome

Air Surut

Alhamdullilah air dah surut... senang hati, kejap lagi nak pegi kedai member S, nak ambik barang... mummy Iman pun ada rumah, hari ni dia kerja setengah hari je... lunch tadi dia yang bagi makan Iman, sekarang makanan Iman di tambah dari dua sudu teh kepada lima sudu, esok lusa nak cuba bagi Iman makan bubur nasi pulak... wah... macam ni cepatlah cucu Nanu besar kann... tapi tak mau sampai 'overweight' lah, takut Iman mempunyai masaalah kesihatan...

Hari ni, Iman pakai baju warna 'turquoise', baju ni Atuk yang belikan dua tiga hari lepas... baik pakai Iman nanti Atuk merajuk... tadi Atuk keluar baharui 'insurance' rumah...

Selepas kekedai member S karang nak jumpa seorang lagi teman, member KNC... beliau berasal dari Bali, suami 'mat saleh' dari Australia, dah lebih 10 tahun di Brunei, sama macam member S menjalankan kedai perabut dan hiasan rumah... anak tiga orang, semua cun-cun boleh katakan semua teman saya yang kahwin campur, anak-anak mereka comel lote...KNC baru je balik dari New Zealand dan Australia menghabiskan cuti Krismas di sana, semalam petang mereka sampai...

Cakap pasal Bali, saya memang suka melancong kesana, sebab Bali mempunyai tradisi dan adat resam yang kukuh...baru saja dapat sms dari KNC, dia sedang tunggu ni...terpaksa tinggalkan blog ni dulu...

Oblivious to the world


Blissful dreams of milk

Mi Casa gets flooded


There goes the garden...

Banjir

Malam tadi hujan lebat, lama pulak tu... pagi ni bangun, tau-tau dah banjir... tapi nasib baik tak masuk dalam rumah, halaman je yang terjejas... 'wet kitchen' pun masuk air sikit, kali terakhir banjir sebegini buruk berlaku lima tahun lepas... anak - anak tetap pergi bertugas, nasib baik kami menggunakan kereta jenis 'SUV', tinggi sikit dapat meredah air dalam....

Nampaknya hari ni memerap kat rumah lah... padahal dah berjanji dengan member S untuk bertemu... ada sadikit barang yang member S nak sampaikan pada saya... esok beliau akan terbang ke Vietnam, S kesana untuk membeli barang untuk di jual di kedai nya... boring betul lah, habis rancangan hari ni tergendala... mm...

Pagi ni perut meragam pulak... salah makan agaknya...

Faith masih tidur, kejap lagi dia bangun bole mandi...

Oleh kerana tak bole keluar hari ni, baik cari sesuatu untuk di kerjakan... dah lama berniat untuk mencari gambar-gambar yang selama ini tak tersusun rapi, jadi hari ni nak duduk dan kumpulkan gambar-gambar semua dan di susun dan akan di simpan dengan baik...

Hari ni makan 'lamb' tak tau lagi nak buat sup atau kari, sayur campur dan ikan goreng, sambal belacan jangan lupa!! Acah je...

Wednesday, January 05, 2005

Time for dindins


Say ahhhhh cutiepie!

Jemputan Krismas

Malam tadi bungkus hadiah, kerana malam karang akan kerumah JL untuk menghadiri perayaan Krismas, JL ni kawan lama, kalau tak pegi tak sedap pula... JL mempunyai rumah dan kebun halaman yang menarik, dia meminati tanaman dan dedaun hijau dari dulu lagi, membelanjakan wang yang banyak untuk bayaran 'landscape artist' dan tukang kebun untuk memelihara kebunnya... selalunya beliau melayan tetamu di bahagian belakang rumah dimana terletaknya 'gazebo' beliau...

Bos pagi ni beli nasi katok, nasi katok sebenarnya ialah nasi lemak, ceritanya pada suatu ketika dulu, orang datang membeli nasi ini dengan mengetok tingkap kecil di situ... karang tengah hari tak payah 'lunch' lah...

Iman hari ni belajar memegang barang dan memindahkannya ketangan satu lagi, sebelum ini dia memegang dan melepaskan semula, ini lah peringkat-peringkat yang di lalui bayi... ada perbezaan...

Karang petang dengan bantuan 'maid' akan turun kehalaman untuk kerjakan apa yang patut, saperti membuang daun-daun kering, gemburkan tanah, beri baja dan sebagainya, tahun lepas kami mengadakan 'garden party' di situ... pasang beratus-ratus lilin, indah sekali... semua yang datang memuji keindahan malam itu... rasa-rasanya tahun ini nak buat lagi, tapi kena tunggu musim tak hujan... apa tah lagi mungkin lebih meriah dengan kehadiran Iman... jangan marah!!

Tuesday, January 04, 2005

Nanu's Cake Day


Nanu's birthday bash back in November 2004

Sketching

Tadi member A sms, jemput kerumahnya karang malam, ulang tahun anaknya hari ni, tapi terpaksa saya tolak, kerana malam ni mummy Iman 'on call', Nanu terpaksa menjaga Iman... esok-esok belikan saja hadiah untuk anak member A...

Iman pakai baju 'smocking' yang di belikan Nek Teh nya dari K.L... putih dan bunga pink, manis sekali... hari ni pun Iman 'mood' baik, banyak ketawa...

Menu hari ni, ketam goreng, ayam basil, taugeh goreng dan 'corn soup'... sebenarnya mummy Iman yang teringin nak makan corn soup hari ni... Bos pun awal-awal da pegi supermarket, untuk beli bahan-bahan, karang mummy Iman bawa bekal corn soup lah...

Rasanya dah lama tak buat 'sketching', ingat duduk-duduk kejap lagi, nak buat sketching... dah banyak sketching saya yang di kumpulkan, separuhnya di bingkaikan, jadikan hadiah... pernah juga jual, di bazaar yang di anjurkan oleh 'British High Comm' di residentnya beberapa tahun lepas... yang lain nak di simpan untuk Iman buat masa hadapan... tak lah hebat sangat kerja saya ni, cuma buat mengisi masa lapang dan sebagai hobi...

Monday, January 03, 2005

Afternoon Munch


A munchkin having her afternoon munch

Dungaree Girl

Malam gempak

Malam tadi hampir waktu subuh, terdengar bunyi di bawah, saya dan anak lelaki bergegas turun... pasang semua lampu, kejutkan maid... anak lelaki buka pintu dan cek di luar, saya cuak jugak manalah tau... kalau ada orang menunggu di semak-semak tu... alhamdullilah tak de apa-apa, sekarang ni bukan boleh percaya...macam-macam kejadian jenayah berlaku...

Bos balik pagi ni, belikan Iman baju biru, comel betul... saya di belikan baju dan majalah kesukaan...

Tadi pagi member ML datang, saja je lepak-lepak, ML keturunan tionghua,berasal dari Singapura tapi dah lama bermastautin di Negara ini, suaminya seorang doktor, menjalankan klinik sendiri...dah dua bulan tak jumpa dia, panjang lah perbualan... ML ni aktif... hobinya melukis, bermain 'bridge' dan mengikuti kelas tarian, beliau tak de anak, kerap melancong...sikap ML yang paling saya hormati ialah kejujurannya...

Tadi malam pegi 'mothercare' ada sale, mummy Iman banyak belikan dia baju...dungaree, skirt dan seluar...Iman excited bila di cubakan baju-baju tersebut, Iman nanti besar pasti ikut perangai Nanu kuat melaram... he...he...

Malam ni pegi 'tailor' jap... nak buat baju, nak alter seluar... lepas tu nak ambik baju yang di hantar 'dry clean'... banyak agenda hari ni...

Iman mula menggunakan kerusi 'high chair' semasa makan buat kali pertama semalam... steady lah Iman , Nanu kecik-kecik dulu mana ada ni semua, duduk atas tikar mengkuang kot...

Sunday, January 02, 2005

Someone Cool


Nanu and designer Tom Abang Saufi

Tom Abang Saufi

Saya sebenarnya peminat besar Tom Abang Saufi... sejak dari dulu lagi, rekaannya sangat 'versatile' boleh di pakai kemana-mana,'top' nya boleh dipakai dengan jeans atau seluar atau skirt biasa... motifnya sungguh unik berdasarkan motif kaum asli di sarawak, jenis kain yang digunakan dapat di cuci pakai tangan...

Tidak lama dulu Tom datang ke Sini untuk mengadakan fashion show, saya berpeluang menyaksikannya, bukan itu saja sempat bertemu muka dan berbual-bual dah tu bergambar pula tu... eceh, jangan dengki, Tom orangnya lepak, tidak bangga diri, dan melayan sesiapa saja, saya kagum dengan kebolehan Tom dan keluarga, mereka amat berjaya...Syabas Tom, semoga lebih berjaya di masa hadapan...

Malam tadi'black out' kira-kira 1 jam, kira-kira pukul 2 pagi, nasib baik Iman tak meragam, panas bukan main, tak de aircon dan kipas, kami pasang lilin...
Iman masih selsema, tapi tak meragam...

Tadi keluar, kejap je... beli kain linen untuk buat baju...

Menu hari ni, ayam santan, bebola sotong goreng dan bayam goreng... malam karang tak tau lagi nak makan apa...

Pukul 4, mandikan Iman...kalau rajin malam karang lepak dengan memmber jap, mesti topik tsunami keluar...

Saturday, January 01, 2005

Nanu's Cutiepie

Iman ushers in 2005

Tahun 2005

Selamat menyambut tahun 2005 kepada semua, semoga tahun baru ini membawa keberkatan... semoga semua umat manusia hidup dalam harmoni, bebas dari penyakit, pertumpahan darah, bencana alam, semoga beroleh kebaikan...

Saya akan mencari iktibar atas kejadian sedih yang menimpa rakyat beberapa negara, iaitu bencana tsunami... saya akan lebih menghargai, orang-orang yang terdekat dalam hidup saya seperti Boss, kedua orang anak saya dan terutamanya Iman, dan ahli anggota keluarga yang lain dan teman-teman...

Saya akan berusaha untuk bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan, tidak akan menunggu hanya semasa bencana tiba...

Selain dari itu akan menjaga keselamatan dan kesihatan diri, dan orang-orang yang di sayangi...

INSYAALLAH...

Hari ni, Iman meragam sikit, selsema... berjangkit dari Atuk... tapi tak serious, cuma tidurnya terganggu...

Makan sup bebola ikan, sambal ikan bilis dan ayam masak merah... Bos pegi travelling, so masak lebih kurang pun tak apa...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU...