Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Wednesday, April 13, 2005

Nanu pencen...

Nanu memohon beribu maaf kerana Nanu dah buat keputusan untuk berhenti dari berblog... disebabkan beberapa sebab seperti kesibukan dengan aktiviti-aktiviti tertentu, Nanu berharap kepada sesiapa yang mengikuti blog Nanu selama ini telah sedikit sebanyak beroleh kebaikan dan terhibur...

Salam dari Nanu dan Faith...

Morning Coffee...

Pagi tadi MAR datang, member ni tuan punya salah sebuah cafe di Bandar sini... beliau berbangsa Tionghua, berumur sekitar empat puluhan.. orangnya lembut dan senang di bawa bicara. Nanu kenal beliau dah belasan tahun masa Nanu menghadiri kelas aerobik dulu-dulu lagi...

Tapi kami jarang bertemu selepas itu, sebab MAR sibuk dengan urusan harian dan keluarga... dah bertahun-tahun dia tak datang rumah Nanu. Baru-baru ni Nanu ketemu dia, dan kami berjanji untuk minum kopi sama-sama... jadi tadi beliau datang...

Lucu sebab, MAR cuba nak kenalkan Nanu dengan member M.L. tanpa mengetahui bahawa Nanu memang dah kenal M.L... jadi tadi mereka berpakat, sedang Nanu cerita-cerita dengan MAR... diam-diam M.L. datang dan suprise Nanu... nakal mereka...

Nanu hidangkan kuey tiaw goreng pagi tadi, crab claw, pulut udang dan kueh kacang kole... Nanu gunakan set pinggan empat persegi bermotif daun tropika... Nanu beli set ni kat Perth dulu, adalah 3 atau empat tahun kot...

Mereka menghabiskan masa lama di rumah Nanu tadi, dari jam 10 pagi mereka tiba, jam 2 petang baru mereka pulang... kukuk kikik, ketawa ada saja yang menggelikan hati, usik mengusik... he... he...

Nanu tak makan tengah hari, sebab dah makan kuey tiaw... Mummy Faith balik lunch makan dengan Bos...

Bersama MAR

Layan tamu lagi...

Set pinggan dari Perth

Tuesday, April 12, 2005

Pergi kedai K...


Selepas jumpa S tengah hari tadi, Nanu, Faith dan Mina pergi ke Dept Store yang terletak berhampiran dengan rumah Nanu... Mina nak beli seluar tidur, setelah selesai Nanu dan Mina pegi minum jap...

Kebetulan bersebelahan restaurant tu ialah kedai barang kemas milik teman Nanu K... Nanu singgah lah kejap... K ni berbangsa Tionghua berasal dari Ipoh tapi bersuamikan orang sebangsanya yang berasal dari Brunei.

Kedai tersebut sebenarnya kepunyaan keluarga suaminya, ada beberaba cawangan di seluruh Brunei. Dah beberapa tahun Nanu kenal beliau setelah di perkenalkan olih seorang teman lain...

Menu Faith petang ni ialah kentang kukus, daging dan brocoli, menu kami pula sambal ikan...

Malam ni rasanya tak keluar lagi sebab Nanu nak baca buku yang Nanu beli kat Singapura tu...
malam ni tidur awal kot sebab malam tadi dah tidur lambat...

Santai di porch...

K tauke barang kemas...

Belajar berdiri...

Member talipon...

Nanu baru dapat talipon dari member Y.P.S... member ni berasal dari Singapur tapi bersuamikan orang Brunei, Y.P.S ni dulu masa muda-muda bertugas sebagai pramugari SIA... kami berjanji untuk bertemu di Coffee Bean untuk sarapan...

Sorang lagi member iaitu M.G akan ikut sama, member sorang ni berasal dari Malaysia juga bersuamikan orang Brunei, beliau bertemu dengan suaminya ketika menuntut bahagian 'nursing' semasa di U.K. dulu... beliau baru terima cucu, baru dua bulan... nampaknya hari Sabtu nanti hari nenek-nenek dan cucu-cucu berkumpul... he...he...

Kejap lagi Nanu nak pegi jumpa member S, beliau baru pulang dari Bali semalam, tentu banyak kisah-kisah menarik yang nak diceritakannya... menurutnya beliau banyak bawa barangan aksessori perak...

Menu Faith hari ini ialah bubur nasi campur ayam, brocoli,cendawan daun sup dan sedikit lada sulah, makanan Iman tidak dicampur garam atau gula...

Makan tengah hari kami hari ni ialah sambal limpa...

Faith mengelamun...

Faith makan makanan gourmet...

Pagi tadi Nanu tak keluar, Nanu keluar lepas makan tengah hari... Mummy Faith mula bertugas hari ni selepas cuti selama seminggu... Mummy Faith ajar Mina macam mana nak masak makanan Faith... petang tadi Faith makan, kentang dan apple kukus dan ayam rebus...

Faith tak berapa memilih makan, boleh katakan rata-rata apa yang di beri dia makan... alhamdullillah...

Tengah hari tadi Nanu pegi jumpa K.N.C member Nanu orang Bali tu... ada sejam lebih kami bercerita... katanya anak sulungnya yang menetap di Australia tak balik bulan June ni kerana beliau merancang untuk beli kereta... sebelum Nanu pulang K.N.C berjanji untuk keluar makan tengah hari dengan Nanu nanti...

Malam ni tadi Bos bawa Nanu minum kopi dan makan sandwich di salah sebuah hotel di bandar... selepas tu kami ke supermarket beli barangan dapur dan sambil-sambil tu Nanu beli pink ginger untuk hiasan ruang tamu...

Guide to Mi Casa (part 16)

Guide to Mi Casa (part 15)