Monday, February 28, 2005
Nanu beriadah..
Tadi Nanu pegi pos opis dan ke bank jap. Ke pos opis kirim gambar Iman kepada teman 'mat saleh' Nanu P.C. Kami bercakap melalui talipon dua hari lepas tak lama. Nanu janji nak kirim kan gambar Iman kat dia. Nanu bagi blog address Nanu, e-mail address, gmail address dan no. talipon. P.C baru pindah rumah belum bole berkomputer. Dia dah bagi Nanu alamat baru dan no. talipon... ok lah tu bila-bila nak berhubung senang... katanya dia dah gemuk...tak pe kalau dia tak paham blog Nanu, tengok gambar je lah...
Pagi tadi Nanu betul-betul gembira .F.A menalipon dari Pakistan. Entah... katanya dua tiga hari ni dia asyik terkenangkan Nanu. Dia beritau suaminya, suaminya menyuruh talipon Nanu. Heran juga dua hari lepas baru Nanu blog pasal dia... telepathy kot... kami bertukar-tukar khabar... insyaallah katanya hujung bulan April dia ke Brunei... yey... Nanu da bagi blog address da...
Tadi petang Nanu kuatkan hati pegi berbasikal jap... berpeluh-peluh... penat dan haus... esok-esok lagi...
Malam ni Bos makan asam pedas, Nanu dan Mummy Iman sandwich sardine je, jemu makan nasi. Pak Ucu memang jarang makan kat rumah. Selalunya habis waktu kerja dia lepak-lepak dengan member-membernya dan makan bersama mereka. Orang muda-muda biasalah lepak melepak ni kan perkara biasa... Nanu yang tua ni pun pandai lepak dengan member-member, apa lagi orang muda-muda. Biarlah dia penat bertugas sehari suntuk... chillin' out le tu...
Iman berbaju designer
Semalam sehari suntuk Nanu kat rumah je. Pagi AF datang trim rambut Nanu, Atuk pegi Miri dan dah balik. Ni dia tak de biasa lah hujung bulan selesaikan urusan bayaran bil dan sebagainya... Nanu hari ni tak tau lagi apa rancangan, mesti ada member cari jap lagi...
Ni Nanu baru selesai perhatikan Iman dimandikan oleh Mina. Sekarang semenjak ada kerusi mandinya dan dia pun dah besar sikit Nanu rasa yakin dan Mina mengambil alih tugas Nanu memandikan Iman tapi Nanu tetap jadi mandur ... he...he... hari ni Iman pakai baju designer, its by a French designer. Warna putih dan berkolar simple je tapi belakangnya menarik sekali, sebab berbutang di bahagian belakang. Diperbuat dari linen... cayalah Iman ni, Nanu dah tua-tua bangka baru pandai pakai linen... nah ni Iman kecik-kecik dah ada baju linen... macam nak lawan tauke lak... apa-apalah Iman...
Sekarang ni malam bila Mummynya tunjuk katil dan beritau dia... jam tidur dah sampai ... dia menangis. Dah pandai tak mau tidur bila tiba waktunya berbuat begitu tapi lama-lama tidur juga. Satu lagi Iman tak bole nampak muka Jen, kamceng betul... menggelikik kedua-dua nya...
Iman paling suka kalau dinyanyikan... lagu 'Labah-labah hitam'... 'If you are happy and you know it'... 'Hickory dickory dock'... 'She'll be coming round the mountain'... 'Skip to the loo'... 'Row row the boat'... dan banyak lagi... selalunya dia ikut 'humming'... lucu...
Kami sekeluarga memang ' musically inclined' ... Pak Ucu dan Bos bole bermain piano, Bos selain bole bermain piano pandai memetik gitar... Mummy Iman pernah mengikuti kelas 'violin' tapi sayang terpaksa di tinggalkannya kerana dia ketika itu melanjutkan pelajaran ke U.K dan disekolah tersebut tak de kelas violin... Atok Iman di zaman mudanya seorang ahli pancaragam... band boy... he... he... tapi yang nyata kami memang gemar mendengar music...
Sunday, February 27, 2005
Teman karib F.A
Rindu betul kat F.A. teman karib Nanu sorang ni. F.A. berasal dari Pakistan tetapi banyak menetap di luar Pakistan. Tinggal beberapa tahun di U.K. Di sana lah suaminya membuat PHDnya. Seorang doktor falsafah. Suaminya A.J. di Pakistan sebelum ini menjawat jawatan tinggi, he designs aircraft in the army. Meninggalkan jawatan tersebut dan datang ke Brunei untuk berehat sambil bekerja dan menjalani hidup yang kurang mencabar... Nanu faham dah berumur memang nak jauhkan stress...
Mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Dua-dua berada di Canada. A.F ni suami isteri bukan seperti kebanyakan orang Pakistan lain. Maksud Nanu mereka berfikiran terbuka sungguh pun mereka patuh kepada ugama. Kerap membuat lawatan ke luar negeri... yelah kata orang jauh perjalanan luas pandangan. Di segi pergaulan A.F tak memilih. Siapa saja tak kira bangsa atan ugama di jadikan kawan.
F.A. jujur sejujurnya. Seorang yang paling pandai menyimpan rahsia orang. Mulut tak celupar...
Tak pandai mengumpat atau jaga tepi kain orang, katanya tak beri menafaat. Gemar menghias rumah, membeli perabut dan berkebun. Soal ke dapur Nanu malu tak bole lawan... maksud Nanu teman sorang ni paling suka memasak... nasi briyaninya tak payah cakap... lazat. Masakan lainnya jangan cerita lah, kek ke... roti ke... pizza ke suma enak...
Nanu bole duduk berjam-jam dengan dia tiap-tiap hari tak pandai bosan. Ada-ada saja modal bercerita. Kedua-dua suami isteri berfikiran matang dan berpengalaman tetapi tak pernah tinggi diri. Dengarnya seperti seorang yang serious tapi lucu selucu-lucunya... kalau duduk dengan F.A... tak de lain kukuk-kikik... ada je yang menggelikan hati.
Bukan itu saja F.A. seorang yang sensitif terhadap apa yang orang lain rasakan. Suka membantu orang, bersedekah dan memberi nasihat ikhlas kepada sesiapa yang memerlukan... tapi F.A ni cuai orangnya. Tertinggal jam berjenamanya di rumah orang entah berapa kali. Gelang tangan emasnya terjatuh dalam freezer, pembantu rumahnya yang menemukan. Kadang-kadang keluar rumah tak kunci pintu... F.A... F.A...
Buat masa ini suami nya bertugas dengan penerbangan Pakistan. Mereka berpeluang terbang kemana-mana... janjinya nak datang bercuti ke Brunei... katanya bulan March... Insyaallah. Nanu tak sabar menunggu... itulah teman karib Nanu F.A... satu kepala, macam mana tak karib...
Semoga F. A. yang berhati mulia dan keluarganya di berkati selalu...
Saturday, February 26, 2005
P.C. 'mat saleh' lucu..
Nanu hari ni terkenangkan salah seorang teman 'mat saleh' Nanu. Teman tersebut ialah P.C. berasal dari United Kingdom. Beliau menetap di negara ini lebih 10 tahun sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke U.K untuk selama-lamanya. Suami nya T.C masa tu bertugas sebagai engineer Penerbangan di sini.
Nanu bertemu dan berkenalan dengan P.C. semasa kami sama-sama mengikuti kelas aerobik. Kini dah lebih lima tahun beliau meninggalkan Negara ini... jadi ni kisah dulu-dulu lah...sepanjang perkenalan kami, kami berpeluang menjemput masing-masing ke rumah untuk makan malam dan sebagainya.
P.C. dan suami mempunyai hobi masing-masing. P.C hobinya membuat kraf tangan. Menghabiskan masa terluang membuat kraf tangan sepanjang tahun dan di kumpulkan. Kira-kira sebulan sebelum musim Krismas, P.C dan beberapa teman lain mengadakan jualan di rumah. Hobi suaminya membuat 'doll house' lengkap dengan perabutnya. Ada lampu yang betul-betul boleh dinyalakan... hebat mereka-mereka ni...
Nanu masih ingat kami duduk di suatu tengah hari menikmati minum petang... diantara kisah yang kami kongsi iaitu P.C. berkata dia telah merancang hari pengkebumiannya. Katanya di hari pengkebumian nya dia mahu hari mendung dan hujan... mereka-mereka yang datang menziarahinya mesti bersedih mengeluarkan air mata dan menangis... lucu kan...
P.C. sebelum mendirikan rumah tangga dengan T.C... pernah berkahwin sebanyak empat kali. Dua kali dengan jejaka yang sama... entah... ganjil-ganjil teman-teman Nanu kan... sekarang dia telah mempunyai ramai cucu. Kali terakhir Nanu bercakap dengannya ialah melalui talipon, tahun lepas kot... Nanu mesti mengekalkan tali persahabatan walau pun dah berjauhan. Semasa Nanu jemput minum petang untuk 'farewell'nya. Dia berpesan dia mahu Nanu kirim surat tulis pakai tangan dan kirim melalui pos atau mel biasa... tak main e-mail... he...he...
Semoga P.C. dan suami akan sentiasa berbahgia...
Makan malam kat porch
Malam ni makan nasi goreng dan ayam goreng je... simple... makan tiga beranak kat porch. Nanu, Mummy Faith dan Pak Ucu Faith. Set pinggan yang Nanu pakai hari ni ialah salah satu set yang Nanusayang. Pinggan 'celadon' yang berbentuk daun pisang. Nanu beli kat Catucak Market di Bangkok beberapa tahun lepas. Susah payah Nanu 'pack' takut pecah...napkin ring tu pun beli kat sana. Gelas tu 'best buy' ...
Memang kadang-kadang kami makan kat porch... best makan kat situ, terbuka dan dapat sedut udara segar. Kalau kawan-kawan Nanu yang merokok datang kat situ lah Nanu hidangi... bila waktu malam kadang-kadang Nanu pasang lilin, lebih bersuasana... indah!
Tadi petang biras R datang pun duduk kat situ. Biras R datang bawa berita sedih. Ibu nya menghidapi penyakit barah. Kesian kan... tak pe lah R, bersabar je... bukan kehendak kita. Banyak perkara yang berlaku di luar dugaan kita. Tak dapat melawan kehendak ilahi... terima dengan redha... Nanu akan sama-sama mendoakan ibu R...
Nanu hari ni gembira betul... Pak Ucu Faith bagi Nanu digital camera. Tadi Mummy Faith dengan penoh sabar ajar Nanu cam ne nak pakai digital camera ni. Tau-tau lah Nanu ni bukan seangkatan dengan mereka tapi Nanu tak mau mengalah... nah sekarang berjaya. Belajar cam ne nak load gambar dari camera ke komputer, post gambar kedalam blog... he...he...hip hip hooray untuk nenek canggih... kepada sesiapa yang ingin mencuba, jangan putus asa...kalau hendak seribu daya!!
Banyak angan-angan
Pagi ni awal-awal lagi Nanu dah cau, temujanji dengan P.Makan nasi lemak... banyak orang menoleh apa tidaknya P ni mempunyai bentuk badan yang cantik kulit putih melepak pakaian trendy pula tu...tak heran kalau orang menoleh.Nanu panggil dia ni 'snow white'... syok lah simbang-simbang sampai tak nak lepaskan Nanu balik... mana boleh P, kenalah balik rumah... esok-esok kita sambung lagi k...
Sampai je kat rumah, S talipon... S ni macama mana pun mesti cari Nanu punya... satu kepala... he...he... S ni mempunyai perwatakan yang istimewa... she dares to be different... pernah satu masa warna rambutnya berlainan tiap-tiap minggu, hijau lah, unggu lah merah pun ada. Kalau orang tak tau mereka akan membuat anggapan atau andaian mereka sendiri... sebenarnya S banyak kelebihan... ada pepatah inggeris yang berbunyi 'never judge a book by its cover...
Buat masa ni S tengah pujuk-pujuk Nanu ajak pegi ke Bali lah, ke Bangkok lah, ke Vietnam lah... oh..oh ke vietnam tak le kot, ada wabak 'bird flu' ni... tapi S dan Nanu tengah rancang-rancang nak buat 'Umrah'... S dah buat Umrah tahun lepas katanya antara banyak tempat yang di jelajahinya... tak pernah ada tempat yang dia merasa setenang tenangnya melainkan semasa dia melakukan umrah...menggelitik Nanu dengar, tak sabar nak menjejakkan kaki kat situ...
Nanu kesal tak ikut Bos ketika dia menunaikan 'Haji' hampir sepuluh tahun lepas... belum ada seru masa tu... sebenarnya Bos dah berkali-kali sebut nak bawa Nanu buat umrah tapi belum ada kesempatan... Insyaallah!! Sama ada pegi dengan S ke dengan Bos ke tak tau, tapi niat dah ada...semoga makbul...
Malam tadi Bos karaoke... nak buang stress, apalah stress Bos tu, stress di buat-buat kot... tapi betul manusia tak bersifat sempurna... perasaan pun macam tu juga ada kala tenang ada kala berserabut... kalau berkaraoke boleh membantu menenangkan perasaan kenapa tidak... apa-apa lah Bos janji Bos bahgia...
Faith semalam dan hari ni ceria betul... tidur cukup lama pasal tu lah dia rasa selesa kot... hari ni dia dikenali sebagai 'kuih putri mandi' semalam dia ' eclair'...
Jen masak rendang hari ni, Nanu tak nak lunch dah...
Friday, February 25, 2005
Borak..borak..
Malam tadi tidur lambat... Mummy Faith datang tidur kat katil Nanu, kami borak-borak.Kami sering buat begitu kadang-kadang sampai ke topik yang mendalam. Pagi ni sampai lewat bangun. Lepas tu pastikan Faith siap menjalani routine biasanya... mandinya, makannya dan tidurnya... selesai tu bagi arahan kat Jen apa nak masak. Begitu begini dah sampai jam makan tengah hari...
Habis makan tengah hari cau pegi jumpa S... ni baru balik, seronok duduk-duduk borak-borak dengan S dan abangnya A... Bercerita sampai berjam-jam, S ni teman istemewa, tak payah berpura boleh cerita apa saja secara jujur...
Faith lucu, semalam Nanu duduk di sofa dengan dia, Nanu pura-pura menumpukan perhatian kat T.V... dia fed up agaknya lalu dia cuit bahu Nanu... Nanu toleh pandang dia, dia terus sengeh... Faith ku...Faithku...
Terima dua sms... satu dari A dan satu dari P... A pelawa sarapan di pagi Minggu bersama beberapa teman lain. P nak bawa sarapan pagi esok... ok kot rasanya tak de masaalah. Bagi Nanu makan-makan tu tak kisah sangat tapi yang syok sekali dapat tukar-tukar khabar...
Bos sehari suntuk memerap kat rumah hari ni, kejap ni baru pergi keluar beriadah...Nanu pun patutnya ikut, esok-esok lah... berbasikal pun lama Nanu tak lakukan, nantilah!
Malam ni makan mi sup cukuplah...
Thursday, February 24, 2005
Moyang perempuan Faith sebelah Atuk
Moyang perempuan Faith sebelah Atuk masih ada, berumur sekitar 80 tahun . Moyang HA saperti kebanyakan orang yang lanjut usia, adalah saorang yang warak. Tak tinggal solat,ibadah puasa dan kemasjid dibulan puasa menunaikan sembahyang terawih sehingga akhir-akhir ini kerana masaalah kesihatan beliau tidak lagi dapat berbuat begitu. Tapi tetap menunaikan solat dirumah.
Moyang HA disayangi semua anak menantu dan cucu cicit beliau. Umpamanya setiap keperluan ubat-ubatan terjaga. Adalah anak-anak atau cucu-cucu beliau memenuhi segala permintaannya semua terutama dari segi ubat-ubatannya. Dengan Mummy Faith pun selalu pesan minta ambilkan supply ubatnya.
Semasa beliau masih sehat dulu kerap pergi travelling kebandar-bandar Asia seperti, Singapura,Manila,Bangkok, Indonesia dan K.L... dibawa olih anak-anak beliau. Tapi yang terror sekali Moyang HA telah sempat menunaikan fardhu Haji beberapa kali... Kalau nak di kira tujuh lapan kali ada, Nanu tak pasti angka yang tepat...
Semoga Moyang HA dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki dan sehat-sehat hendaknya...
Moyang perempuan Faith sebelah Nanu
Arwah moyang perempuan Faith sebelah Nanu HF di waktu muda pernah bertugas sebagai guru tapi meletakkan jawatan tersebut setelah mendirikan rumah tangga dengan moyang lelaki.Beliau seorang yang kreatif dan berbakat. Pandai menyulam,menjahit pakaian, memasak dan membuat gubahan sama ada gubahan bunga atau pun gubahan tangan lainnya seperti gubahan hantaran perkahwinan. Dalam tahun lima puluhan beliau telah menghadiri kursus membuat kek, termasuk kek icing di Singapura...
Orangnya cerewet baju yang dipakainya dirumah mesti dikanji dan di gosok rapi. Warna mesti berkeodinasi antara baju dan kain yang dipakai. Kalau baju warna hijau kain batik yang dipadankan mesti ada warna kehijau hijauan jugak. Kalau keluar rumah mesti siap dengan sanggulnya dan cucuk sanggul mesti lengkap. Masa belum ada kebangkitan Islam, wanita zaman tu belum memakai tudung cuma selendang. Selendang yang dipakainya mesti sedandan.
Bakat memasak beliau turun kepada Nek Nyah Faith iaitu kakak Nanu yang sulung, bakat menyulam, membuat kek dan membuat gubahan turun kepada Nek Teh Faith kakak Nanu yang kedua... bakat menghias rumah turun kepada Nek Cik Faith kakak Nanu yang ketiga... apa bakat yang turun ke Nanu ah? Waulah Waklam... he...he...
Arwahnya boleh membaca dan menulis rumi dan jawi dengan baik... Nanu sering di beritau bahawa Nanu mempunyai raut wajah arwah... semoga rohnya di cucuri rahmat...Amin...
Nanu di cari
Nanu hari ni popular betul... pagi lepas mandi pegi bank kejap, dalam perjalanan ke bank S cari, seboleh-boleh nak jumpa. Dari bank pegi kedai S jumpa jap, dalam pada itu ML sms kata nak datang rumah jam tu juga. Nanu tinggal kan S dan balik ,dalam perjalanan pulang Mina talipon beritau teman karib Nanu dari Pakistan talipon... sedang cerita-cerita dengan ML, memberMG pula talipon... hishh...hish... banyak betul orang cari Nanu hari ni...
Tapi yang Nanu kesal sekali tak sempat cakap dengan member F yang talipon dari Pakistan. Nanu betul-betul rindu kat dia, nak tanya khabar dia. Banyak yang Nanu nak cerita kat dia... tak pe katanya dia akan talipon kembali. Masaalaahnya Nanu banyak kali cuba talipon dia sebelum ni tapi tak berhasil...
ML hari ni excited betul cerita pasal kelas tariannya, ya Allah... terkejut Nanu tengok ML tadi dia dah kurus.Ini dah tentu kelas tarian yang di ikutinya yang buat dia kurus. Ceritanya lagi dia gelihati dengan guru tariannya, orangnya 'lembut longlai'... paham-paham lah. Kami berdua setuju kaum jenis tu selalu emosi dan dramatik, tapi hidup mereka-mereka ni dalam dunia mereka agak 'menarik' bila diperhatikan...
Faith hari ni ceria... pagi-pagi lagi Atuk dah bawa masuk bilik Nanu, golek-golek dengan Nanu atas katil...he...he...
Syukur Alhamdullillah setelah sekian lama tak hujan, pagi ni hujan turun dengan lebatnya... ok lah tu takut pokok-pokok Nanu jadi kering...
Tadi makan kuey tiaw goreng dengan ML, jadi lunch tak payah makan lah...
Wednesday, February 23, 2005
Ulang tahun yang menenangkan
Mm... baru abis menikmati laksa asam sebentar tadi, yum...yum...Mummy Iman berterima kasih... makan kat ruang makan, memang kami sesekali makan kat situ. Tak semestinya para tetamu saja dihidang disitu dan... set pinggan mangkuk hari ni Nanu pilih yang biru. Sebenarnya placemat dan napkin biru tu hadiah dari ipar Nanu dari K.L. Mangkuk yang berisi 'kondiment' asam laksa tu hadiah dari dua orang kakak-kakak Nanu. Jadi eloklah digunakan... kan tanda sudi...napkin ring tu Nanu beli 7 tahun lepas di London semasa kesana menghadiri majlis 'convocation' Mummy Iman. Masih ingat lagi beli kat Kensington High Street...
Lepas makan asam laksa menghayati lagu-lagu yang dimain Pak Ucu Iman di Piano. Jarang dapat dengar Pak Ucu Iman main piano sekarang ni, sebab Pak Ucu terlalu sibuk. Tadi Pak Ucu main lagu 'Imagine' John Lennon.'Hey Jude' Beatles. Dan sebuah lagu ciptaannya sendiri. Nanu tak tau tajuknya...hmm... sungguh menenangkan... esok-esok main lagi k... bestlah Nanu suka...
Kebelakangan ni cuaca panas betul, tapi tadi S sms di bandar hujan lebat, kat sini panas, jauhnya rumah Nanu dari bandar 15 minit menaiki kenderaan. Bos berdengkur tu zzz... tengah hari mesti dia nak melelapkan mata... sshhh...sshhh...
Tak tau jadi ke tidak tengok movie... apa-apa lah... sekarang jam Nanu minum kopi, Nanu 'Coffee Queen'...
Hari Cuti awam
Malam tadi keluar makan malam bersama Bos, Mummy Faith, Faith dan Mina. Kami pegi kesalah sebuah restoran yang menghidangi buffet. Kebetulan semalam hari Selasa dimana hidangan buffetnya ialah bertemakan makanan laut. Kami sekeluarga sebenarnya hantu 'oysters' apa lagi berabis kami baham. Pak Ucu Faith tak ikut sebab dia menghadiri kelas bahasa Jepun, yang di lakukannya dua kali seminggu, tak tau berapa dia bayar... biarlah tak ada ruginya belajar bahasa lain...
Karang nak tengok movie dengan Mummy Faith. Nak tengok movie yang banyak kontroversi di Malaysia iaitu 'Sepet'. Pegi ke Mall, disitu ada cineplax. Sempena ulang tahun Mummy Faith di ucapkan, selamat menyambut ulang tahun semoga di berkati selalu dan semoga berjaya selamat dunia akhirat...Insyaallah...
Lunch karang nak turun dapur dah janji Mummy Faith nak masak kan laksa asam. Ok tu... Jen sediakan bahan-bahannya Nanu masak je. Bos pun suka hidangan ni, tak rugi lah turun dapur sebab semua orang enjoy masakan ni.
Faith nak tumbuh gigi lagi dan selsema sikit tapi tak meragam... pantang tengok muka Atuk dia pun hulur tangan minta ambik. Malam tadi masa keluar makan ada orang tanya Mina, Faith anak Jepun ke? He...he...
Kepada semua raayat Negara ini di ucapkan Selamat Hari Kebangsaan, semoga negara ini dan penduduknya terus makmur,hidup aman damai dan di berkati selalu... Amin!!
Tuesday, February 22, 2005
Penuh aktiviti
Pagi-pagi dah keluar dengan Bos, hantar kereta lama untuk buat pemereksaan untuk buat road tax baru... lepas tu Bos nak makan 'dim sum'. Selesai dim sum ke supermarket beli bahan-bahan untuk buat laksa asam esok. Esok sempena ulang tahun Mummy Faith makanan kegemarannya ialah asam laksa, jadi Nanu akan buat untuk dia, ialah baru adil, tak kan buat kan masakan untuk yang sorang dah tu yang sorang lagi tak de masakan kegemaran... tak bole... tak bole...
Tengah hari lepak dengan member S... perbualan dengan S berkitar dengan topik tentang kejadian-kejadian jenayah yang berleluasa sekarang ni... 'eye opener'...
Malam ni kami sekeluarga makan malam diluar menyambut ulang tahun Mummy Faith...Faith buatkan Mummynya kad hari jadi berupa cap tapak tangannya... he...he...Faith belikan Mummynya buku bertajuk ' Mother & daughter'... Mummy Faith tak sabar tunggu esok dah baca kad dan buka hadiah.
Faith hari ni di gelar 'kuih sarang semut', semalam dia 'kuih bingka'... tadi dia main dengan Arki. Semalam makan bubur nasi dengan ayam. Umur sekitar lapan bulan pun baru kurang bangun malam, ketika ini sikecil mula merangkak dan menggunakan banyak tenaga, jadi malam baru nyenyak tidur...inilah keterangan yang diperolehi Mummynya melalui buku yang dibaca.
Lunch makan sambal kentang, daging kicap dan sayur goreng... boring kan?
Monday, February 21, 2005
Pagi yang mesra
Petang semalam pegi Airport ambil Pak Ucu Iman yang balik dari luar negeri... lepas tu pegi berkelah dengan Iman, Iman seronok di kelilingi pokok-pokok hijau, Iman menikmati makanan petangnya di situ.
Pagi tadi member F.A.I datang, F.A.I membawa berita baik, ia hamil lagi... Tahniah.Kami bercerita dekat dua jam. Macam-macam topik pasal anak-anak, pasal pegi bercuti, pasal teman-teman lain. Betul-betul seronok. F.A.I ni lucu bersahaja orangnya. Kami senang tidak berpura-pura diantara satu dengan lain. Beliau jugak luas pergaulan dan banyak menjelajah seluruh dunia, destinasinya yang terakhir dua bulan lepas beliau ke Mumbai menghadiri perkahwinan temannya...tak jadi buat rojak India, buat shepherds pie, choc chip muffin dan palmiers...
Tadi pagi-pagi lagi ML menalipon bertanyakan dimana saya membeli lampu yang terdapat di kamar mandi, jadi saya terangkan, lampu tersebut iaitu lampu kristal tiruan sengaja di gunakan di kamar mandi untuk mendapatkan 'the unexpected look'... salah satu idea yang di timba dari buku decor Nanu. Dah bagi tau ML dimana nak mendapatkan lampu tersebut...tak salah berkongsi idea...
Mummy Iman malam ni 'on call'esok baru balik, Nanu tidur dengan Iman malam ni. Harap-harap Iman tak kerap bangun malam ni, bangun pun tak pe Mina ada...
Sunday, February 20, 2005
Nak pergi berkelah
Hari ini ialah ulang tahun Pak Ucu Faith... sempena ulang tahun Pak Ucu Faith di ucapkan selamat menyambut ulang tahun semoga murah rezeki di panjangkan umur, sehat, gembira selalu dan berjaya dalam hidup...
Olih kerana Pak Ucu Faith gemar makan 'shepherds pie' Nanu akan buatkan dan hidangkan untuknya bila dia balik karang... hadiahnya? mana boleh bagi tau... he...he...
Faith gemar bermain dengan blok yang dibuat dari kain yang Nanu belikan di Singapura... selain dari leka dengan buku-bukunya, petang karang nak bawa Faith pegi berkelah. Kami akan ke Bukit S.B. Tempat ini ialah tempat untuk berekreasi, Bos ke situ hampir tiap-tiap petang...
terpaksa bawa makanan petang Faith bersama... kami biar makan sandwich sardin je!
Besok mungkin ada tamu, dah janji dengan member F.A.I nak jemput ke rumah. Rasanya nak hidangkan rojak India dan suruh Jen buat palmiers, desert buah dah la. Tak payah banyak-banyak hidangan sebab jemput F.A.I sorang je...
Saturday, February 19, 2005
Dinner the Local way

Ambuyat, a local delicacy.
Clockwise from the top:
Ikan masak Ampap (fish dish on the sour side),
Ulam-ulaman (raw cuts of local vegetables) with Sambal Belacan (spicy prawn paste),
Tempoyak and Binjai Cecah (dipping condiment made of fermented Durian and Binjai fruit, which makes the whole meal extra yummy),
Udang Goreng (fried prawns),
Kangkong Goreng dengan Belacan (vegetables fried in prawn paste),
Daging Urat Tumis (fried pieces of meat with its fatty trimmings),
and last but not least in the center is Ambuyat, a sticky Ambulong (Sago) paste which is the central dish and eaten with Candas or "Malay chopsticks".
It's quite common to find this served at a variety of local restaurants... so when in this country, have a go... although, fair warning given that this meal desires an aquired taste!
Makan Ambuyat
Malam ni Bos belanja Nanu dan Mummy Faith makan ambuyat.Kami memilih restoran AA.Tak jauh lima minit dari rumah kalau menaiki kereta. Ambuyat adalah makanan asli salah satu dari empat daerah di Negara ini. Ambuyat sebenarnya ialah sagu atau kanji. Ia dimakan dengan beberapa hidangan sampingan seperti daging lemak tumis, ikan goreng, udang goreng, sayur selalunya kangkong goreng dan ulam timun sambal belacan.
Ambuyat dimakan dengan cecahnya, cecah yang selalu kami pesan ialah cecah tempoyak bercampur binjai, bagi diri saya cecahnya yang menentukan keenakan memakan ambuyat.Ambuyat di makan dengan menggunakan 'Candas'. Candas di buat dari buluh, ia kelihatan seakan-akan 'chopstick'.
Pengalaman pertama memakan ambuyat ialah di peringkat awal saya tiba di Negara ini kira-kira 30 tahun lepas. Masa tu tak berapa pandai, tapi lama-lama oleh kerana Bos dan Mummy Faith gemar memakannya saya jadi pandai... memakan ambuyat ni bukan dikunyah tapi ditelan... saya rasa kali pertama bagi sesiapa yang baru di Negari ini mungkin susah untuk menghargai makanan ini... it takes getting use to...
Selamat Mencuba!!
Iman tipu Mina
Petang semalam lama lepak dengan S... S pelawa saya ke Bali dengan nya, ajak sewa container bawa masuk barang, macam-macam idea S ni. Entrepreneuring betul... tak payah lah S... kalau Nanu nak buat biznes dari dulu lagi. Sekarang nak habiskan masa dengan Iman... he...he...
Iman menakal semalam, Mina dukung dia , pura-pura tidur bila Mina letak dia dikatil, dia buka matanya... lepas tu Mummy Iman tunjuk jari kat Iman sambil kata 'Iman tipu ye...' dia bantai ketawa... Iman ... Iman cam ne ni, mana bole buat cam tu... main-mainkan orang ye...
Karang lepas makan nak bawa Iman bersiar-siar, mungkin jalan-jalan pegi Empire Hotel, lepak-lepak kat situ... Iman pakai baju lawa-lawa ok...malam tadi Iman good girl, tidur terus sampai pagi. Semalam Mummy Iman demam, ada temperature tapi pagi ni ok dah, alhamdullillah... mesti dia tak cukup tidur, asyik internet surfing saja, pasal tu lah demam...
S baru je talipon, nak jumpa lagi... pasu yang dipesannya dari LP teman kami dah sampai, dia tanya sama ada saya berminat, pasu bermotif naga tapi shapenya lain sikit... LP mat salleh dari Italy, dah bertahun-tahun kat Brunei ni, biasa dengan dia ... sama-sama minat menghias rumah dan berkebun halaman, apa lagi kalau bertemu menjadilah...
Semalam makan asam pedas, malam tadi kari bermentega... hari ni ayam santan...
Friday, February 18, 2005
Bangun lambat
Pagi ni Nanu bangun lambat, sebab dua tiga malam lepas tak cukup tidur. Pagi ni sarapan 'Pansit'. Pansit ialah mi goreng cara Filipina, Jen yang buat. Karang nak hantar baju untuk 'dry clean'. Dah tu nak jumpa member A kejap, A marah Nanu ke Singapura senyap-senyap. A pun selalu terbang ke Singapura untuk melakukan shoppingnya... jangan dengki A,cepat-cepat ambil cuti... zoom... kesana!
Faith leka dengan buku-bukunya, selain dari membeli buku untuk dirinya, Mummy Faith banyak belikan Faith buku. Selalunya kalau kami ke Borders berjam-jam kat situ, sebenarnya Mummy Faith memang ulat buku, dari kanak-kanak dulu, sampai ke dewasa.Nanu masih ingat masa dia kecik-kecik dulu, bila masuk je kedai buku matanya liar tak tentu arah, dia excited... nampak-nampaknya perangainya yang satu ni mungkin turun pada Faith...
Bos tak de, dia keluar beli lauk, tiap-tiap pagi dia ke pantai Jerudong untuk mendapatkan ikan atau udang segar kat situ.Di situ terdapat gerai-gerai tempat orang jual lauk dan sayur sayuran...
Baru terima sms dari S, dah nak jumpa,dia ajak lepak... tengok lah kalau rajin karang jumpa dia jap, semalam dah jumpa... banyak cerita, ni mesti dia nak cerita tentang 'water feature' yang dibeli untuk gardennya...
Menu hari ni tak tau lagi... dah makan Pansit kenyang pulak...
Thursday, February 17, 2005
Pulang dari Singapura
Malam tadi jam 1 malam pesawat yang kami naiki selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa tempatan... sampai-sampai terus tengok Faith dulu, rindu betul walaupun kami pergi satu malam saja tapi betul-betul rindu kat Faith... sebab Nanu jarang-jarang tinggalkan dia...
Semasa kami di Singapura kami tinggal di salah sebuah hotel di Orchard Road... kami sering tinggal di hotel tersebut jika kami kesana, kami ke Centrepoint, Tanglin Mall dan ke Borders... Mummy Faith banyak berbelanja membeli buku dan barang-barang untuk Faith... Nanu pun belikan Faith baju...
Makan pun ringkas-ringkas je, kat food court je... semasa di Tanglin Mall Nanu sempat bertemu dengan E... E berketurunan Turki bersuamikan orang Inggeris... E mempunyai kedai di Tanglin Mall yang menjual barangan perak 'upmarket'... saya dikenalkan kepada E semasa beliau datang ke negara ini tidak lama dulu untuk mempromosi barangannya di Hotel terkemuka... beliau sempat kerumah kami jadi akrab. E seorang peramah, tidak bangga diri dan berpengalaman. Luas percampuran dan kerap menjelajah... Barangannya selalunya di beli oleh gulungan atasan... semoga E terus berjaya...
Hari ni nak jumpa member S, ada buah tangan untuk beliau, ye lah kalau S terbang kemana-mana kerap membawa buah tangan untuk Iman dan Nanu, tak kan Nanu balik tangan kosong kot... buat malu je... he...he...
Tuesday, February 15, 2005
Terbang ke Singapura
Kejap lagi nak pegi airport nak terbang ke Singapura... kejap je, satu hari je, Mummy Faith nak beli buku... buku perubatan, Nanu ikut-ikut je... sambil-sambil tu cuci-cuci mata. Kalau ada pun belikan Pak Ucu Faith dan Mummy Faith hadiah ulang tahun... Bos tinggal jaga Faith. Mula-mula pikir nak angkut Faith sama tapi pikir dua kali lebih baik Faith tinggal daripada di hayak kesana sini, kat rumah dia lebih selesa, Faith besar sikit bole bawa jalan... insyaallah!
Semalam lepas hantar Dina ke airport kami pegi makan 'Dim Sum'...lepas tu balik, kemudian keluar lagi, hantar hadiah ulang tahun teman lama JL, teman yang berketurunan Kadazan tu, lepas tu lepak dengan S jap, petang balik. Tak lama lepas tu keluar balik ambil tiket dari travel agent...
Sebenarnya keputusan untuk ke Singapura ni, dibuat di saat-saat terakhir, kebetulan Mummy Iman masih cuti, Nanu bole dikatakan kerap ke Singapura, da biasa da kat situ dari dulu-dulu lagi memang kami kerap kesana. Kami berpendapat Singapura tempat yang selamat dari segi kejadian jenayah, bersih dan bersistem. Kami tidak khuatir tentang keselamatan jika berada disana...
Semoga kami selamat pergi dan balik... Faith jangan nakal-nakal ok... Nanu pegi jap je...
Monday, February 14, 2005
Dina terbang pulang
Malam tadi Bos belanja kami sekeluarga makan malam, kali ini makan makanan Italy. Saya dan Bos makan 'Fetucini Carbonara' Mummy Iman makan 'Linguini Seafood with Tomato Sauce' Pak Ucu dan Dina makan pizza dengan tuna topping... desert Tiramisu...
Sekejap lagi nak ke airport hantar Dina yang akan terbang pulang ke K.L... lepas tu tak tau apa lagi rancangan, rasa macam nak pegi Kuala Belait kejap, tak tau Bos nak pegi ke tak... nak cari sesuatu untuk ulang tahun Mummy Iman, ada sesuatu yang dia berkenan kat sana tu...
Iman semalam melayan Atuknya bercakap melalui talipon, Atuk talipon dari luar negeri... macam ye...ye...entah apa biji butir yang di sebutnya pun tak tau la...
Pagi ni sambil hantar Dina ke Airport, kami akan bersarapan kat situ, roti jala dan roti canai kat situ bole tahan...
Lunch nanti, kalau dah kenyang tak payah makan...
Sempena 'Hari Valentine' di ucapkan kepada semua 'Selamat menyambut Hari Valentine'
Saturday, February 12, 2005
Dua kali ke Airport
Pagi tadi pegi ke Airport mengucapkan selamat jalan kepada tetamu dari K.L... lepas tu balik rumah... sampai di rumah kami ramai-ramai buka hadiah 'Valentines Day' in advance... Teman wanita Pak Ucu, Dina pun turut sama... suka-suka je sambut ' Hari Kekasih' semoga rumah kami di selubungi perasaan kasih sayang selalu... Iman pun dapat hadiah...
Dina mengalami keracunan makanan, dia mensyaki 'mussel' yang dimakan malam tadi puncanya... Mummy Iman beri ubat dan sekarang dah ok...
Mummy Iman keluar tengok 'movie' dengan teman-teman, Nanu tinggal di rumah...sebenarnya ada jemputan Kong Hee Fatt Choy, tapi tak dapat pegi tunggu Iman, lagi pun malas rasanya... Pak Ucu Iman dan Dina keluar makan malam...
Petang tadi pegi Airport sekali lagi hantar Bos ..... malam ni Nanu relak sorang-sorang kat rumah, syok jugak sekali sekala bersendirian, pasang wangi wangian, dengar musik kegemaran dan baca majalah... oh ye... jangan lupa secangkir kopi... he... he...
Malam ni dapur tutup...
Friday, February 11, 2005
Mendapat pujian lagi
Tetamu yang datang makan malam, malam tadi begitu seronok... mereka tak putus-putus memuji tentang hidangan dan terutama sekali mereka tertarik dan terpegun dengan tata cara hiasan rumah Nanu... komen mereka Nanu mempunyai cita rasa yang tinggi... alhamdullilah, sekurang-kurangnya apa yang Nanu lakukan di hargai dan mereka turut sama-sama menikmatinya... semoga tiap-tiap tetamu yang diundang menyedari sesuatu kelainan dan semoga mereka bergembira... terima kasih diatas segala pujian...
Hari ni tak tau apa lagi rancangan, tapi malam karang kami bercadang untuk terus meraikan lawatan mereka keBrunei dengan mempelawa mereka keluar makan malam sekali lagi...besok tepat tengah hari mereka akan terbang pulang, tetapi teman wanita Pak Ucu terus di sini hingga hari Isnin depan... semoga kedua orang tuanya pulang dengan membawa kenangan manis, itu yang diharapkan...
Faith dah pandai ikut perbuatan orang, dah pandai buat simpul mulut... dah pandai kejang-kejangkan badan tiap-tiap kali dia kegeraman... buat macam-macam bunyi... Faith...Faith... esok-esok apa lagi benda baru yang akan dilakukannya, tak tau lah...
Hari ni makan lebihan malam tadi, lauk malam tadi masih banyak, panaskan je...
Thursday, February 10, 2005
Hidangan untuk tetamu
Malam ni menjamu tetamu dari K.L... menu nya ialah 'mango fish' , 'butter prawn', mango salad, rendang daging, kari ayam dan toe meo goreng, teo meo sebenarnya sejenis sayur seakan-akan taugeh tapi berwarna hijau. Selalunya kami goreng dengan bawang putih berencahkan udang hidup... dessertnya kek oren...
Pinggan mangkuk yang di gunakan bermotifkan daun keemasan, napkin ring porcerlain putih, placemat berwarna coklat muda dan set sudu garpu yang di perolehi dari Thailand... gelas kristal dan bunga hiasan ialah ginger merah dan lily putih...
Saya cuba mengunakan set pinggan mangkuk yang berlainan tiap-tiap kali menghidangi tetamu... kalau tak bosan lah, begitu juga dengan napkin ring, saya mempunyai beberapa set, ada di beli ada hadiah dari orang...
Set garpu dan sudu juga berlainan ada yang di beli Mummy Iman dari Sheffield, ada set yang di perolehi dari Thailand dan yang berulu putih dari Sheffield juga...
Pendeknya tiap-tiap kali pergi travelling saya cuba mendapatkan sesuatu barang rumah yang agak unik, saya rasa saya amat mementingkan 'detail'.
Selalunya tetamu yang diundang akan memerhati dan mengeluarkan komen berbentuk pujian...
Wednesday, February 09, 2005
Pening-pening
Ulang tahun kelahiran Pak Ucu dan Mummy Faith tak lama lagi, kedua-dua mereka di lahirkan di bulan Februari... pening kepala Nanu, tak tau apa nak bagi atau belikan mereka. Kad pun belum beli lagi.Pasal membeli hadiah ni untuk orang perempuan tak susah sangat tapi untuk kaum lelaki... pening-pening... balik-balik tali leher, baju, minyak wangi... entah tak banyak pilihan...
Mummy Faith cuti hampir dua minggu bermula hari ni. Dia bertekad untuk menghabiskan sebanyak masa yang mungkin bersama Iman. Kalau dengan kami dia tak bermasaalah, tapi bila nampak muka Mummynya, merenggek la... tak mau tidur la... macam-macam kerenah... Iman jangan jadi 'attention seeker' ok...
Hari ni nak pegi supermarket nak beli keperluan dapur, malam besok jemput kedua orang tua teman wanita Pak Ucu Faith makan malam. Mereka akan tiba di negara ini petang besok insyaallah...
Hari ni tak tau lagi apa nak makan...
Tuesday, February 08, 2005
Jemputan Gong Xi Fa Chai
Malam tadi JF menalipon menjemput kerumahnya untuk Chinese New Year, H dan G pun jemput jugak. JF berasal dari New Zealand tapi beristerikan Cina Baba dari Melaka AF, sejak JF mendirikan rumah tangga dengan AF beliau mula menganut'buddhism'...kenalan saya ni macam-macam karakter dan personality... itu yang membuat hidup lebih interesting... mereka adalah teman-teman lama...
Isterinya AF minat Fung Shui, mempunyai sijil menghadiri kursus Feng Shui 'Lilian Too'... selalu membuat 'consultation' mengenai Feng Shui... Teruskan minat tu AF, sekurang-kurangnya anda membantu mereka-mereka yang memerlukan nasihat bersangkutan Feng Shui...
H pula berasal dari Hong Kong dan bertemu jodoh dengan orang tempatan tapi berketurunan 'Murut' salah satu puak asli di sini... mereka bertemu di U.K. Mereka penganut ugama Kristian tetapi merayakan Chinese New Year...
Baru menerima sms dari SC, mempelawa minum kopi, tapi rasa-rasanya tak dapat pegi kot... Bos tak de rumah...
Faith banyak berubah... dah tak tau duk diam, semua barang nak di rabanya... cam ni habislah hiasan Nanu Faith...
Hari ni goreng mi je... Bos tak de dan Mummy Faith tak balik lunch...
Kepada mereka yang menyambut tahun baru cina di ucapkan Gong Xi Fa Chai...
Monday, February 07, 2005
Sebok melayan tetamu
Tengah hari tadi sebok kat dapur buat mi kari buat hidangan tetamu yang datang petang ni tadi, iaitu isteri pegawai tertinggi di hsbc disini. Beliau baru 3 minggu berada di Brunei. Sebelum ini suami beliau berbangsa Inggeris di tugaskan di beberapa negeri lain saperti, Guam, Hong Kong, Jepun dan Cape Town... Anak tiga orang di 'boarding school' di London. GP seorang yang peramah lucu dan sentiasa merendah diri... semoga persahabatan kami berkekalan. Member S yang menemukannya dengan saya, S pun datang tadi lebih 2 jam disini...
Mereka keenakan makan kek oren dan mi kari, tanya resepi... he... he...seperti yang saya janjikan gambar kamar mandi akan di post malam ini, dah siap dah... tapi jangan kecewa kepada mereka-mereka yang menunggu nak tengok gambar, biasa je... tak de istemewanya...
Faith ketara semakin cerdik, berlagak responsive bila di bawa bercakap atau bercerita... pandai bertindak balas bila di agah, macam ni Nanu tak payah buat kerja lain main dengan Faith je ye... Nanu jadi leka...
Malam ni makan mi kari lebih tengah hari tadi...
Sunday, February 06, 2005
Jen belajar buat kek
Pekerja membuat pintu kabinet datang tapi ada masaalah teknikal sikit besok baru siap, harap-harap besok dapat post gambar kamar mandi berwajah baru, insyaallah... maaf, jangan mara! Saya sendiri tak sabar tapi apa nak buat... he... he...
Tengah hari tadi ajar Jen buat 'orange cake', untuk tetamu yang akan datang petang esok, Jen 'excited' sebab keknya berjaya dihasilkan... sampai dua biji di buatnya melatih dirinya... cam ni kejap-kejap ke supermarket cari bahan, jangan Jen... jangan membazir, pandai-pandai estimate itu baru pekerja yang cekap...
Faith hari ni menakal lagi, tak mau tidur dah cuba nak merangkak, relak Faith... slow and steady... semalam habis Nanu bacakan semua buku-bukunya, leka dia...
Hari ni menu biasa je, ikan lemak cili padi, telur dadar dan sayur 'teo meo' goreng... karang malam makan macaroni dah la...
Bos keluar beriadah, daki bukit... selalunya dalam perjalanan pulang dia akan singgah di supermarket, jap lagi sms dia pesan beli marmalade untuk lapisan kek oren Jen... sebenarnya kek oren yang satu ni semua teman-teman komen lazat tiap-tiap kali saya hidangkan... mm... aroma bau oren yang keluar dari kek tersebut dah menyelerakan...
Saturday, February 05, 2005
Sebok kat dapur
Dua hari lepas ajar Jen buat 'palmiers'... 'palmiers' ialah puff pastry yang berinti. Intinya boleh di buat dari tuna, mince beef, ayam dan cendawan pun boleh jugak. Palmiers yang dibuat Jen berintikan cendawan... Jen nampak kekok, tak pe lama-lama nanti mesti dia biasa... hasilnya berjaya... esok-esok ajar dia buat kek pulak...
Tujuan Jen di ajar memasak kerana saya sering mengundang tetamu ke rumah, jadi kalau dia pandai menyediakan makanan senang lah... semua maid-maid yang lepas saya latih begitu. Semalam ajar dia buat mango salad. Hasilnya pun ok...
Inhsyaallah esok petang dapat post gambar kamar mandi... suspense... he... he... tak lah sehebat mana hasilnya tapi kami tetap berasa puas hati, semalam keluar dengan Mummy Faith sebab dia tukar bingkai cermin kamar mandi...
Faith makin sehari makin nakal, buat kata Mina lincah... bila di pegang dan didirikan dia melompat dah tu kukuk kikik ketawa... jangan nakal-nakal Iman pening kepala Nanu nanti... hari ni dia di gelar 'butterscotch pudding'!
Hari ni masak simple-simple je... Mummy Faith tak balik lunch, Bos hari ni sebok lagi akan ke Jabatan Immigration menguruskan hal bersangkutan tentang Jen. Karang keluar jap, nak gi kedai jap...
Thursday, February 03, 2005
Koleksi Buku Nanu
Nanu mula berminat mengumpul buku-buku dekor sejak dulu lagi berbelas-belas tahun dah... buku 'thick cover' atau 'coffee table book' yang paling saya minati, walau pun harganya agak mahal tapi dapat simpan lama... buku-buku koleksi saya ni tinggi nilainya bagi saya... tempat menimba idea. Kalau boring-boring saya menghabiskan masa membaca dan menikmati gambar-gambar yang dipaparkan.
Buku-buku ini selalunya saya perolehi ketika berada di luar negara atau dapatkannya dari negara jiran. Ada jugak yang saya pesan melalui pos... saya tak keberatan mengeluarkan wang untuk mendapatkan buku-buku tersebut, salah satu kelemahan saya...
Ada diantara teman-teman meminjam buku-buku koleksi saya ini, tapi saya tengok dulu siapa, bukan apa takut rosak, sebab kadang-kadang mereka cuai...
Anak-anak saya jugak membelikan buku-buku saperti ini bila mereka berkesempatan keluar negeri, umpamanya semasa Pak Ucu Iman ke Jepun dan Indonesia, beliau ada belikan saya. Mummy Iman semasa bertugas di U.K dulu pun selalu belikan saya buku-buku dekor. Mereka tahu saya memang minat...
Selain dari buku-buku kulit tebal, Nanu kerap kekedai buku membeli majalah-majalah dekor. Kalau dah terlalu banyak saya beri kepada kawan-kawan dan keluarga... saya simpan yang mana saya berkenan.
Bos pun banyak belikan, umpamanya ketika dia ke Bangkok tidak lama dulu ada dia bawa balik buku dari sana, tapi lucu... dalam bahasa Thai... tak pe saya tetap hargai. Terima kasih Bos, Pak Ucu Iman dan Mummy Iman... terima kasih daun keladi kalau jumpa belikan lagi... he...he...
Kemas sana kemas sini
Semalam petang kemas belakang store. Buang semua benda-benda yang tak di gunakan, bunga-bunga yang hidup segan mati tak mau semua di buang... rimas-rimas, Nanu ni kalau bole biar semua bahagian rumah baik luar atau dalam kelihatan kemas, sedap mata memandang. Kalau mengikut 'feng shui' pun di suruh buat begitu... bukan bermakna Nanu ni 'feng shui' fanatik... ya la mana yang baik tu elok di ikut kan...
Nanu masih ingat arwah moyang Faith kerap berkata biar rumah kita kecil asalkan bersih dan kemas itu yang perlu di tekankan. Itu pun belum habis di kerjakan kat luar tu... Setor luar dalam belum di rapikan. Esok-esok pulak...
Faith hari ni senyum meleret... dia suka tarik telinga gajah 'soft toy'nya. Kalau tidur pun tangannya masih gengam telinga gajah tu, lucu cucu Nanu ni.
Jen masih berusaha memperbaiki dirinya, masaalahnya dia tak berapa fasih berbahasa Inggeris. Bila bercakap dengannya terpaksa perlahan-lahan sebut satu persatu baru dia faham. Tuhan nak menduga kesabaran Nanu... he...he...
Menu hari ni lamb sup, sambal tempe dan ayam masak merah. Sebentar lagi Bos balik, Mummy Faith balik dah nak makan. Bos hari ni sebuk menguruskan bayaran bil dan beberapa hal lain, seperti membeli insuran untuk Jen...
Wednesday, February 02, 2005
Relak-relak
Fikir-fikir apa nak hidang untuk tamu yang akan datang hari Isnin nanti.Tamu yang dimaksudkan ialah isteri kepada manager'HSBC'. Keturunan India tapi bersuamikan orang Inggeris...
Buat mi kari pun sedap kot, dessert buat orange kek... tengok la. Ya la dah orang sudi nak datang elok la bersedia. Nanu memang gemar melayan tetamu. Seronok tukar-tukar fikiran, belajar dari pengalaman orang lain. Mana tau ada menafaatnya.
Semalam member A sms menjemput kerumahnya sempena 'Tahun Baru Cina'. Kami di minta mengenakan pakaian ethnic Cina. Nanu dah ada baju macam tu, tapi tak tau bole pegi ke tak sebab masa yang sama ada tamu yang datang dari K.L... tak pe, dah bagi tau member A berkemungkinan saya tak dapat datang.
Iman sedang dibacakan buku oleh Mina. 'Seekor gajah bernama Alfred'... jap lagi dah nak bagi makan. Tadi tidur lama... elok la tu.
Tengah hari ni tak tau apa rancangan, nak keluar atau tinggal saja di rumah tengok apa yang patut, rasa-rasanya 'store' di luar perlu di kemas, macam nak meletup store tu.Nanti kena buat 'Garage Sale' cara yang baik untuk mengurangkan 'junk' dalam store tu... nantilah pilih hari yang baik. Projek seterusnya...
Menu hari ni biasa je, sup daging, sambal ikan dan sayur labu...
Tuesday, February 01, 2005
Nanu ligat
Ligat betul hari ni, pagi lepas mandikan Faith keluar jap.Masih dengan urusan bersangkutan kamar mandi. Pegi cari tanaman hijau yang sesuai untuk kamar mandi. Tengah hari tukang buat pintu kabinet datang untuk ambil ukuran. Dah tu lari lagi sekejap kekedai member S untuk membawa pekerjanya memasang hiasan dinding... sebentar tadi keluar lagi dengan mummy Faith belikankerusi khas untuk digunakan semasa Faith mandi... lejau betul Nanu!
Faith semalam bad mood sebab gigi tumbuh lagi, gusi gatal kot... hari ni mood baik, sengeh 24 jam. Dah pandai cium Nanu di pipi. Tapi dapat kerenah baru, tak mau duduk bila mandi, keras kan kaki dah tu bangun tak ke susah dibuatnya. Jadi mummynya belikan tempat duduk khas untuk mandi... teruk cucu Nanu ni...
Makan kus semangat, hari ni makan bubur nasi campur keledek dan susu...
Tengah hari Jen tak masak Bos tak de dan mummy Faith tak balik lunch. Malam makan ayam masak santan...Nanu makan yang ringkas-ringkas je. Bos yang cerewet mesti ada nasi setiap hari...













































