Friday, December 31, 2004
Masih bersedih
Kami sekeluarga masih lagi bersedih dengan bencana 'tsunami', semalam saya sempat mengumpulkan baju-baju dan kain selimut yang tak dipakai dan dihantar ke 'collection point' untuk dikirim kepada mangsa-mangsa tsunami... selain dari itu kami juga bersedekah dalam bentuk wang ringgit, walaupun tak seberapa tapi kami tau itu adalah bantuan ikhlas dari kami... kami masih lagi mengikuti berita-berita terkini melalui T.V dan akhbar harian... saya tidak akan menyambut tahun baru dengan bersuka ria, sebaliknya akan berdoa untuk keberkatan...
Bos selsema, tak dapat dukung dan bermain dengan Faith, frust Atuk... Faith semalam di bacakan 'nursery ryhme'... buku nursery ryhme ini adalah buku yang paling diminatinya...
Malam tadi tidur sebilik dengan Faith, kerana mummy nya 'on call', bertugas di hospital 24 jam... tiap-tiap kali ini berlaku saya dan Mina tidur sebilik dengan Faith, untuk menjaganya...
Tak tau lah... sejak berita sedih ini tersiar, tak de mood ... semoga perkara yang berlaku dapat dijadikan iktibar...
Hari ni tak tau makan apa, masak ikan agaknya...
Wednesday, December 29, 2004
Suri rumah hebat
Seperti yang saya terangkan dulu, saya ni mempunyai ramai teman yang berlainan bangsa, keturunan dan ugama... salah seorang teman yang saya kagumi ialah L.R, beliau berbangsa Italy, tetapi bersuamikan orang tempatan, kebelakangan ini LR berusaha mendalami ajaran ugama Islam... beliau sering menghadiri kelas 'halaqah', dan cuba menjadi seorang muslim yang 'soleha', menunaikan ibadah puasa, tak tinggal solat...
L.R ialah ibu kepada tiga orang anak... comel-comel belaka, tau-tau lah darah campuran, mestilah cun kan...
Beliau seorang teman yang baik hati... pandai masak, masakannya yang paling kami gemari ialah dessert 'tiramisu', betul-betul 'authentic', pasta nya pun sedap...
Selain dari itu, beliau mempunyai rumah yang unik, keunikannya rumah ini kerana rumah tua peninggalan arwah mertua beliau, tetapi diubahsuai dan dihias dengan cara sentuhan berseni, tau lah 'mat saleh' ni ramai juga yang mempunyai cita rasa yang tinggi, sebenarnya suami beliau seorang akitek, jadi perpendidikan tentang seni bena dan sebagainya...
L.R mempunyai halaman dan kebun yang subur dan menghijau, kami sering dijamu di halaman... minum-minum kopi dan menikmati masakan beliau di situ... saya jarang-jarang 'miss' kalau dijemput, beliau sendiri pun tak pernah menolak kalau di jemput...
Baru-baru ini beliau sekeluarga balik ke Italy untuk bertemu keluarga di sana, yang jarang dilakukan, menurut beliau, perjalanan ke sana menelan belanja yang banyak, faham-faham lah negara-negara sebelah Eropah segala-galanya mahal...
Insyaallah esok-esok mungkin dapat bertemu dengan L.R , beliau belum tengok Iman lagi... tapi berjanji untuk bertemu Iman...nampak-nampaknya ni peluang mengundang dan melayan tetamu sekali lagi, makan-makan...minum-minum... dan bertukar khabar... Insyaallah...
Tuesday, December 28, 2004
Berita di TV
Pagi-pagi lagi dah buka T.V tengok 'news'... mengikuti berita terkini tentang kejadian gempa bumi yang melanda Asia, bukan tengok T.V je, baca 'paper' lagi, sedih bila tengok gambar-gambar yang menyanyat hati... ucapan takziah kepada mereka-mereka yang kehilangan keluarga...
Tadi pegi bank jap... lepas tu gi bandar, cari 'money changer'... singgah kedai perabot member, cuci mata...
Iman banyak tersenyum hari ni seperti semalam... suka kena agah... mengelikik ketawa... hari ni Iman di kenali sebagai 'mango pudding', tiap-tiap petang lepas mandi Iman ditolak dengan kereta sorong oleh Mina, kalau tak ngamuk... makan di 'porch', sambil belajar mengenali pokok-pokok dan dedaun hijau...
Suami member J datang membawa kad jemputan sempena Krismas... tak habis-habis jemputan... member J ialah seorang keturunan bangsa Filipina 'elite', suaminya K berbangsa British...
Selain dari itu, member A menjemput ke rumahnya untuk sama-sama menyambut tahun baru 2005 pada malam 31hb... nampaknya makan saja lah ni...
Hari ni, makan kari ayam masak secara India, sup bayam dan ikan goreng...
Malam karang nak keluar kejap, beli barang hiasan aksessori dari member, jadi nak gi ambik...
Monday, December 27, 2004
Pulang dari K.L
Semalam balik dari K.L., berada di sana selama dua hari menghadiri majlis perkahwinan anak saudara... best lah bertemu dan berkumpul dengan keluarga, bergurau tak habis-habis... yang teruk kena kutuk, sayalah... makan, bergurau lagi, makan lagi...itu lah kerja, tapi tak tahan jugak, nak balik, sebab rindu kat Iman...
Bila kapal terbang mendarat di lapangan terbang, terserempak dengan member-member yang baru balik dari bercuti di Thailand, mereka menarik nafas lega sebab selamat sampai di sini, setelah mengalami kejadian gempa bumi di sana, mereka di 'evacuate' dari bangunan tempat mereka tinggal... tapi bagi mereka yang kehilangan nyawa, kesian kannnn :(
Iman hari ni pakai T-shirt pink, berlambang kambing biri-biri, T-shirt tu dibeli oleh Pak Ucunya dari New Zealand tak lama dulu, 'mood' Iman baik hari ini, tersenyum meleret, apa lagi, Nanu pun cepat-cepat ambil gambarnya...
Sebentar tadi baru je balik dari rumah A.K, sempena menyambut perayaan Krismas... mmm... sedap jugak hidangan yang disediakan... makanan Jepun pun ada...
P/S. Oh ye, semasa saya di K.L, tugas menjaga blog ni saya serahkan kepada mummy Iman...
Saturday, December 25, 2004
Pantun Nanu buat Iman

Hulubalang dahulu kuat perkasa
Segala cakap selalu di kota
Iman dewasa berbudi bahasa
Cekal dan luhur setiap masa
Pergi sekolah berbekalkan buku
Keluar rumah pakai sepatu
Redha selalu wahai Iman ku
Hidup diberkati setiap waktu
Pantai di Tutong Seri Kenangan
Berderet rumah dinding papan
Wahai Iman cucu kesayangan
Semoga berjaya di masa hadapan
~Nanu~
Friday, December 24, 2004
Koleksi aksessori hiasan
Saya minat memakai 'costume jewellery' atau aksessori hiasan... apatah lagi yang berukuran besar atau 'chunky'... lagi besar lagi bagus, mula-mula saya beli satu dua untuk di pakai, mengikut design baju... selalunya saya pakai dengan baju, 'plain colour' dan kadang-kadang dengan 'neck line' yang terbuka, maksudnya bukan terlalu terdedah... cuma kalau baju tersebut tak ber'collar', kelihatan lebih terserlah...
Lama-kelamaan koleksi bertambah, ada separuhnya dihadiahkan teman-teman, di kebelakangan ini saya berhati-hati memilih ketika membeli... biar yang 'unik', yang agak ekslusif designnya, separuh lagi saya perolehi ketika bercuti di luar negeri...
Ada juga 'pieces' yang sengaja disimpan kerana mempunyai 'sentimental value'... seperti yang dihadiahkan bos kapada saya, atau yang dibelikan mummy Iman semasa dia berlajar dan bertugas di U.K dulu, terutamanya 'pieces' dari 'Planet'...
Aksessori hiasan, yang dikumpul kadang-kadang saya padankan dengan baju melayu seperti baju kurung... kalau pandai mengayakannya, sungguh kelihatan canggih... sering saya dapat pujian, dari teman-teman dan anggota keluarga... eh eh!... perasan pula nenek ni... hehe...
Walaupun saya amat gemar dengan hiasan aksessori seperti ini, tapi untuk majlis tertentu saya masih mengunakan barang kemas asli... biar bersesuaian... ye lah tu!... hehehe....
Thursday, December 23, 2004
Pesta hadiah
Malam tadi member-member balik jam 10 malam...mereka semua bertugas hari ini, selain dari bertukar-tukar hadiah, kami asyik bercerita... salah satu topik malam tadi ialah tentang pembunuhan yang berlaku beberapa hari lepas, ini amat menghairankan kerana kejadian-kejadian serupa itu jarang berlaku di sini...
Hari ini Faith membuka hadiah-hadiahnya, Faith dapat baju dari Nanu, permainan dari Atuk dan lebih banyak lagi permainan dari mummynya... Faith begitu ghairah bila membuka dan melihat hadiah-hadiahnya, Mina pun ada hadiah buat Faith, kami yang tua-tua ni pun ada hadiah, lucu pula, bukan apa... suka-suka aje...
Faith kadang-kadang kami memanggilnya dengan nama-nama makanan... hari ini Faith 'Coffee Latte', semalam dia, 'Tiramisu' ... esok tak tau lagi... he...he...jangan sekali-kali panggil dia 'Madam' ... marah, tapi kalau gelar dia 'Tuan Puteri' suka... cunlah Faith ni...
Makan hari ni, boring sikit...kari daging, ikan goreng dan sambal belacan, dah lama tak buat mango salad dan butter prawn, esok-esok lah...
Malam ni tak tau lagi apa rancangan... agaknya keluar jap... sebab kami tiap-tiap pagi minum jus buah, jadi terpaksalah menyediakan buah setiap hari...
Wednesday, December 22, 2004
Bersantai di pantai
Iman buat julung-julung kali semalam dibawa bersantai di tepi pantai... berbekalkan makanan petangnya... Faith seronok, senyum meleret... Faith keenakkan menikmati makanan sambil di tiup bayu pantai, menyedut udara bersih, esok-esok kita pegi lagi ya sayang...
Dari pantai menuju ke restaurant 'Thai' untuk makan malam, member N yang recommend tempat makan tersebut, makan mango fish, salad tanghoon, tom yam dan ayam kari merah... ok jugaklah, cuma tom yam cair sikit...
Malam ni dua orang member dan suami mereka akan ke rumah... member A dan pasangan G, G berbangsa tionghua tetapi dah lama memeluk ugama Islam, member A.K saorang peguam dan pasangannya D, D adalah 'mat salleh' berasal dari Canada, so malam ni 'chill out'... makanlah apa saja, part time maid tak datang hari ni, penat buat kerja... agaknya malam ni order in pizza je, ok lah tu... daripada minum kopi kosong je...
Faith sebelum makan dibacakan kalimah 'Bismillah', nanti Faith besar sikit belajar baca sendiri... Inikan amalan basic tentang ugama... esok-esok belajar 'Alif Ba Ta' pulak... orite tu Faith!...
Tengah hari ni, makan sup sayur bayam, chicken wing yang di 'marinate' dengan 7UP dan ikan masak cili dan cuka... sungguh menjilat jari...hehe ;)
Tuesday, December 21, 2004
Ole ole dari Jepun
Anak lelaki pulang dari Jepun dua hari lepas... selain dari membawa berita dari sana dia bawa balik ole ole... Iman, Bos dan saya dibelikan kimono, kakaknya dibelikan kipas kertas Jepun ada beberapa ole ole lain yang di bawanya pulang...
Bandar-bandar di Jepun paling bersih, katanya lagi mereka di sana jika melaksanakan sesuatu penuh terperinci, orang-orang Jepun menghargai 'persahabatan', dan mereka peramah...
Pagi ni bahagian 'Rampai Pagi' Radio Televisyen Tempatan akan menyiarkan majlis Hari Keluarga T.A, nak gak tengok... jadi pagi-pagi lagi dah mandikan Faith untuk mengejar masa...
Semalam menu untuk Iman ialah kacang dal rebus, keledek dan ubi kentang, nampaknya pilihan Faith yang paling digemari ialah lobak merah dan keledek... esok-esok akan diberi broccoli, kiwi dan avocado pula...
Faith... Faith.... nanu kecik-kecik dulu, entah makan apa ke...
Beberapa hari lepas saya menerima berita melalui hotmail dari salah seorang ahli keluarga H.D yang bertugas dan menetap di Iran, beliau sering mengikuti blog site saya ini, selain dari keluarga yang menetap dan bertugas di Paris A.P dan keluarga sebelah saya di Malaysia... rupa-rupanya nenek tua ni boleh tahan jugak.. dah ada peminat dan pengikut... eceh man...
Jap lagi nak masak... sambal sardin dan sup tanghoon je...
Karang nak lepak dengan member jap... biasalah, mana tau ada berita panas... hehe..
Sunday, December 19, 2004
Iman ke JP Playground
Hari ini anak perempuan menghadiri majlis perkahwinan teman persekolahan dulu, dia pergi bersama beberapa teman lain...
Nanu banyak mengantuk hari ini, terlelap buat beberapa ketika di waktu tengah hari... dan tengah hari makan nasi ayam je...
Petang pula biras R dan anaknya datang untuk mengambil hadiah Krismas yang memang setiap tahun disediakan untuk mereka, biras R dapat 'floating candles', anak-anak masing-masing dapat buku catatan dan rantai tangan perak... mereka membawa hadiah untuk Iman tapi belum dibuka lagi...
Malam ni buat kali pertama Iman dibawa ke JP, Iman mula-mula sampai di situ tertidur, atuknya kejutkan... dan Iman dibawa bersiar-siar, dia tertarik dengan kerlipan lampu-lampu di situ, Iman sempat bergambar...
Hari ini Iman diberi makan, keledek rebus yang dilecek, waktu pagi, pisang bercampur susu di tengah hari, dan lobak merah rebus yang dilecek di waktu petang... cuma dua sudu teh tiap-tiap kali... perut masih terlalu sensitif, belajar makan perlahan-lahan dulu...caya lah Iman...
Lewat malam nanti akan menuju ke lapangan terbang untuk menyambut anak lelaki yang pulang malam ini... Insyaallah...
Saturday, December 18, 2004
Hari membeli belah
Hari ini sehari suntuk membeli belah untuk teman-teman yang menyambut Krismas... mula-mula menuju ke butik 'Jim Thompson', beli dua helai tie, kemudian ke bandar... singgah di 'Mothercare'... lepas tu ke 'Little India'... ada lagi sedikit shopping untuk Krismas yang perlu diselesaikan...
Sebenarnya malam ini tadi member A, jemput ke rumahnya untuk minum kopi, tapi Bos keberatan, tak jadilah... boring betul...
Iman hari ni dibelikan permainan baru... sejenis permainan di mana dia belajar merasa permukaan yang berlainan, seperti permukaan kasar, biji-biji, halus dan sebagainya...
Anak lelaki,menalipon lagi dari Jepun, semalam dia di beri kesempatan untuk tinggal dengan keluarga Jepun, hari ini dia berada di Kyoto, esok dia akan meneruskan perjalanan ke Osaka, dia sempat membelikan Iman sepasang 'Kimono', dari Osaka dia akan terbang ke Singapura esok dan malam terbang pulang...
Petang tadi, 'jamming' karaoke lagi... buat kata orang Sini, nak buang boring...
Menu hari ini ialah, sambal sotong, daging masak cili padi dan salad...
Thursday, December 16, 2004
Memperkenalkan 'Arki'
Arki ialah kucing kami, Arki seekor 'fully pedigreed persian cat'... dia telah menjadi anggota keluarga kami kira-kira dua tahun yang lalu... diterbangkan dari Australia... dan kami memperolehinya dari seorang penjual kucing yang mengimpotnya dari beberapa negara luar...
Arki mempunyai surat kelahirannya sendiri... menjaga Arki sama juga seperti menjaga saorang bayi, dia memerlukan perhatian setiap hari, bulunya perlu di berus, kukunya harus dipotong, telinganya perlu di bersihkan dan juga matanya... Selain dari itu ia memerlukan suntikan pada peringkat-peringkat tertentu demi mengelakkan ia dari dijangkiti penyakit...
Kami betul-betul sayang terhadap Arki terutamanya anak perempuan saya... Arki mempunyai 'temperament' yang baik dan betul-betul jinak, dia paling suka diberi perhatian, seperti bermain dengannya dan membelainya... dia akan cuba berada di samping kami setiap kali kami sekeluarga berkumpul...
Arki di beri makan makanan kucing dalam tin, dan juga biskut yang banyak di perolehi di supermarket... buat masa ini kami cuba memperjinakkan Arki dengan Iman, tujuannya supaya, Iman tidak akan memdapat 'allergy' sekiranya awal-awal lagi didedahkan kepada kucing kesayangan kami itu...
Hari ni Iman buat pertama kalinya diperkenalkan kepada makanan 'solid', dia diberi makan lobak merah rebus bercampur susu...
Menu hari ini ialah ayam kari masak mentega, kangkong goreng dan sambal telur... jemu jugak tiap-tiap hari makan nasi, jadi malam ni kami makan 'steam boat' saja...
Wednesday, December 15, 2004
Jadi Polis Ronda
Biras R dan keluarga bercuti di KK, beliau minta saya tengok-tengok kan rumahnya, jadi kenalah pikul jawatan sebagai Polis Ronda hari ni... tak apalah tolong member, pahala jugak...
Iman dah pandai pegang botol susu... dah mula belajar meniarap beberapa minggu lepas...
Hari ni masak awal sikit pada selalu, sebab bos kelaparan... menu hari ni, rendang ayam,taugeh goreng, dan sambal ikan bilis...
Bos seperti tiap-tiap petang lain, keluar beriadah, beliau mendaki beberapa bukit, untuk mengeluarkan peluh, elok jugak tu, biar 'fit' sikit...
Tengah hari tadi zoom ke pekan jap, cari majalah kegemaran iaitu majalah 'dekor', majalah yang di maksudkan ialah 'House Beautiful', antara artikel yang dipaparkan ialah rumah 'log kabin'... indah sekali...
Malam nak keluar dengan bos, nak beli barang keperluan dapo... sambil-sambil tu nak ambil kesempatan, minum kopi kat mana-mana...
Tuesday, December 14, 2004
Hari Keluarga T. A
Malam tadi berlangsungnya 'Hari Keluarga' bertempat di dewan 'International Convention Center'... anak perempuan menerima 'Anugerah Akedemik Tertinggi'... Alhamdullillah, sekurang-kurangnya, titik peluh memerah otak selama ini, berbaloi jugak. Meriah jugaklah majlis tersebut...
Anak lelaki menalipon dari Jepun bercerita bahawa cuaca di sana sungguh sejuk, 3 suhu darjah!... dia berkesempatan melawat 'Imperial Palace', Muzium dan beberapa tempat menarik yang lain... katanya lagi negara Jepun adalah tempat yang baik untuk mempelajari 'culture', bukan untuk shopping kerana terlalu mahal...
Menu hari ini, sup ayam, sambal ikan, limpa goreng dan telur mata lembu...
Iman hari ini belajar mengenal anggota badan saperti mata, hidung, telinga dan sebagainya... Iman tu cayalah! Nanu kecik-kecik dulu belajar sendiri je...
Ingat tengah hari ni, nak chow kejap... minum kopi dengan member, tak sah lah kalau tak tengok langit... Hehehe...
Sunday, December 12, 2004
Zoom ke bazaar
Iman nampak lebih comel selepas di 'trim' jambulnya. Hari ni dia berbaju putih, warna putih sebenarnya adalah warna kegemaran Nanu... baju tu pun Nanu yang belikan. Iman pagi-pagi lagi di nyanyikan lagu ABC, dia memang gemar mendengar musik. Tiap-tiap hari lepas mandi, Atuk terpaksa main piano untuk Iman sampai terlena...
Oleh kerana hari ni hari minggu, part time maid tak datang bertugas, pergi gereja... ialah tu, dapur tak berasap lagi, beli je... tanak nasi, beli rendang, cukuplah tu... petang karang mesti turun dapur, tak larat juga 'tapau' seselalu...
Tadi member sms... ada bazaar di Sheraton, saya pun zoom lah sekejap, macam-macam kraf tangan di jual di situ, ada barangan 'lacquer', 'costume jewelry' dan bermacam-macam lagi. Saya sempat cepil dua dulang 'lacquer' untuk buat buah tangan bila balik KL di cuti musim Krismas nanti...
Petang nanti 'hairstylist peribadi' akan datang ke rumah sebab dah sampai masa untuk 'trim' rambut... uban pun dah terserlah, terpaksalah beri warna, dah tua ni mesti tetap glamour... : P
Saturday, December 11, 2004
Sibuk ke klinik
Malam tadi sempat berlari ke bandar jemput saudara sepupu dan dibawa kerumah... keluarlah cerita-cerita lama... seronok jugak... selepas minum teh, terus bawa beliau dan anaknya ke JP Playground yang memang terkenal disini, maknanya kalau dah datang ke sini tak ke JP tak berbaloi... singgah pula di Empire Hotel hotel bertaraf 6 bintang... sepupu kagum dengan hotel tersebut yang penuh kemegahan...
Pagi ni sibuk sikit... Iman pagi-pagi dah disiapkan untuk pergi ke klinik, biasalah jalan dengan baby ni banyak handbag... Iman dibawa ke klinik untuk mendapatkan suntikan yang sering diberi kepada bayi dalam beberapa peringkat...
Anak lelaki pula terbang ke negara matahari terbit pada waktu yang sama, untuk bertugas... dia akan berada di sana selama 10 hari... jadi terpaksalah tengok-tengok apa yang patut dalam persiapannya ke sana...
Balik dari klinik turun kedapur... masakan hari ni... daging masak ubi kentang,ayam masak sambal, sayur kacang buncis dan sambal belacan... karang petang garu kepala, pikir apa nak masak... bingung... bingung...
Lepas makan tengah hari... 'jamming' karaoke... berlatih untuk hari keluarga pada hari Isnin nanti... anak perempuan nyanyi ok, tapi diri ni macam suara katak kembong panggil hujan, tak apalah janji bahagia...
Friday, December 10, 2004
Dua berita kejutan
Nanu bangun lambat pagi ni... Iman sudah siap dimandikan ibunya yang secara kebetulan tak bertugas pagi ni... Iman pakai baju baru 'pink' hari ni... Amboi! comelnya cucu Nanu... Iman dibacakan buku 'Little Julia' dan belajar mengenal warna hari ni... Kecik-kecik dah ada koleksi buku sendiri...
Menu hari ni... daging masak kunyit, limpa goreng, umbut masak lemak dan sambal belacan... umbut ni sayur kegemaran bos. Umbut yang dimaksudkan di sini ialah umbut pokok Luba (pucuk sejenis palm), makanan asli tempatan.
Dapat dua kejutan pagi ni... kejutan pertama, biras datang menayang kereta barunya... jangan main-main... BMW Z3...
Kejutan kedua, dapat panggilan talipon, saudara sepupu A dari KL ada di Negara ini buat show... bagus juga tu, dah lama tak jumpa sepupu ni... Ada jugak sepuluh tahun tak bertemu muka jadi excited lah nak jumpa...
Thursday, December 09, 2004
'Tea' dengan member
Pagi ni cek akhbar harian... berita dan gambar tentang anak lelaki tersiar... menghadiri jamuan makan tengah hari yang di beri oleh salah sorang 'Ambassador' yang menetap di sini...
Boss dah balik... terpaksa turun dapur, masak ayam kicap je, sambal ikan dan sayur cap cai... tiba bab tentang masak ni, kadang-kadang pening, tak tau dah apa nak masak...
Pukul tiga nak cau... member A ajak minum, tak kan nak memerap je kat rumah, tugas di rumah dah habis, lepak lah dengan member... A ni 'manager' butik 'Jim Thompson'... minum ni time 'break' dia lah, harap-harap hari ni, dapat kontrol, sebab barang-barang di butik tu cantik giler...
Wednesday, December 08, 2004
Hiasan "Casa" saya
Mula-mula kami pindah ke rumah ini 15 tahun lepas... konsep hiasan ketika itu bertemakan warna putih dan biru, selepas beberapa tahun, jemu pulak... saya tukar kapada konsep 'balinese'... buat masa ini saya gelar konsep hiasan 'casual elegan'... tak minat cara hiasan yang 'cluttered'...
Tapi tiap-tiap hari mesti ada bunga hidup yang diletak di beberapa sudut, rasanya bunga hidup ni membuat keadaan menjadi segar dan sejuk mata memandang, dan juga sebagai satu pendekatan dengan alam semula jadi...
Sebenarnya penyakit menggunakan bunga hidup ini saya peroleh dari arwah ibu... semasa kecil kecil dulu ibu selalu pergi kepasar membeli bunga hidup untuk hiasan... kalau tak sempat beli sayalah jadi mangsa memetik bunga di kawasan berdekatan...
Ketika ini warna tema bagi ruang tamu dan ruang makan ialah merah... bilik tidur anak lelaki berwarna coklat, taulah orang lelaki ni kan maskulin... bilik tidur anak perempuan juga merah dan bilik tidur saya pula berwarna biru putih...
Semua anggota keluarga memang minat menghias rumah, kediaman kakak saya di KL, pernah keluar di majalah 'Impiana' pun...
Hari ini bunga yang saya gunakan ialah... ginger merah, lily putih, heliconias dan orkid putih....
Lepak di rumah
Tengok lokal TV sebab ada family member keluar kat TV pagi ni... cucu saudara represent Negara ini dalam Science Olympiad di Jakarta, menang pingat gangsa... boss masih belum balik, elok jugak... kalau tak dia je nak monopoly computer ni... hari ni masak ikan masak lemak cili padi, ayam masak daun basil dan sayur goreng...
Tengah hari nak cau pegi kedai nak cari hadiah Krismas untuk Mina...
Iman tiap-tiap hari di bacakan buku, di perkenalkan dengan alam sekeliling biar dia cepat belajar dan peka... hari ni dia belajar mengenal barang-barang dalam bilik... orang dulu-dulu enam lima taun baru pegi sekolah... sekarang bayi dalam perut dah belajar....
Tuesday, December 07, 2004
Bos tak de rumah
Hari ni... pagi sebuk bagi arahan kat amah part-time apa nak buat, lepas Krismas baru amah full time datang dari Phillipines. Mina pekerja kami dari Flores Indonesia, diberi tugas penuh menjaga iman... Terpaksa turun dapur masak hari ni, padahal dah lama tak buat kerja cam tu... tapi elok juga sekali sekala bagi can anak-anak rasa masakan mummy dia... so hari ni ayam masak merah dan ikan cencuan, terung masak cara Filipina, kena baham….
Tengah hari pula, zoom… pegi jumpa S, kawan baik. S ni 40 taun tapi suami jauh lebih muda. S lama di Melbourne, cakap pun pekat ‘aussie accent’. Dia ada jalankan perniagaan sendiri jual perabot dan barang-barang hiasan dalaman… sebab tu jadi kawan baik. Saya ni minat abis hias rumah, bukan nak puji, rumah pernah keluar tv local siaran ‘dekor’dah tu keluar dalam majalah tempatan.
Petang balik… in time mandikan Iman, tugas harian…selain melayan krenah nya…..malam ni dapo tak berasap, boss tak de rumah… relak... beli je…. makan mi bakso, nasib baik kedai dekat dengan rumah…
Serba sedikit mengenai saya...

Presiden Kelab Iman Amani dan "Yang Berhormat"
Saya gelar diri saya nenek yang canggih kerana saya anggap diri saya bukan nenek yang ‘regular’ berkain batik, berbaju kedah. Saya gemar berseluar tiga suku, memakai subang 'hoop' yang besar, berambut pendek ‘ala anita sarawak’ kadang-kadang warna perang pula tu. Biasa lah nak tutup uban.
Teman-teman pun bermacam-macam latar belakang, bangsa, keturunan dan kepercayaan. Rasanya syok jugak berkenalan dengan orang-orang begini, banyak dapat di pelajari. Pendek kata orang ‘international’; mat salleh, orang Burma,Pakistan,Turki macam-macamlah…
Anak saya dua orang je... yang sulung perempuan bertugas sebagai doctor… balik dari U.K selepas 11 tahun bermastautin di sana, dan seorang anak lelaki yang berkerja dengan sektor swasta…
Suami saya pula sudah bersara dari bertugas sebagai pegawai kerajaan dua tahun lepas... ni dok habiskan masa depan computer dan travelling... Elok jugak tu, kalau depan mata 24 jam gaduh kot…
Cucu saya baru berumur 4 bulan setengah tapi, kerenah boleh tahan... Namanya Iman Amani. Yang sebenarnya saya sebut diri saya ‘Nanu’ terhadap Iman untuk memperingati teman baik saya F, yang berketurunan Pakistan... Nanu ertinya nenek dalam bahasa urdu…
Selamat mengikuti diari kehidupan seorang nenek moden... : )






































