Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Wednesday, April 13, 2005

Nanu pencen...

Nanu memohon beribu maaf kerana Nanu dah buat keputusan untuk berhenti dari berblog... disebabkan beberapa sebab seperti kesibukan dengan aktiviti-aktiviti tertentu, Nanu berharap kepada sesiapa yang mengikuti blog Nanu selama ini telah sedikit sebanyak beroleh kebaikan dan terhibur...

Salam dari Nanu dan Faith...

Morning Coffee...

Pagi tadi MAR datang, member ni tuan punya salah sebuah cafe di Bandar sini... beliau berbangsa Tionghua, berumur sekitar empat puluhan.. orangnya lembut dan senang di bawa bicara. Nanu kenal beliau dah belasan tahun masa Nanu menghadiri kelas aerobik dulu-dulu lagi...

Tapi kami jarang bertemu selepas itu, sebab MAR sibuk dengan urusan harian dan keluarga... dah bertahun-tahun dia tak datang rumah Nanu. Baru-baru ni Nanu ketemu dia, dan kami berjanji untuk minum kopi sama-sama... jadi tadi beliau datang...

Lucu sebab, MAR cuba nak kenalkan Nanu dengan member M.L. tanpa mengetahui bahawa Nanu memang dah kenal M.L... jadi tadi mereka berpakat, sedang Nanu cerita-cerita dengan MAR... diam-diam M.L. datang dan suprise Nanu... nakal mereka...

Nanu hidangkan kuey tiaw goreng pagi tadi, crab claw, pulut udang dan kueh kacang kole... Nanu gunakan set pinggan empat persegi bermotif daun tropika... Nanu beli set ni kat Perth dulu, adalah 3 atau empat tahun kot...

Mereka menghabiskan masa lama di rumah Nanu tadi, dari jam 10 pagi mereka tiba, jam 2 petang baru mereka pulang... kukuk kikik, ketawa ada saja yang menggelikan hati, usik mengusik... he... he...

Nanu tak makan tengah hari, sebab dah makan kuey tiaw... Mummy Faith balik lunch makan dengan Bos...

Bersama MAR

Layan tamu lagi...

Set pinggan dari Perth

Tuesday, April 12, 2005

Pergi kedai K...


Selepas jumpa S tengah hari tadi, Nanu, Faith dan Mina pergi ke Dept Store yang terletak berhampiran dengan rumah Nanu... Mina nak beli seluar tidur, setelah selesai Nanu dan Mina pegi minum jap...

Kebetulan bersebelahan restaurant tu ialah kedai barang kemas milik teman Nanu K... Nanu singgah lah kejap... K ni berbangsa Tionghua berasal dari Ipoh tapi bersuamikan orang sebangsanya yang berasal dari Brunei.

Kedai tersebut sebenarnya kepunyaan keluarga suaminya, ada beberaba cawangan di seluruh Brunei. Dah beberapa tahun Nanu kenal beliau setelah di perkenalkan olih seorang teman lain...

Menu Faith petang ni ialah kentang kukus, daging dan brocoli, menu kami pula sambal ikan...

Malam ni rasanya tak keluar lagi sebab Nanu nak baca buku yang Nanu beli kat Singapura tu...
malam ni tidur awal kot sebab malam tadi dah tidur lambat...

Santai di porch...

K tauke barang kemas...

Belajar berdiri...

Member talipon...

Nanu baru dapat talipon dari member Y.P.S... member ni berasal dari Singapur tapi bersuamikan orang Brunei, Y.P.S ni dulu masa muda-muda bertugas sebagai pramugari SIA... kami berjanji untuk bertemu di Coffee Bean untuk sarapan...

Sorang lagi member iaitu M.G akan ikut sama, member sorang ni berasal dari Malaysia juga bersuamikan orang Brunei, beliau bertemu dengan suaminya ketika menuntut bahagian 'nursing' semasa di U.K. dulu... beliau baru terima cucu, baru dua bulan... nampaknya hari Sabtu nanti hari nenek-nenek dan cucu-cucu berkumpul... he...he...

Kejap lagi Nanu nak pegi jumpa member S, beliau baru pulang dari Bali semalam, tentu banyak kisah-kisah menarik yang nak diceritakannya... menurutnya beliau banyak bawa barangan aksessori perak...

Menu Faith hari ini ialah bubur nasi campur ayam, brocoli,cendawan daun sup dan sedikit lada sulah, makanan Iman tidak dicampur garam atau gula...

Makan tengah hari kami hari ni ialah sambal limpa...

Faith mengelamun...

Faith makan makanan gourmet...

Pagi tadi Nanu tak keluar, Nanu keluar lepas makan tengah hari... Mummy Faith mula bertugas hari ni selepas cuti selama seminggu... Mummy Faith ajar Mina macam mana nak masak makanan Faith... petang tadi Faith makan, kentang dan apple kukus dan ayam rebus...

Faith tak berapa memilih makan, boleh katakan rata-rata apa yang di beri dia makan... alhamdullillah...

Tengah hari tadi Nanu pegi jumpa K.N.C member Nanu orang Bali tu... ada sejam lebih kami bercerita... katanya anak sulungnya yang menetap di Australia tak balik bulan June ni kerana beliau merancang untuk beli kereta... sebelum Nanu pulang K.N.C berjanji untuk keluar makan tengah hari dengan Nanu nanti...

Malam ni tadi Bos bawa Nanu minum kopi dan makan sandwich di salah sebuah hotel di bandar... selepas tu kami ke supermarket beli barangan dapur dan sambil-sambil tu Nanu beli pink ginger untuk hiasan ruang tamu...

Guide to Mi Casa (part 16)

Guide to Mi Casa (part 15)

Sunday, April 10, 2005

Faith makan ikan kukus...


Petang tadi kami berkelah kat halaman... minum teh dan makan roti bakar. Faith menikmati makan petangnya kat situ. Hari ni dia makan ikan kukus yang bercampur sedikit mentega, susu dan celery...

Tapi sayang petang tadi cuaca tak berapa berangin, Faith tetap gembira... kata Mummy Faith nak jadikan berkelah di halaman ni lebih kerap...

Faith dah pandai berdiri dan berpaut kepada sesuatu, tapi belum steady... suka di bawa bertatih atau menapak...

Tengah hari tadi, biras R datang... saja berjalan sambil menunggu anak-anaknya balik dari kelas mengaji, dia lepak kat sini. Antara lain dia bercerita suaminya baru-baru ni mengalami kemalangan jalan raya ketika nak elak melanggar seekor anjing... nasib baik suaminya tak mengalami kecederaan... BMW nya terpaksa masuk workshop...

Nanu nak mandi air panas jap lepas ni, lepas tu baru sedap tidur... sebelum tu minum secawan teh...

Faith berkelah...

Berkelah di halaman...

Masih letih...

Nanu masih lagi letih... Di Singapore Nanu banyak jalan kaki... hari ni rehat je kat rumah. Karang petang kami nak berkelah di halaman... bentang tikar, sapu mosquito repellent di badan dan enjoy... semua orang bawa keluar buku nanti dan baca...

Snack Faith pagi ni anggur dan peach... dia suka buku-buku yang Nanu belikan dia... dah pandai tegur orang. Kata Mina India potong rumput datang, dia tegur... 'aahh' katanya... bila Jen melintas tegur lagi...

Tengah hari ni Nanu nak baca buku yang Nanu beli kat Singapore iaitu ' Contemporary Asian Bedrooms' dan Contemporary Asian Kitchens and Dining Rooms... Buku-buku ni Nanu beli kat Airport Singapura... Buku-buku Iman separuh Nanu beli kat Forum separuh beli kat Airport... Faith dah ada hampir lima puluh buku...

Tengah hari ni makan kari daging, sambal tahai dan sup sayur...

Saturday, April 09, 2005

Di hotel...

Di Tanglin Mall...

Di Takashimaya...

Di Peranakan Place...

Terbang pulang hari ni...

Nanu baru lepas sarapan, makan mi rebus... jap lagi nak siap-siap nak pegi airport. Semalam Nanu pegi Tangs, Takashimaya, Wisma Atria, Scotts Shopping Centre dan Singapore Plaza...

Nanu pegi Tanglin Halt nak jumpa kakak Nanu, tapi mereka balik Johor, Nanu tak talipon konon-konon nak surprise, sekali hampa... rupa-rupanya dia balik Johor... dia pun terkilan tak dapat jumpa Nanu... he...he... tak rezeki nak jumpa!

Nanu dah tak tahan nak balik jumpa Faith...tiap-tiap kali Nanu jalan-jalan jumpa baju kanak-kanak, tangan Nanu gatal ... rasa nak beli untuk dia... Mummy Faith beritau dia Nanu rindu kat dia... dia kata 'aahh' kalau translate ertinya 'wuv u Nanu' ... 'don forget my books' ...

Kata S, bulan depan tambang ke Bali murah... dia ajak Nanu pegi, yang payah Bos, dia tak nak lepas Nanu... boring betul...dah jemu Nanu datang ke Singapore ni, macam tak de tempat lain...

Ok la... Nanu nak balik hotel ni...


Friday, April 08, 2005

Nanu kat Singapore...

Nanu masa ni ada kat Singapore... dah dua hari Nanu kat sini... besok balik. Semalam Nanu pegi, Tanglin Mall, Forum, Centrepoint ,Bugis Junction dan ke Raffles City. Kami makan di Rendevous di Bras Basah Rd...

Nanu belikan Faith buku dan baju... malam kami sampai kami ke Mustafa, sebab sampai dah malam, Mustafa ni buka 24 jam...

Nanu sms Mummy Faith tanya kalau Faith ok... Mummy cerita pagi ni dia makan tepi piano... memang sekarang ni suka main piano... dah tu kalau pegi jalan dia cuma nak naik kereta Mummy nya saja, dah pandai pilih baju sendiri...

Kakak Nanu ada kat Tanglin Halt, kalau sempat Nanu jumpa dia jap... kalau tak sempat Nanu talipon je nanti...

Wednesday, April 06, 2005

Pergi Dim Sum...

Mummy Faith masih lagi cuti, tadi kami pergi Dim Sum... tempat Dim Sum ni memang tempat Dim Sum yang popular... bukan saja halal tapi Dim Sum nya sedap. Bos tak pegi, kami pelawa jugak... dia malas nak ikut...

Lepas tu kami pegi kekedai barangan rumah dan gifts... Nanu tau tuan punya kedai tersebut, barangan yang dijual disitu berkualiti... masuk-masuk je kedai tu salesgirl menyapa Faith, entah kenapa dia tak berkenan dengan salesgirl tersebut dia paling muka... barangkali Faith dapat rasakan sesuatu...

Kemudian kami pegi ke 'mothercare' ada sale... Mummy Faith belikan Faith beberapa helai baju dan empat buku. Faith tertidur kat situ... lepas tu kami pulang...

Bos sibuk nak bawa Nanu terbang, tapi tak boleh buat keputusan nak kemana... Nanu rasa nak balik K.L jap tapi tambang ke K.L. mahal sikit berbanding tambang ke Singapore atau Bangkok...
mm... decision... decision...

Dim Sum...

Guide to Mi Casa (part 14)

Tidur kat bilik Pak Ucu

Tuesday, April 05, 2005

Duduk-duduk kat rumah...

Pagi ni Nanu duduk rumah je... kalau keluar pun karang lepas makan tengah hari kot... Faith tak de ni, keluar dengan Mummynya... hari ni dia pakai baju merah, baju tu Atuk belikan kat Bangkok... matching dengan klip rambut merah jugak...

Nanu tak jadi entertain member-member minggu ni, besar kemungkinan minggu depan... tadi J.L. member Filipina elite tu sms, tanya bila Nanu nak kerumahnya lagi. Nanu beritau ada tu karang...

Hujung minggu ni, member S akan ke Bali dan member A pula akan Singapore... Nanu masih lagi berdebat dengan diri sendiri, sama ada nak kemana-mana. Separuh hati mau jugak, pikir dua kali rasanya buang-buang duit je... tapi Nanu dengan Bos ni selalu buat keputusan di saat-saat terakhir... mm... tak tau lagi.

Hari ni makan daging masak lemak cili padi dan sambal tempe...

Ceria...

Monday, April 04, 2005

Duduk cerita dengan S.C.

Nanu duduk cerita-cerita dengan S.C. kat Coffee Bean tadi... Nanu minum Ice Mocha S.C. minum teh dan makan cheese cake...

Hari ni S.C. sugul sikit sebab kurang sehat... antara lain S.C. beritau Nanu tentang kisah 'Indigo children atau Crystal children' dimana bayi atau kanak-kanak yang di lahirkan di tahun 2000 ke atas, jika berperwatakan mata besar dan dahi luas, kanak-kanak ini didapati amat intelligent...

Mereka tak segan silu dan tak jemu-jemu menyoal tentang apa saja... seolah-olah dahagakan pengetahuan... mereka juga mempunyai karakter dimana mereka berlagak sebagai puteri atau diva...

S.C. beritau Nanu supaya menyuruh Mummy Faith membuat bacaan tentang perkara ini... insyaallah karang Nanu beritau Mummy Faith...

Malam ni makan kari daging dan sambal tahai...

Karang malam Nanu nak keluar dengan Bos... jalan-jalan...

Di Coffee Bean dengan S.C.

Menu baru untuk Faith...

Mummy Faith dapat recipe baru untuk makanan Faith... on line... hari ni dia makan apple dan ayam kukus. Ada beberapa menu lain yang nak di cuba nanti...

Sekarang dah pandai jelir-jelir lidah, tak tau dari mana dia belajar... bila dia buat begitu kami pura-pura tak pandang, kalau tak lagi dia buat... masih tak jemu dengan buku-bukunya. Buku yang diminati ketika ini ialah ' peek a boo'...

Sekarang malam tidur mesti on music setiap masa, tak kira lagu apa... lagu bjork pun dia suka, sebab ketika Mummy Faith hamilkan Faith dulu setiap hari main lagu bjork...

Nanu jap lagi nak keluar , nak pegi kedai S.C... nak lepak dengan dia sebentar. S.C. ni orangnya berpengalaman, Nanu suka bercerita dengannya, banyak dapat Nanu pelajari...

Hari ni makan rendang ayam dan sayur goreng...

Gigi dua batang...

Sunday, April 03, 2005

Makan cheese cake...

Petang tadi bawa Faith ambik gambar paspot... serious je muka dia...abis semua orang agah suruh dia ketawa dia tetap serious... he... he... agaknya dia tak biasa tengok tukang gambar tu... dah siap ambik gambar nak balik dia tak mau masuk kereta, dia bergayut kat lengan baju Mina... pasal berjalan nombor satu sekarang ni... bagi kat dia.

Malam ni tadi Bos belanja Mummy Faith dan Nanu minum. Olih kerana dah lama tak pegi Sheraton, kami pun kesana tadi... sunyi je... Nanu minum 'Kampong Air" iaitu sejenis minuman campuran mango juice, sprite dan grenadine.

Mummy Faith minum latte dan sekeping kek truffle. Bos pula minum 'Cocalada' campuran coconut ice cream dan kiwi. Bos share cheese cake dengan Nanu...

Malam ni tadi kami makan sup sayur... sesuatu yang menyehatkan...

Lepas ni Nanu nak tidur... mimpi indah...

Di Sheraton...

Pergi ke Mall...

Kami ke Mall pagi tadi sebab Mummy Faith nak tengok ' Bitex Exhibition'... pamiran barangan komputer. Mummy Faith beli key board dan mouse baru... Ramai orang kat situ. Nanu terserempak dengan member lama Z. Pertama kali dia tengok Faith...

Sebelum tu kami ke food court... sarapan. Nanu makan curry puffs je. Mummy Faith makan rojak dan Mina kami belikan burger...

Lepas tu kami ke mothercare jap, Mummy Faith belikan Faith seluar putih... ni baru balik. Lunch hari ni simple je... sup sayur dan ikan goreng...

Kejap lagi nak lepak dengan member S... selsema Nanu da ok da...

Faith ke food court...

Saturday, April 02, 2005

Nanu masih selsema...

Nanu masih selsema, masih makan ubat... Mummy Faith cuti...tadi pagi Mummy Faith, Nanu, Faith dan Mina pegi ke Bunker Cafe di Empire. Bos tak ikut sebab dia ada urusan, Nanu ajak jugak... dulu-dulu Bos dan Nanu selalu jugak ke cafe ni sebelum tempat itu di tutup.

Baru-baru ni ada member bagi tau yang cafe tu di buka semula kira-kira dua bulan lepas. Sebenarnya cafe ni tempat 'golfer' lepak. Selepas mereka main golf mereka minum-minum kat situ...

Nanu suka cafe ni sebab pemandangannya indah, sungguh menenangkan kalau berada kat situ... pemandangan laut dan padang golf... waktu yang baik kesana masa hari nak masuk petang dah redup.

Sambil-sambil minum kat situ sedut udara segar dan rasa tiupan angin laut... best... tadi kami makan mi bakso, Nanu minum healthy drink iaitu carrot campur celery dan orange. Mummy Iman minum 'slush' Mina minum oren...

Tengah hari Nanu rehat kat rumah, Mummy Faith keluar pegi 'high tea' dengan kawan-kawannya. Malam ni member A jemput Nanu kerumahnya ada jamuan, tapi Nanu malas nak pegi dengan selsema ni... Bos pegi beriadah ke Bukit Shahbandar...

Pemandangan laut...

Faith jalan-jalan...

Di Bunker Cafe...

Friday, April 01, 2005

Tak jadi berkelah...

Cuaca petang tadi tak bagus, jadi kami tak jadi bawa Faith berkelah. Lagi pun Nanu selsema tak sedap badan. Akhirnya kami duduk di porch untuk menikmati minum petang... kami makan keropok lekor...

Set pinggan mangkuk petang ni manis sekali bermotif bunga mawar warna merah jambu. Napkin ring berlingkar hadiah dari member S.T.

Faith pun selsema, hari ni tak senyum langsung... banyak menangis. Tadi Mummynya bawa naik kereta dekat-dekat rumah nak pujuk dia.

Malam ni oleh kerana Nanu selsema, Mummy Faith kata elok Nanu makan pedas-pedas... jadi tadi Bos belikan tom yam... selain dari tom yam Bos beli pandan chicken, tanghoon salad dan mango fish. Bos beli dari restaurant Thai...

Nanu da makan panadol, jap lagi Mummy Faith nak bagi ubat selsema. Nanu nak minum air banyak-banyak, lepas tu nak tidur...

Makan keropok lekor...

Lauk hari ni...

Hari ni hari Jumaat, semua orang ada rumah sebab hari cuti... Nanu masak hari ni. Menunya ikan asam pedas, telor kari, salad timun dan nenas dan terong masak cara Filipina... terong Jen yang masak...

Table setting hari ni warna hijau, set pinggan mangkuk bermotif daun dan anggur warna hijau. Dah 10 tahun... set pinggan tu beli kat kedai tempatan. Table mat hadiah dari S.C. kawan Nanu yang berbangsa sikh tu. Yang ada kedai perabot tu.

Napkin ring tu salah satu set yang Mummy Faith belikan Nanu semasa dia di U.K. dulu... di buat dari sejenis logam dan berbentuk itik... gelas tu best buy!

Terong tu di bakar atau celur kemudian di buang kulitnya. Kemudian di celup kedalam telor yang di pukul dan goreng...

Nanu nak keluar jap tengah hari ni... karang petang kalau cuaca elok, Mummy Faith nak bawak Faith pegi berkelah lagi...

Table setting hijau...