Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Thursday, January 20, 2005

Pergi kekedai member

Semalam pagi-pagi lagi member S sms untuk bertemu.Member S baru balik dari Vietnam memesan stok untuk kedai barunya.S sempat membawa ole-ole untuk Iman dan saya.Iman dibelikan dua pasang baju 'smocking' dan 'soft toy ' berupa gajah.Saya pulak dapat subang dan karung kecil untuk simpan 'tissue'. Member S mempelawa saya untuk ikut ke Vietnam dimasa-masa hadapan...Insyaallah!

Selepas bertemu dengan S saya kekedai member SC.SC berketurunan Sindhi.Beliau juga menjalankan kedai perabut dan hiasan dalaman... dah saya katakan dulu, semua mereka-mereka yang menjual perabot akhirnya menjadi teman rapat. SC juga kerap terbang merata-rata tempat sama ada bercuti atau disebabkan perniagaan. Saya membeli sehelai permaidani 'persian' darinya semalam, untuk bilik tidur berukuran kecil je...

Setelah meninggalkan kedai SC, Bos berpesan supaya kekedai peralatan kamar mandi.Dia suruh saya tengok 'sink' untuk dipasang oleh PM hari minggu nanti, kan ke nak buat kabinet, jadi PM berpesan supaya beli 'sink' baru...

Iman dah makan bubur nasi selain dari makanan biasanya...

Hari ni menu, sambal ikan dan ayam goreng dan sayur apa Supiah masak tak tau lagi...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home