Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Tuesday, January 18, 2005

Iman meragam

Semalam PM datang.PM berbangsa Thai, dia pekerja kontraktor yang sering kami panggil jika ada kerja membaiki atau sebagainya.Sebenarnya saya berangan-angan nak buat kabinet di kamar mandi biar nampak kemas... PM berjanji akan mulakan kerja minggu depan.Mummy Iman pun nak buat begitu untuk kamar mandinya, patutnya dari dulu-dulu lagi dah buat.

Malam tadi Iman meragam, menangis tak henti-henti kerana hidunganya tersunbat... mummynya pula 'on call'.Jadi terpaksa saya talipon dan minta nasihat darinya, dah tu atuk Iman pun tak de, pegi tarvelling lagi.Pak Ucu Iman pula pergi seminar. Saya dan Mina cuba supaya tak panik dan lepas setengah jam baru tangisan Iman reda, selepas di beri ubat... Iman... Iman buat gempak betul!!

Pagi ni Iman ok dah, pakai t-shirt pink dan jeans, ala Iman ni tiap-tiap hari glamour lah nak lawan dengan Nanu ke, siapa lebih cun... he...he...

Hari ni mummy Iman tak kerja, karang nak keluar jap... ronda-ronda!!

Semalam makan ikan masak lemak dan sambal kentang, hari nak makan apa ye..
.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home