Faith ke Klinik
Semalam pegi shopping dengan mummy Faith , dia nak beli kasut untuk pegi kerja.Mummy Faith beli dua pasang kasut warna hitam.Beli kat 'Mall'. Kira-kira 'Mall' ni tempat membeli belah yang paling besar disini.Lepas tu kami pegi minum, saya makan tuna pasta dan Mummy Iman makan 'salmon quiche'...
Hari ni Faith telah dibawa ke klinik persendirian kerana 'jab' yang patut diberikan di klinik kerajaan semalam telah habis. Faith pakai seluar putih dan top merah... wahai Faith ku berhias saja saban hari nampaknya... tak pe Faith Nanu pun suka berhias... he... he... Nanu borek cucu rintik!!
Harap-harap Faith tak kan demam teruk, sebab selalunya laepas 'jab' ni dia demam sikit tak lah meragam tapi suhu badan panas sikit, terpaksa di perap dengan kain yang berendam air sejuk ditempat menerima 'jab' tu... Mudah-mudahan Faith ok...
Karang petang nak lepak dengan member jap. Ya lah nak juga simbang-simbang... tukar-tukar fikiran. Dah tu dah jaga cucu , kat rumah semua dah beres, apa lagi... cau lah!!
Hari ni, makan kat luar dengan Bos...



0 Comments:
Post a Comment
<< Home