Iman meragam
Semalam P.M datang, P.M berbangsa Thai, dia pekerja kontraktor yang sering kami panggil jika ada kerja membaiki atau sebagainya.Sebenarnya saya berangan-angan nak buat kabinet di kamar mandi biar nampak kemas... PM berjanji akan mulakan kerja minggu depan.Mummy Iman pun nak buat begitu untuk kamar mandinya, patutnya dari dulu-dulu lagi dah buat.
Malam tadi Iman meragam, menangis tak henti-henti kerana hidungnya tersumbat... mummynya pula 'on call'. Jadi terpaksa saya talipon dan minta nasihat darinya, dah tu atuk Iman pun tak de, pegi tarvelling lagi. Pak Ucu Iman pula pergi seminar bekas pedana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Tun Dr. Mahathir Mohammad sempat menurunkan tandatangannya di dalam buku "Malay Dilemma" Pak Ucu.
Saya dan Mina cuba supaya tak panik dan lepas setengah jam baru tangisan Iman reda, selepas diberi ubat...
Iman... Iman... buat gempak betul!!
Pagi ni Iman ok dah, pakai t-shirt pink dan seluar pendek jeans. Alaaaa... Iman ni tiap-tiap hari glamour lah, nak lawan dengan Nanu ke, siapa lebih cun... hehe...
Hari ni mummy Iman tak kerja, karang nak keluar jap... ronda-ronda!!
Semalam makan ikan masak lemak dan sambal kentang, hari nak makan apa ye...



0 Comments:
Post a Comment
<< Home