Ronda-ronda
Semalam pegi ronda-ronda, pegi kedai barangan dekor beli dua lukisan kecil sebab harganya berpatutan lepas tu hantar buat bingkai sekarang dah naik atas dinding... he... he...lepas tu beli dua lamp shade kat kedai member KNC kawan yamg berasal dari Bali tu. Tekak rasa haus singgah di cafe, cafe ni menghidangkan kek dan pastry yang terenak disini... saya suka chicken pastanya...
Dah tu pulang kerumah, kira-kira jam 3 petang pegi cuci gambar Faith.Masuk dalam sampul surat dan nak dikirim pada Nek Nya Faith di Singapura, dengarnya Nek Nya Faith baru-baru ni mengeluarkan air mata kerana saya cuma kirim gambar Faith kepada Nek Teh Faith di K.L, jadi Nek Nya sudah merajuk... kesian. jangan merajuk Nek Nya dah tua-tua kalau merajuk buruk jadinya... he... he...
Kejap lagi Faith hendak di bawa keklinik sebab dah tiba masa untuk temujanji di situ.Faith pakai baju baru, warna biru, Nanu yang belikan baju ni. Ada dua poket kecil dan berkolar puteh, Faith kelihatan comel sekali... wah... wah... cucu Nanu dah pandai melaram ye!!
Hari ni tak tau nak makan apa... masak udang kot...
Karang petang nak lepak dengan member A, dah lama tak jumpa dia ni... kalau lama tak jumpa mesti ada macam-macam cerita, berita terkini lah kot!!



0 Comments:
Post a Comment
<< Home