Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Tuesday, April 12, 2005

Faith makan makanan gourmet...

Pagi tadi Nanu tak keluar, Nanu keluar lepas makan tengah hari... Mummy Faith mula bertugas hari ni selepas cuti selama seminggu... Mummy Faith ajar Mina macam mana nak masak makanan Faith... petang tadi Faith makan, kentang dan apple kukus dan ayam rebus...

Faith tak berapa memilih makan, boleh katakan rata-rata apa yang di beri dia makan... alhamdullillah...

Tengah hari tadi Nanu pegi jumpa K.N.C member Nanu orang Bali tu... ada sejam lebih kami bercerita... katanya anak sulungnya yang menetap di Australia tak balik bulan June ni kerana beliau merancang untuk beli kereta... sebelum Nanu pulang K.N.C berjanji untuk keluar makan tengah hari dengan Nanu nanti...

Malam ni tadi Bos bawa Nanu minum kopi dan makan sandwich di salah sebuah hotel di bandar... selepas tu kami ke supermarket beli barangan dapur dan sambil-sambil tu Nanu beli pink ginger untuk hiasan ruang tamu...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home