Makan Ambuyat
Malam ni Bos belanja Nanu dan Mummy Faith makan ambuyat.Kami memilih restoran AA.Tak jauh lima minit dari rumah kalau menaiki kereta. Ambuyat adalah makanan asli salah satu dari empat daerah di Negara ini. Ambuyat sebenarnya ialah sagu atau kanji. Ia dimakan dengan beberapa hidangan sampingan seperti daging lemak tumis, ikan goreng, udang goreng, sayur selalunya kangkong goreng dan ulam timun sambal belacan.
Ambuyat dimakan dengan cecahnya, cecah yang selalu kami pesan ialah cecah tempoyak bercampur binjai, bagi diri saya cecahnya yang menentukan keenakan memakan ambuyat.Ambuyat di makan dengan menggunakan 'Candas'. Candas di buat dari buluh, ia kelihatan seakan-akan 'chopstick'.
Pengalaman pertama memakan ambuyat ialah di peringkat awal saya tiba di Negara ini kira-kira 30 tahun lepas. Masa tu tak berapa pandai, tapi lama-lama oleh kerana Bos dan Mummy Faith gemar memakannya saya jadi pandai... memakan ambuyat ni bukan dikunyah tapi ditelan... saya rasa kali pertama bagi sesiapa yang baru di Negari ini mungkin susah untuk menghargai makanan ini... it takes getting use to...
Selamat Mencuba!!



0 Comments:
Post a Comment
<< Home