Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Friday, April 01, 2005

Tak jadi berkelah...

Cuaca petang tadi tak bagus, jadi kami tak jadi bawa Faith berkelah. Lagi pun Nanu selsema tak sedap badan. Akhirnya kami duduk di porch untuk menikmati minum petang... kami makan keropok lekor...

Set pinggan mangkuk petang ni manis sekali bermotif bunga mawar warna merah jambu. Napkin ring berlingkar hadiah dari member S.T.

Faith pun selsema, hari ni tak senyum langsung... banyak menangis. Tadi Mummynya bawa naik kereta dekat-dekat rumah nak pujuk dia.

Malam ni oleh kerana Nanu selsema, Mummy Faith kata elok Nanu makan pedas-pedas... jadi tadi Bos belikan tom yam... selain dari tom yam Bos beli pandan chicken, tanghoon salad dan mango fish. Bos beli dari restaurant Thai...

Nanu da makan panadol, jap lagi Mummy Faith nak bagi ubat selsema. Nanu nak minum air banyak-banyak, lepas tu nak tidur...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home