Nanu masih selsema...
Nanu masih selsema, masih makan ubat... Mummy Faith cuti...tadi pagi Mummy Faith, Nanu, Faith dan Mina pegi ke Bunker Cafe di Empire. Bos tak ikut sebab dia ada urusan, Nanu ajak jugak... dulu-dulu Bos dan Nanu selalu jugak ke cafe ni sebelum tempat itu di tutup.
Baru-baru ni ada member bagi tau yang cafe tu di buka semula kira-kira dua bulan lepas. Sebenarnya cafe ni tempat 'golfer' lepak. Selepas mereka main golf mereka minum-minum kat situ...
Nanu suka cafe ni sebab pemandangannya indah, sungguh menenangkan kalau berada kat situ... pemandangan laut dan padang golf... waktu yang baik kesana masa hari nak masuk petang dah redup.
Sambil-sambil minum kat situ sedut udara segar dan rasa tiupan angin laut... best... tadi kami makan mi bakso, Nanu minum healthy drink iaitu carrot campur celery dan orange. Mummy Iman minum 'slush' Mina minum oren...
Tengah hari Nanu rehat kat rumah, Mummy Faith keluar pegi 'high tea' dengan kawan-kawannya. Malam ni member A jemput Nanu kerumahnya ada jamuan, tapi Nanu malas nak pegi dengan selsema ni... Bos pegi beriadah ke Bukit Shahbandar...



0 Comments:
Post a Comment
<< Home