Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Thursday, February 24, 2005

Moyang perempuan Faith sebelah Nanu

Arwah moyang perempuan Faith sebelah Nanu HF di waktu muda pernah bertugas sebagai guru tapi meletakkan jawatan tersebut setelah mendirikan rumah tangga dengan moyang lelaki.Beliau seorang yang kreatif dan berbakat. Pandai menyulam,menjahit pakaian, memasak dan membuat gubahan sama ada gubahan bunga atau pun gubahan tangan lainnya seperti gubahan hantaran perkahwinan. Dalam tahun lima puluhan beliau telah menghadiri kursus membuat kek, termasuk kek icing di Singapura...

Orangnya cerewet baju yang dipakainya dirumah mesti dikanji dan di gosok rapi. Warna mesti berkeodinasi antara baju dan kain yang dipakai. Kalau baju warna hijau kain batik yang dipadankan mesti ada warna kehijau hijauan jugak. Kalau keluar rumah mesti siap dengan sanggulnya dan cucuk sanggul mesti lengkap. Masa belum ada kebangkitan Islam, wanita zaman tu belum memakai tudung cuma selendang. Selendang yang dipakainya mesti sedandan.

Bakat memasak beliau turun kepada Nek Nyah Faith iaitu kakak Nanu yang sulung, bakat menyulam, membuat kek dan membuat gubahan turun kepada Nek Teh Faith kakak Nanu yang kedua... bakat menghias rumah turun kepada Nek Cik Faith kakak Nanu yang ketiga... apa bakat yang turun ke Nanu ah? Waulah Waklam... he...he...


Arwahnya boleh membaca dan menulis rumi dan jawi dengan baik... Nanu sering di beritau bahawa Nanu mempunyai raut wajah arwah... semoga rohnya di cucuri rahmat...Amin...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home