Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Sunday, January 09, 2005

Tak de matahari

Hari ni pun tak de matahari, nak basuh dan keringkan cadal pun masaalah...mm... semalam sms member lama JA, JA mempunyai adik JS, mereka berdua berketurunan Kadazan kedua-kedua bersuamikan 'mat salleh', JS adalah seorang akitek berkelulusan dari salah sebuah Universiti di U.K, beliau berminat melukis...buat masa ini berada dan bertugas di Sabah...

Semalam petang menghabiskan masa menonton DVD 'Meet The Fockers', lucu...Iman sekarang sedang asyik menatap muka orang mempelajari 'expression', dia leka menatap muka orang, sedih ke... marah ke... gembira ke...

Malam tadi member A jemput kerumahnya lagi tapi tak berani pegi sebab musim hujan dan rumahnya jauh, kesian kat dia kerap jemput tapi saya tak berpeluang pegi... tak pe lah karang petang kalau free pegi jumpa dia jap...

Kejap lagi AF akan datang gunting rambut saya,dah sampai masa sekali lagi untuk di trim, rasa baru lagi buat begitu sungguh cepat masa berlalu...

Malam tadi tak jadi masak daging, makan sambal tempe dan ayam kari, hari ni makan daging lemak cili padi dan kentang, sambal trasi dan telor... yummy!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home