Rumah Moyang Faith di Malaysia
Rumah Moyang Faith terletak tidak jauh dari bandar Klang... bandar Klang adalah 25 kilometre dari K.Lumpur.Rumah moyang Faith adalah berbentuk tradisional.Rumah kayu yang berusia kira-kira 40 tahun.Rumah tersebut pernah memenangi peraduan rumah tradisional peringkat negeri. Ia telah di diubahsuai oleh arwah abang saya.Mereka sekeluarga mendiami rumah peninggalan arwah ibu dan bapa saya itu.
Semasa hayatnya arwah abang saya banyak membelanjakan wang dalam ubahsuai, membeli perabut dan membuat 'landscaping' dan memelihara kebun halaman. Kami sering berkumpul di anjung, duduk-duduk sambil menghirup kopi dan bertukar-tukar khabar disitu...
Konsep bahagian dalam rumah condong kepada konsep 'Kolonial Indonesian'. Warna yang diaplikasikan ialah warna-warna neutral agar perabot-perabot kayu kelihatan terserlah.
Pokok-pokok dan dedaun yang ada juga dipilih khas oleh arwah... antara pokok-pokok yang ditanam ialah ginger merah, lotus, water lily, beberapa jenis pokok pisang yang mengeluarkan jantung dan bunga yang beranika warna dan banyak lagi 'species' tanaman yang khas yang ditanam...
Harap-harap rumah tradisional peninggalan arwah kedua orang tua saya akan tetap terpelihara... INSYAALLAH!!



0 Comments:
Post a Comment
<< Home