Nanu jadi lipas kudung
Hari ni penat betul, pagi-pagi dah hantar Supiah balik keagen. Lepas tu balik mandikan Iman.Dah tu tengok-tengok orang-orang Pm menjalankan kerja ubah suai di kamar mandi... sambil-sambil tu ajar Jen macam mana nak masak masakan Melayu. Selain dari tu terpaksa arahkan Jen macam mana menjalankan tugasnya dengan betul...
Tengah hari sempat lagi bacakan Iman buku... sediakan minuman untuk mereka-mereka yang membuat kerja ubah suai di kamar mandi... tau-tau hari dah petang, sampai masa untuk mandikan Iman sekali lagi...
Hari ni tunjuk ajar Jen macam mana nak masak sambal kentang, masak lemak cili padi, ayam masak merah dan masak sayur, semalam ajar macam mana nak masak bubur kacang, si Jen ni betul-betul tak punya pengalaman terpaksa di ajar perlahan-lahan... mm... terpaksa la belajar bersabar...
Iman dah pandai sentiasa mahu perhatian, kami kalau boleh tak mau dia membesar menjadi seseorang yang mementingkan diri sendiri saja, tak mau dia terlalu manja, biar belajar berdikari nanti. Iman... Iman jangan cam tu ok...



0 Comments:
Post a Comment
<< Home