Moyang sebelah Atuk
Arwah moyang Iman sebelah Atuk semasa hayatnya memegang jawatan sebagai Penghulu...dia diberi kepercayaan untuk menangani masaalah orang ramai di persisiran tempat beliau berada. Seperti kebanyakan orang di zaman beliau, beliau hanya menerima pendidikan secara formal setakat yang ada pada masa itu... namun begitu, beliau tetap berkebolehan, dan berkerja keras... beliau banyak berjasa di bahagian Mukim kawalannya.
Seperti moyang Iman sebelah Nanu, beliau gemar memburu, memancing dan berkebolehan bermain biola... arwahnya ini bersikap adil dan satu lagi beliau suka berjenaka... beliau juga sering turun ke laut dan biasa menghadapi ombak besar...
Oleh kerana tugas dan tanggung jawab beliau amat dikenali, semasa hayat beliau di kurniakan gelaran oleh 'Almarhum Ayahanda Duli Tuanku'...
Saya masih ingat menyediakan minuman untuk beliau bila bertandang ke rumah yang mana dilakukannya terhadap anak-anak beliau yang lain, bila beliau mempunyai masa lapang... semoga rohnya juga dicucuri rahmat... Amin...



0 Comments:
Post a Comment
<< Home