Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Friday, January 07, 2005

Moyang lelaki sebelah Nanu

Dalam timbunan gambar yang dikemas kini, ada terselit gambar moyang Iman iaitu H.A... arwah moyang Iman semasa hayatnya bertugas sebagai 'Station Master', beliau sering berpindah di beberapa pelusok di tanah air dalam menjalankan tugas. Saya dilahirkan di Sentul K.L, jangan main-main... orang bandar ni : )

Moyang Iman seorang yang tegas dan penuh disiplin, kami dibesarkan supaya menghargai nilai-nilai tertentu seperti berpegang kepada adat, menghormati orang tua, menitik beratkan kebersihan, bertarta tertib dan sebagainya...

Hobi beliau ialah memburu, mempunyai senapang patahnya sendiri, kami kadang-kadang dapatlah rasa daging pelandok, burung punai yang beliau perolehi ketika memburu, arwah moyang Iman juga gemar memancing... menanam pokok buah seperti durian, manggis dan rambutan...

Semasa saya membesarkan mummy dan Pak Ucu Iman, beliau tidak putus-putus memberi nasihat supaya memberi perhatian dalam pelajaran mereka... dan supaya menyimpan untuk masa hadapan... tapi tak taulah saya ni memang boros...he...he

Beliau berpegang kuat pada ugama tapi taklah fanatik... contohnya beliau tidak memaksa kami...
Semoga rohnya dicucuri rahmat... Amin..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home