Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Monday, January 03, 2005

Malam gempak

Malam tadi hampir waktu subuh, terdengar bunyi di bawah, saya dan anak lelaki bergegas turun... pasang semua lampu, kejutkan maid... anak lelaki buka pintu dan cek di luar, saya cuak jugak manalah tau... kalau ada orang menunggu di semak-semak tu... alhamdullilah tak de apa-apa, sekarang ni bukan boleh percaya...macam-macam kejadian jenayah berlaku...

Bos balik pagi ni, belikan Iman baju biru, comel betul... saya di belikan baju dan majalah kesukaan...

Tadi pagi member ML datang, saja je lepak-lepak, ML keturunan tionghua,berasal dari Singapura tapi dah lama bermastautin di Negara ini, suaminya seorang doktor, menjalankan klinik sendiri...dah dua bulan tak jumpa dia, panjang lah perbualan... ML ni aktif... hobinya melukis, bermain 'bridge' dan mengikuti kelas tarian, beliau tak de anak, kerap melancong...sikap ML yang paling saya hormati ialah kejujurannya...

Tadi malam pegi 'mothercare' ada sale, mummy Iman banyak belikan dia baju...dungaree, skirt dan seluar...Iman excited bila di cubakan baju-baju tersebut, Iman nanti besar pasti ikut perangai Nanu kuat melaram... he...he...

Malam ni pegi 'tailor' jap... nak buat baju, nak alter seluar... lepas tu nak ambik baju yang di hantar 'dry clean'... banyak agenda hari ni...

Iman mula menggunakan kerusi 'high chair' semasa makan buat kali pertama semalam... steady lah Iman , Nanu kecik-kecik dulu mana ada ni semua, duduk atas tikar mengkuang kot...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home