Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Saturday, January 29, 2005

Makan Luar

Lega sikit hari ni orang PM tak datang kerja, sink dah siap, air panas dah ada, cuma pintu kabinet belum siap. Esok-esok nak tukar 'toilet seat' pulak. Hasilnya setakat ini memuaskan. Nak buat tabir baru bagi tingkap kamar mandi... tu je...

Malam ni tadi mummy Faith belanja kami sekeluarga termasuk Mina makan malam. Kami pergi ke tempat yang menyediakan makanan Inggeris. 'Mat saleh' suka makan kat situ. Saya makan 'appetiser' prawn cocktail. Bos memilih onion soup sebagai 'appetiser' dan mummy Faith makan 'pate' Pak Ucu tak pesan 'appetiser'. Untuk 'main course' kami semua pesan 'bangers and mash'... mm... yum... yum!

Faith ikut tapi tidur terus. Pakai kasut baru... pakai hair band... mak oi comelnya Faith. Tiap-tiap kali bawa Faith keluar, dia menarik perhatian ramai orang. Tadi pun ada 'Ah Moi' cuit pipi dia, nasib baik Faith tak terjaga...

Petang tadi member SC bagi invitation untuk G-Mail... Terima kasih. Mummy Faith dengki kat Nanu sebab dia tak de G-Mail... he... he...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home