Latihan intensif untuk Jen
Hari ni kamar mandi berkelecah sebab orang PM membuat kabinet. Dua tiga hari lagi baru siap. Karang petang mummy Iman dan saya nak kekedai S lagi sebab barang-barang semasa 'sale' jauh lebih murah dari harga biasa, so nak tengok-tengok dan tinjau-tinjau...
Jen terpaksa menjalani training yang intensif, dia tak berpegalaman bekerja sebagai pembantu rumah, jadi terpaksa sabar dan ajar dia supaya dapat menjalankan tugasnya dengan 'efficient'. Dapat pula majikan yang cerewet saperti saya terpaksa dia menyesuaikan diri...dua hari ni dia belajar masak dari Supiah, esok Supiah akan dikembalikan kepada agen yang meminjamkannya kepada saya... mudah mudahan kami tak akan mempunyai banyak masaalah dengan Jen!
Iman dah pandai menggolahkan tangannya membuat 'cekup mengamit' 'ning ning pong' dan 'twinkle twinkle little star' menggunjupkan dan menggembangkan jari-jarinya apabila di nyanyikan lagu-lagu tersebut diatas.Iman melalui peringkat dimana kami semua menjadi leka dengannya...
Menu hari ni ayam basil, sambal tempe, sayur kacang dan sambal ikan bilis.



0 Comments:
Post a Comment
<< Home