Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Wednesday, January 05, 2005

Jemputan Krismas

Malam tadi bungkus hadiah, kerana malam karang akan kerumah JL untuk menghadiri perayaan Krismas, JL ni kawan lama, kalau tak pegi tak sedap pula... JL mempunyai rumah dan kebun halaman yang menarik, dia meminati tanaman dan dedaun hijau dari dulu lagi, membelanjakan wang yang banyak untuk bayaran 'landscape artist' dan tukang kebun untuk memelihara kebunnya... selalunya beliau melayan tetamu di bahagian belakang rumah dimana terletaknya 'gazebo' beliau...

Bos pagi ni beli nasi katok, nasi katok sebenarnya ialah nasi lemak, ceritanya pada suatu ketika dulu, orang datang membeli nasi ini dengan mengetok tingkap kecil di situ... karang tengah hari tak payah 'lunch' lah...

Iman hari ni belajar memegang barang dan memindahkannya ketangan satu lagi, sebelum ini dia memegang dan melepaskan semula, ini lah peringkat-peringkat yang di lalui bayi... ada perbezaan...

Karang petang dengan bantuan 'maid' akan turun kehalaman untuk kerjakan apa yang patut, saperti membuang daun-daun kering, gemburkan tanah, beri baja dan sebagainya, tahun lepas kami mengadakan 'garden party' di situ... pasang beratus-ratus lilin, indah sekali... semua yang datang memuji keindahan malam itu... rasa-rasanya tahun ini nak buat lagi, tapi kena tunggu musim tak hujan... apa tah lagi mungkin lebih meriah dengan kehadiran Iman... jangan marah!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home