Hari yang meletihkan
Letih betul hari ni, pekerja-pekerja PM masih lagi menjalankan kerja di kamar mandi. Banyak kerenahnya rupanya kerja menukar sink, 'instal' air panas dan membuat kabinet ni ... terpaksa pecah tile dinding untuk memasukan paip, menyusun bata, menyimin dan macam-macam lagi. Sampai naik rimas masuk empat hari kerja masih belum selesai...
Jen masih menyesuaikan diri bertugas untuk kami, tapi nampaknya dia sanggup belajar dan memperbaiki dirinya... jika di beri peluang dia akan dapat menjalankan tugas dengan baik. Cuma dia memerlukan sedikit masa. Hari ni, dia yang masak... saya cuma catitkan apa yang perlu dibuat. Nampak hasilnya tak lah hampa... bagus Jen teruskan usaha!!
Pagi tadi bagi orang PM makan nasi katok, petang beri bubur kacang durian... kesiankan mereka penat, walau pun di gaji tapi apa salahnya disediakan makan minum mereka kan... asalkan kami ikhlas.
Sepatutnya Mummy Iman nak belanja kami makan malam ni tadi, olih kerana orang-orang PM bekerja sampai lewat, kami batalkan rancangan untuk makan di luar... besok je la!
Dah nak tidur ni, letih... esok-esok kalau ada masa post gambar!



0 Comments:
Post a Comment
<< Home