Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Monday, January 24, 2005

Hari yang banyak aktivity

Malam tadi Pak Ucu Iman belanja kami semua makan 'japanese'... keluarga saya memang minat makanan Jepun, Iman pun ikut juga. Hari ni sibuk betul... pagi pegi kedai member S sebab ada 'sale'. Ada la beli barang sikit untuk hiasan 'kamar mandi baru'. PM datang untuk bagi 'quotation' buat kabinet kamar mandi. Lepas tu F agen amah datang bawa amah baru kami dari Phillipine. Namanya Jen, personality ok tapi mesti banyak training tentang kerja.

Petang pegi tengok 'tile' sekejap dekat je... tak lama lepas tu abang member S datang hantar barangan yang dibeli pagi tadi, mereka ni macam keluarga sempat minum dan makan popiah goreng di dapur tadi. Entah ya, hari ni ramai orang datang...

Selain dari itu dapat berita bahawa teman wanita Pak Ucu Iman dan kedua orang tuanya nak kenegeri ini bulan depan. Teman wanita Pak Ucu Iman 0rang KL, bertemu masa mereka sama-sama belajar di Australia dulu. Teman wanita Pak Ucu Iman D dah pernah datang kesini sebanyak dua kali, tapi bagi kedua orang tuanya ini adalah kali pertama...

Tadi siang makan sambal sotong, kacang boncis goreng, ikan goreng dan daging masak lemak. Malam ni makan cengkuk manis, ayam halia dan sambal ikan...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home