Breakfast dengan teman
Baru saja balik dari 'breakfast' dengan member FAI... FAI ialah menantu orang ternama, hobinya ialah memasak dan termasuk ketogeri 'expert' pernah menghadiri kursus 'cordon blue' dan 'baking' di Eropah dan di US, memang masakannya sedap, saya pernah rasa hidangan popiah basahnya... sampai sekarang terkenang-kenang.'Jet setter'... saya suka bergaul dengan beliau ni sebab dia seorang yang berfikiran terbuka dan mudah buat saya ketawa, lucu...
Buat ketika ini beliau sedang sebok mengguruskan dan menjalani proses untuk membuka restaurant... syabas diucapkan kepada FAI semoga berjaya!!
Iman hari ni saya tak sempat mandikan suruh Mina lap saja.Belum yakin untuk menyuruh Mina mandikan tapi petang karang pasti Nanu mandikan ok...
Esok anak lelaki akan terbang ke Vietnam, ini adalah kali kedua dia kesana.Tak lama mungkin dua atau tiga hari bertugas, menurutnya Vietnam tak begitu 'developed' berbanding dengan negara-negara Asia lain tetapi tetap menarik untuk dilawati.Saya suka jahitan 'embroidery' mereka...
Hari ni makan simple je, sambal sotong, kari daging dan sayur kai lan...



0 Comments:
Post a Comment
<< Home