Banjir
Malam tadi hujan lebat, lama pulak tu... pagi ni bangun, tau-tau dah banjir... tapi nasib baik tak masuk dalam rumah, halaman je yang terjejas... 'wet kitchen' pun masuk air sikit, kali terakhir banjir sebegini buruk berlaku lima tahun lepas... anak - anak tetap pergi bertugas, nasib baik kami menggunakan kereta jenis 'SUV', tinggi sikit dapat meredah air dalam....
Nampaknya hari ni memerap kat rumah lah... padahal dah berjanji dengan member S untuk bertemu... ada sadikit barang yang member S nak sampaikan pada saya... esok beliau akan terbang ke Vietnam, S kesana untuk membeli barang untuk di jual di kedai nya... boring betul lah, habis rancangan hari ni tergendala... mm...
Pagi ni perut meragam pulak... salah makan agaknya...
Faith masih tidur, kejap lagi dia bangun bole mandi...
Oleh kerana tak bole keluar hari ni, baik cari sesuatu untuk di kerjakan... dah lama berniat untuk mencari gambar-gambar yang selama ini tak tersusun rapi, jadi hari ni nak duduk dan kumpulkan gambar-gambar semua dan di susun dan akan di simpan dengan baik...
Hari ni makan 'lamb' tak tau lagi nak buat sup atau kari, sayur campur dan ikan goreng, sambal belacan jangan lupa!! Acah je...



0 Comments:
Post a Comment
<< Home