Air Surut
Alhamdullilah air dah surut... senang hati, kejap lagi nak pegi kedai member S, nak ambik barang... mummy Iman pun ada rumah, hari ni dia kerja setengah hari je... lunch tadi dia yang bagi makan Iman, sekarang makanan Iman di tambah dari dua sudu teh kepada lima sudu, esok lusa nak cuba bagi Iman makan bubur nasi pulak... wah... macam ni cepatlah cucu Nanu besar kann... tapi tak mau sampai 'overweight' lah, takut Iman mempunyai masaalah kesihatan...
Hari ni, Iman pakai baju warna 'turquoise', baju ni Atuk yang belikan dua tiga hari lepas... baik pakai Iman nanti Atuk merajuk... tadi Atuk keluar baharui 'insurance' rumah...
Selepas kekedai member S karang nak jumpa seorang lagi teman, member KNC... beliau berasal dari Bali, suami 'mat saleh' dari Australia, dah lebih 10 tahun di Brunei, sama macam member S menjalankan kedai perabut dan hiasan rumah... anak tiga orang, semua cun-cun boleh katakan semua teman saya yang kahwin campur, anak-anak mereka comel lote...KNC baru je balik dari New Zealand dan Australia menghabiskan cuti Krismas di sana, semalam petang mereka sampai...
Cakap pasal Bali, saya memang suka melancong kesana, sebab Bali mempunyai tradisi dan adat resam yang kukuh...baru saja dapat sms dari KNC, dia sedang tunggu ni...terpaksa tinggalkan blog ni dulu...



0 Comments:
Post a Comment
<< Home