Nenek Canggih

Diari Nenek Moden...

Wednesday, December 29, 2004

Suri rumah hebat

Seperti yang saya terangkan dulu, saya ni mempunyai ramai teman yang berlainan bangsa, keturunan dan ugama... salah seorang teman yang saya kagumi ialah L.R, beliau berbangsa Italy, tetapi bersuamikan orang tempatan, kebelakangan ini LR berusaha mendalami ajaran ugama Islam... beliau sering menghadiri kelas 'halaqah', dan cuba menjadi seorang muslim yang 'soleha', menunaikan ibadah puasa, tak tinggal solat...

L.R ialah ibu kepada tiga orang anak... comel-comel belaka, tau-tau lah darah campuran, mestilah cun kan...
Beliau seorang teman yang baik hati... pandai masak, masakannya yang paling kami gemari ialah dessert 'tiramisu', betul-betul 'authentic', pasta nya pun sedap...

Selain dari itu, beliau mempunyai rumah yang unik, keunikannya rumah ini kerana rumah tua peninggalan arwah mertua beliau, tetapi diubahsuai dan dihias dengan cara sentuhan berseni, tau lah 'mat saleh' ni ramai juga yang mempunyai cita rasa yang tinggi, sebenarnya suami beliau seorang akitek, jadi perpendidikan tentang seni bena dan sebagainya...

L.R mempunyai halaman dan kebun yang subur dan menghijau, kami sering dijamu di halaman... minum-minum kopi dan menikmati masakan beliau di situ... saya jarang-jarang 'miss' kalau dijemput, beliau sendiri pun tak pernah menolak kalau di jemput...

Baru-baru ini beliau sekeluarga balik ke Italy untuk bertemu keluarga di sana, yang jarang dilakukan, menurut beliau, perjalanan ke sana menelan belanja yang banyak, faham-faham lah negara-negara sebelah Eropah segala-galanya mahal...

Insyaallah esok-esok mungkin dapat bertemu dengan L.R , beliau belum tengok Iman lagi... tapi berjanji untuk bertemu Iman...nampak-nampaknya ni peluang mengundang dan melayan tetamu sekali lagi, makan-makan...minum-minum... dan bertukar khabar... Insyaallah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home